• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Heading 1 Here:Enter the heading 1 description here.Go to blogger edit html,find these words and replace it with your own description ...
  • Heading 2 Here:Enter the heading 2 description here.Go to blogger edit html,find these words and replace it with your own description ...
  • Heading 3 Here:Enter the heading 3 description here.Go to blogger edit html,find these words and replace it with your own description ...
  • Heading 4 Here:Enter the heading 4 description here.Go to blogger edit html,find these words and replace it with your own description ...
  • Heading 5 Here:Enter the heading 5 description here.Go to blogger edit html,find these words and replace it with your own description ...
  • SLIDE-1-TITLE-HERE

    Welcome to Blogger.Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these text/sentences with your own descriptions.This theme is convert to Blogger by Premiumbloggertemplates.com.Download this template and more Premium Blogger Templates From PremiumBloggerTemplates.com...

  • SLIDE-2-TITLE-HERE

    Welcome to Blogger.Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these text/sentences with your own descriptions.This theme is convert to Blogger by Premiumbloggertemplates.com.Download this template and more Premium Blogger Templates From PremiumBloggerTemplates.com...

  • SLIDE-3-TITLE-HERE

    Welcome to Blogger.Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these text/sentences with your own descriptions.This theme is convert to Blogger by Premiumbloggertemplates.com.Download this template and more Premium Blogger Templates From PremiumBloggerTemplates.com...

  • SLIDE-4-TITLE-HERE

    Welcome to Blogger.Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these text/sentences with your own descriptions.This theme is convert to Blogger by Premiumbloggertemplates.com.Download this template and more Premium Blogger Templates From PremiumBloggerTemplates.com...

Sunday, December 21, 2008

Cuti Sekolah akan Dimansuhkan ?

Posted by Pengembara Lara On 12:26 AM

Cuti sekolah

Cuti sekolah hampir habis. Memang seronok bercuti panjang. Ada juga kawan-kawan saya yang kata cuti sekolah yang panjang boaring atau bosan. Tetapi tidak bagi saya banyak benda atau perkara boleh saya buat. Boleh baca buku banyak-banyak, boleh berjaga malam lebih sikit dan boleh menikmati teh tarik yang panas di kedai mamak seawal pukul 7 pagi sambil membaca surat khabar terasa seperti orang “tua” yang pencen . Memang seronok bangun pagi-pagi dan sarapan di kedai mamak sambil membaca suratkhabar. Kalau ada rasa terluang boleh pergi tengok wayang atau jalan-jalan dibandar. Memang tidak membosankan. Lagipun saya masih bujang tidak terikat dengan tanggungjawab anak dan isteri.

Kekadang ada juga terlintas difikiran saya siapa yang mencetuskan cuti sekolah. Kenapa perlu ada cuti panjang atau cuti semesta. Borak –borak kosong dengan akak saya , dia berpendapat cuti sekolah bulan 12 kerana pada bulan 12 musim tengkujuh di pantai timur. Sekolah dijadikan tempat penempatan mangsa banjir oleh yang demikian sekolah tidak boleh digunakan untuk membuat tempat belajar. .Logik juga pendapat tu . Kalau setakat cuti raya dan cuti memang kita tak pelik memang ada sebab untuk merayakan sesuatu tetapi bila cuti semesta saya tidak tahu dimana bermula sejarahnya. Atau mengikut sekolah kat London atau New Zealand atau mana-mana Negara maju lain yang mempunya 4 musim seperti musim salji dan bunga. Saya yakin pencetus cuti panjang ni ada sebabnya dan alas an yang kukuh.

Di Malaysia juga cuti sekolah merupakan musim perkahwinan. Ramai pasangan yang merancang tarikh perkahwinan mereka pada musim sekolah. Bukan apa, ibu bapa yang perihatin tak suka anak-anak mereka cuti sekolah tanpa sebab sekadar untuk menghadiri majlis perkahwinan. Kalau kenduri perkahwinan dibuat pada hari bukan musim cuti sekolah, kawan-kawan dan sanak saudara mungkin tidak dapat hadir kerana alasan kerana anak sekolah. Walaupun alasan ringkas tetapi alasan tersebut laku dan diterima pakai di Malaysia. Begitu hebat “sekolah” memberi kesan kepada masyarakat. termasuk penetapan tarikh penting seperti pekahwinan.

Walaupun saya tidak tahu asal usul cuti sekolah tetapi saya tidak pertikai kepentingan cuti sekolah. Bukan apa, pelajar-pelajar tidak elok diruntikan jadual mereka sama seperti dengan jadual orang bekerja. Keluar pagi balik petang , cuti hanya 2 hari seminggu sepanjang tahun dan tidak ada cuti lama seperti cuti semesta. Cuti memberi peluang kepada pelajar untuk lebih tenang menjalankan kehidupan. Memulihkan semangat baru untuk belajar sdan membuat persiapan apa-apa yang perlu.

Selamat bercuti kepada semua guru dan pelajar, selamat berkahwin kepada yang berkahwin dan selamat kepada semua.Luangkanlah sedikit masa untuk bercuti walaupun hanya seketika. Wassalam

Wednesday, November 19, 2008

Assigmnet KISSM

Posted by Pengembara Lara On 8:32 PM

Klik kat bawah dan download. Saya tak tahu masih releven atau tidak mungkin sedikit sebanysk sesuai untuk membuat rujukkan
http://www.4shared.com/file/72190719/6f64b4f1/assigment.html
Wassalam

Tuesday, July 22, 2008

Pelacur ... Beriman Akhirnya

Posted by Pengembara Lara On 1:44 AM



Peter Pan :

Kupu Kupu Malam

Ada yang benci dirinya
Ada yang butuh dirinya
Ada yang berlutut mencintanya
Ada pula yang kejam menyiksa dirinya

Ini hidup wanita si kupu-kupu malam
Bekerja bertaruh seluruh jiwa raga
Bibir senyum kata halus merayu memanja
Kepada setiap mereka yang datang

Dosakah yang dia kerjakan
Sucikah mereka yang datang
Kadang dia tersenyum dalam tangis
Kadang dia menangis di dalam senyuman

Oh apa yang terjadi, terjadilah
Yang dia tahu Tuhan penyayang umatnya
Oh apa yang terjadi, terjadilah
Yang dia tahu hanyalah menyambung nya

Rasa sedih pula mendengar lagu ni. Pertama kali saya mendengar lagu ni semasa kursus anti dadah . Semasa kursus tersebut kami di tayangkan dengan sebuah dokumentari berkenaan seorang panagih dadah yang insaf . Panagih dadah tersebut menjadi pelacur untuk menyara hidupnya. Dia telah berkahwin dan suaminya mati akibat dijangkiti kuman HIV. Dia juga mempunyai anak, namun anaknya diberi kepada orang untuk menjaganya. Apabila melihay video memang kasihan pula melihat kehidupan pelacur ni . Memang ramai yang mengata kehidupan yang penuh kota dan keji . Namun pelacur juga manusia dan punyai perasaan . Dia pun tidak mahu menjadi pelacur kalau mempunyai pilihan dan kekuatan. Mereka semua bukan bercita-cita untuk menjadi pelacur , keadaan dan tak ada peluang dan ruang untuk keluar daripada tempat pelacuran. Contoh kisah video yang telah saya tonton tentang kisah benar tersebut. Bermula dari sejarah awal hidupnya Siti ( bukan nama sebenar ) telah dirogol beberapa kali oleh ayahnya sendiri . Maknya menjadi serba salah untuk melaporkan kepada polis, sekiranya dilaporkan kepada polis nanti suaminya ditangkap dan susah pula untuk menyara keluarga nanti . Seterusnya dia telah dilacurkan pula oleh pak we tercinta. Cinta punya fasal. Begitulah kronologinya susah untuk menilai perempuan tu betul betul jahat. Kita sedap je mengata sebab kita terlahir dalam keluarga baik-baik, pas tu dapat belajar dengan baik dan dapat pula pak we dan yang baik dan dapat suami yang baik. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar tanpa ada dugaan yang teruk dalam hidup kita. Paling teruk pun mungkin clash dalam bercinta sahaja tak lah sampai kena rogol dengan bapa sendiri . Begitu hebatnya tekanan hidup yang terpaksa dihadapi. Kalau tak boleh control memang boleh jadi gila. .Bukan nak bela pelacur dan buykan nak kata kerja pelacur baik. Tetapi cuba memberi penilaian secara menyeluruh . Manalah tahu taubat mereka Allah SWT terima dan lebih dahulu mereka masuk syurga daripada kita. Tetapi yang cita-cita nak jadi pelacur tu saya tak boleh kata apa lah memang wajib dikutuk lah . Wassalam

Friday, July 18, 2008

Jagung ,Kacang ..Kera dan Anjing…Babi kadang-kadang

Posted by Pengembara Lara On 6:28 PM



Jagung ,Kacang ..Kera dan Anjing…Babi kadang-kadang


Kalau di kampung saya kebanyakkan penduduk kampung saya, pendapatan mereka ialah menanan jagung . Teringat saya satu pesanan “ kalu malah ngaji , balik duk ghumah tane jagung “ .Maksudnnya: Kalau malas belajar baik tanam jagung. Menanam jagung tidak semudah yang disangka. Perlu kerajinan. Kalau belajar pun malas ini kan pula nak menanam jagung yang perlu kesungguhan dan kesabaran. Ramai antara kita tidak tahu bagaimana proses menanam jagung dan apakah risiko sebagai penanam jagung . Kebanyakkan kita hanya tahu beli jagung bakar di pasar malam atau pun jagung manis dalam bekas plastik putih . Ataupun pop corn. Kalau tidak silap saya harga jagung bakar sekaarang RM 1.80 sejantung jagung. Kalau jagung manis Rm 2.00 atau pun RM 2.50. Kalau jagung mentah RM 5.00, 3 jantung . Begitulah harga pasaran di Gombak( Semasa saya menulis , mungkin harga berubah mengikut pasaran semasa). Banyak proses dalam penanaman jagung sehingga jagung dipasarkan . Pada kali ini saya ingin berkongsi sedikit cerita daripada kampung saya mengenai risiko yang dihadapi dan akan ditanggung oleh penanam jagung terutama di kampung saya ( Meliputi penduduk kampung Bagan-Bawah, Kampung Bagan Atas dan juga Kampung Mata Ayer) atau lebih dikenali sebagai mukim Bagan yang mana imamnya dikenali dengan nama Mat Zaid. Berbalik kepada risiko yang selalu dihadapi oleh penanam jagung .


Kera…


Kera merupakan salah satu risiko yang akan dihadapi oleh penanan jagung. Kera biasanya datang secara berkumpulan. Semestinya dia akan makan dengan lahap jagung-jagung yang baru hendak boleh dituai dengan selamba sahaja. Kekadang akan merosakkan pokok jagung. Bayangkan kekadang separuh daripada hasil jagung dirosakkan oleh kera dan kawan-kawannya yang juga kera. Sebab itu kalau orang mulut celupar sikit suka mengatakan “jahat macam kera”. Susah hendak halau kera ni. Ada juga saya dengar cerita untuk menghalau kera dengan cara mudah ialah dengan menggunakan kaedah “psikologi”. Pelik pula bunyinya psikologi digunakan untuk menghalau kera daripada terus merosakkan tanaman jagung.



Tangkap Kera .. Cat Warna Putih Baru Handsome Kera


Caranya begini, tangkap seekor kera dengan apa jua cara sekali pun. Selepas ditangkap jangan dibunuh kera tersebut, kalau dibunuh dikhuatiri kera tersebut akan mengamuk. Mudah sahaja caranya, selepas ditangkap cat kera tersebut dengan warna kegemaran anda seperti merah atau kuning. Selepas itu lepaskan kera tersebut supaya ia berjumapa dengan geng-gengnya. Menurut pencerita, apabila kera yang sudah dicat itu kembali pada rakan-rakanya tentu akan merasa malu dan rakan-rakan kera yang lain akan serik dan lari. Dari kawasan tersebut. Kaedah ini memang praktikal dan menjimatkan bagi saya.


Anak Kera Menangis Melihat Ibunya Mati Ditembak

Pernah diceritakan juga. Kerana tidak tahan sangat dengan perangai kera yang sudah melebihi batas. Tuan penanam jagung mengambil jalan mudah dengan menembak kera tersebut. Ada satu cerita , ibu kera yang membawa anaknya bersama ketika menjalankan operasi makan secara besar-besaran ditembak dan anaknya jatuh dari badanya. Anak kera tersebut menghampiri ibunya dan tuan percerita berkata , jatuh air mata anak kera ke bumi melihat kematian ibunya. Semenjak hari tu penembak kera tersebut insaf dan tidak menembak kera lagi.


Anjing…Makan jagung ?

Anjing sesiapa pun tahu bukan jenis binatang yang makan jagung. Memandangkan banyak sangat risiko untuk menanam jagung terutama binatang perosak seperti ,kera, babi dan juga burung ini sesetengah penanam jagung membela anjing untuk menjaga jagung mereka. Saya ingat kalau kat kampung saya orang pertama membela anjing untuk menjaga tananam jagung ialah Tok Penghulu Mamat ( Tok Pengulu Pas Kawasan Mukim Bagan , Che Mat Tok Penghulu Umno atau BN mukim Bagan ). Ramai juga yang mengata kat dia sebab membela anjing .Macam-macam orang kata kat dia sampai saya pernah dengar orang panggil dia Tok Penghulu Anjing ..kasar juga bunyinya. Anjing binatang najis, anjing haram dan bela anjing lagi haram, bela anjing nanti susah rezeki dan macam-macam lagi saya dengar orang mengata pada Tok Penghulu Mamat. Tetapi dipendekkan cerita idea Tok Penghulu Mamat membela anjing unuk menjaga tanaman jagung dan mengahalau kera dan binatang perosak semakin diterima oleh penduduk kampung . Semasa saya balik hari itu sudah ramai penanam jagung membela anjing untuk menjaga kebun jagung mereka.. Begitulah cerita dari kampung saya







Tuesday, July 15, 2008

Babi,..Punya Babi Dahlah Babi.. Perangai Macam Babi Pula

Posted by Pengembara Lara On 12:13 AM

Baru balik dari kampung. Rasa rindu sangat pada bonda yang tercinta

Babi,..Punya Babi Dahlah Babi.. Perangai Macam Babi Pula
Babi Makan Durian.

Semasa saya balik kampung kebetulan musim buah durian. Mak saya memang ada kebun durian dan memang tak payah beli buah durian kalau musim durian. Menarik juga mak saya cerita ,kalau durian luruh(jatuh dari pokok apabila masak) perlu pergi kutip cepat kalau tidak nanti buah durian dimakan babi. Dulu saya pernah dengar cerita harimau makan durian kalau kebun buah agak pendalaman.rasanya,logik juga kalau harimau makan durian,sebab saya fikir harimau mempunyai kuku yang tajam dan mampu mengopek durian…babi makan durian?sedikit rasa tidak percaya.tetapi setelah saya tengok sendiri barulah saya dapat tahu cara babi memakan durian.dia akan menggunakan hidungnya yang kebal untuk mengopek kulit durian sehingga durian tersebut dapat dimakan isinya.bukan setakat durian sahaja,babi juga makan salak,ubi,jagung dan juga kacang tanah yang ditanam oleh penduduk kampung.ada sesetengah orang tua kampung bercerita,kalau babi memakan hasil tanaman seperti jagung atau kacang tanah,tuan tanamam tidak boleh menyumpah dan mengata dengan kata kata kesat seperti babi punya babi makan tanaman aku..sekiranya berbuat demikian babi akan mengamuk dan makin banyak memakan tanaman tersebut atau lagi malang babi tersebut akan membawa kawan kawannya yang macam babi dan semestinyalah perangai macam babi juga.Ada juga.ada juga cerita mengatakan ,kekadang babi boleh menjelma bentuk hala(hantu).sebab itulah walaupn kawasan tananaman tersebut dipagar masih disodok oleh babi. Memang susah nak halau babi ni. Cara paling senang minta tolong cina kampung Mata Ayer bedil babi. Ada juga petua supaya babi serik untuk datang merosakkan tanaman ialah dengan menabur rambut disekitar tempat babi menjalankan operasinya.Ada juga dibuat pagar dengan azimat dan ayat ayat suci.begitulah cerita babi di kampung saya. Babi punya babi.

Monday, July 07, 2008

Balik Kampung...

Posted by Pengembara Lara On 9:04 PM

Rindu ku ..Pada Kampung Bagan Bawah

Peristiwa: Perhimpunan sejuta orang semalam di Kelan Jaya. Mungkin menjadi tarikh keramat bagi Malaysia kalau perhimpunan itu Berjaya. Dapat berita Azizon KS kemalangan
Bangun agak lewat mungkin semalam (pagi tadi ) lepas subuh baru tidur. Kak Mah pun mengantuk juga teman aku buat kerja.
Perasaan : Rasa nak balik kampung dan berdebar menunggu penempatan
Malam ni InsayaAllah Balik Kampung

Saya rasa kebanyakkan dahabat saya sudah sampai dan menjenguk kampung halaman sebelum meranrtau lagi . Saya masih di Gombak lagi. Mula-mulanya saya tidak mahu balik kerana masih ada urusan yang saya perlu selesaikan berkenaan dengan majalah , beberapa design yang saya kena siaplan dan saya juga perlu berjumpa beberapa orang untuk memberi iklan dan sebagainya. Semua urusan itu melibatkan saya. Selepas urusan itu selesai saya rasa mahu berehat sedikit dengan menonton wayang dan berjalan-jalan( seorang diri ) di Kulala Lumpur dan berjumpa sahabat-sahabat lama. Tetapi apabila saya fikir balik kalau saya balik kampung pun , kawan saya tak seramai di sini untuk teman minum teh tarik waktu malam mahupun teman menonton wayang. Kebanyakkan kawan saya tidak ada di kampung dan yang ada pun sudah berkahwin dan mereka semua bekerja. Hanya saya seorang sahaja yang cuti . Kalau saya balik kampung memang saya jadi agak “ perumah “ jarang sangat saya keluar daripada rumah . Saya tidak pernah bosan duduk di rumah. Saya selallunya akan membeli buku-buku novel atau apa-apa buku yang agak tebal untuk saya membaca. Saya memang suka membaca .Kalau tidak ada gangguan saya akan membaca dari pagi sampai tengahhari sehingga emak saya siapkan makanan untuk tengahhari. Begitulah rutin harian saya kalau saya balik ke kampung halaman saya yang tercinta.


Aku Mahu Pulang.

Teringat pula saya sebuah lagu Ebiet penyannyi lagu puisi di Indonesia . Sebuah lagu yang saya minat dan pernah menjadi lagu latarbelakang iklan petronas. Kampung saya Kampung Bagan-Bawah . Atau kalau di tulis dalam alamat penuh Kampung Bagan-Bawah , 16600 Pulai Chodong Kelantan. Saya sendiri pun tak berapa tahu sangat tentang sejarah kampung saya. Ada juga cerita mulut daripada mak saya bagan berasal dari nama seorang asli. Saya pun tak tahu juga. Kebiasaan dalam penulisan sejarah dan penceritaan sejarah ada pelbagai versi mengikut kefahaham pencatat sejarah dan ilmu serta tujuan sejarah tersebut dicatat. . Kampung saya bersebelahan kampung Mata Ayer dan bersebelahan kampung Bagan-Bawah. Tetapi kebiasaan kalau musim banjir atau musim boh kampung Bagan-Bawah yang akan banjir atau naik air , kampung Bagan Bawah seingat saya tak pernah naik air atau banjir. Panjang pula saya bercerita mengenai kisah kampung saya. Nanti saya akan tulis lain kali mengenai banjir kampung saya . Banyak kalau saya mahu bercerita kesemuanya. Apapun pada ketika ini saya mahu pulang . Saya rindu pada kampung halaman saya. Gugur daun ditelapak tangan terpijak ranting di jalanan .Aku rindu oh kampung ku.

Friday, July 04, 2008

Gambar Dan Kenangan

Posted by Pengembara Lara On 3:05 AM


Gambar Dan Kenangan
“Bisikku pada bulanKembalikan temankuKekasihku, syurgaku
Tanpa dia malam menemanikuSepi memelukku
Bulan jangan biar siang biar alam ini kelamBiar ia sepi sepertiku”





Mengimbas kenangan

Kekadang kalau saya rasa sepi dan bosan , saya suka sangat tengok album gambar. Walaupun gambar sekarang banyak dalam bentuk digital dan senang disimpan di dalam cakera keras komputer riba mahupun komputer meja tetapi saya suka cetak gambar tersebut dan disimpan elok-elok didalam album. Kos cetak untuk gambar digital sekarang pun berpatutan . ada sebuah kedai gabar di Gombak sekeping gambar 4R hanya 35 sen Bagi saya berbaloi. Ada waktu lapang dan teringat kepada kawan-kawan atau sahabat saya akan membuka album tersebut dan mengimbas kenangan yang telah lalu.
Seronok dan kekadang boleh buat kita tertawa sendiri melihat pelbagai gelagak gambar. Walaupun gambar biasa tetapi pelbagai cerita boleh kita cerita daripada gambar tersebut. Paling seronok , kalau semakin lama gambar tersebut semakin bernilai untuk dikenang. Saya tidak mempunyai banyak gambar semasa kecil. Seingat saya hanya ada beberapa keping sahaja gambar semasa umur 9 bulan. Masih belum dapat berjalan dan bermata bulat. Gambar sekolah rendah ada beberapa keping. Ada yang berpakaian pengawas sekolah, seluar warna coklat dan baju berwarna coklat cair sedikit. Ada juga berpakaian pengakap sambil senyum yang tidak berapa sempurana. Memang banyak cerita disebalik gambar tersebut. Kisah zaman semasa belum remaja yang banyak memberi erti dan kenangan ketika membesar dan dewasa. Begitu juga , banyak cerita untuk diceritakan kepada sesiapa yang mahukan penceritaan daripada gambar tersebut.

Gambar Internet.. Friendster, Rindu ku

Kalau saya buka friendster (http://www.friendster.com/) saya suka tengok gambar kawan-kawan.Pelbagai jenis gambar yang boleh saya lihat dan dapat juga melihat perubahan. Ada gambar berkahwin, ada yang bergambar bersama kereta dan tidak kurang juga ada yang bergambar bersama kekasih .Mungkin untuk memberitahu kepada umum dirinya sudah berpunya atau “laku”. Ada juga gambar-gambar sahabat saya yang berkahwin saya akan simpan dalam computer ,sekiranya gambar tersebut besar saya akan cetak dan masukkan kedalam album. Bukan apa, sekadar kenangan sekurang-kurangnya dapat menjadi peransang untuk melangkah ke alam yang lebih mencabar dan mungkin kehidupan yang lebih berdisiplin. Mungkin juga kehidupan yang berjimat cermat dan penuh perkongsian. Dua hari lepas juga , entah apa yang saya rasa, banyak juga saya telah upload ke dalam friendster saya. Banyak gambar-gambar yang kebudak-budakkan pula saya rasa. Tapi itu tidak mengapa, hanya sekadar gambar jangan tuan punya gambar berfikiran cara kebudak-budak cukup. Suatu malam permah juga saya membuka friendster seorang rakan sekelas saya dan melihat gambarnya dan ada juga gambar kekasihnya. Pada malam itu saya siap termimpikan dia lagi. Betapa hebatnya kuasa gambar . Apapun buat masa sekarang saya amatkan rindukan sahabat-sahabat saya di IPRM dan sahabat sekelas saya terutama yang saya bermimpi.
Begitu begini , begitulah juga. Bukan apa-apa.

Tuesday, July 01, 2008

Selamat Hari Lahir ..aku

Posted by Pengembara Lara On 8:39 PM











Selamat hari jadi Sayed Mahazan Bin Sayed Daud. Sayalah orang yang pertama mengucapkan selamat hari lahir untuk diri saya. Alhamdulillah dalam sedar tak sedar Allah SWT masih memanjangkan umur saya untuk terus hidup dan hidup. Saya bangun seperti biasa ,saya bangun seawal anak buah saya pergi ke sekolah Syeikhan dan Nofal, agak-agak pukul 6.30 pagi. Saya bangun solat Subuh. Saya lihat ada beberapa mesej di peti masuk telefon. daripada anak buah saya, kakak saya , dan beberapa orang sahabat yang ingat akan tarikh hari lahir saya. Terima kasih bebanyak saya ucapkan. Saya telah bagi pada kakak saya duit untuk beli apa-apa yang patut untuk masak sempena hari lahir saya yang ke 26 ni. Saya berani buat begitu kerana saya tahu kakak saya seorang yang rajin memasak, Dari pagi lagi dia masak dan malam dia masak lagi walaupun dia sibuk dengan kerja. Saya suka masakannya dan sesuai dengan selera saya. Kekadang kakak saya masak ringkas sahaja tetapi masih sesuai dengan selera saya . Mungkin daripada kecil lagi saya makan bekas tangan dia. Pada mulanya saya bercadang mahu pergi menonton filem Ayat- Ayat Cinta . Filem yang terbit daripada sebuah Novel yang bertajuk sama. Saya sudah membaca novelnya dan saya mengharap dapat kenikmatan yang sama apabila menonton filemnya. Tetapi apabila saya bangun waktu pagi badan rasa kurang sihat sedikit dan rasa sakit kepala. Saya mengambil keptusan untuk berehat sahaja dan tidak pergi ke mana-mana dan berehat sahaj dirumah. Saya tidur kembali dan bangn pukul 11.00 pagi. Seperti biasa saya selepas mandi saya akan tengok apa yang ada dibawah saji untuk di makan. Saya lihat hanya goreng pisang dan duit RM 40.00 untuk saya keluar dan pergi tengok wayang. Saya lihat ada nasi dalam periuk dan ada lauk dalam kuali. Saya tidak makan goreng pisang tetapi makan nasi dengan lauk ayam pedas yang ada di dalam kuali.

Selepas saya makan, saya buka emel dan lihat ada beberapa ucapan selamat hari lahir dan ada lagi beberapa ucapan selamat hari lahir dalam friendster. Sistem Friendster mempunyai pengingat kepada ahli lain berkenaan dengan tarikh lahir yang hampir . Mungkin sahabat-sahabat saya mendapat maklumat hari lahir saya pada “pengingat” friendster tersebut. Memang agak bosan juga duduk di dalam rumah keseorangan , anak buah saya Nofal dan Syeikhan pergi sekolah Kalau ada mereka , ada juga teman untuk berbual dan “bermain”.

Pukul 7.00 petang kakak saya siapkan masakan untuk jamuan. Bihun , lauk ayam goreng, dan ada pencuci mulut pudding dan agar-agar. Kami makan beramai-ramai dan bercakap-cakap. Tak sangka pula umur saya dah 26 tahun dan abang saya cakap dah boleh kahwin. (Sememangnya begitu ). Walaupun majlis ini hanya majlis yang ringkas sahaja tetapi secara tidak langsung dia dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan kami. Abang saya seorang lagi tidak dapat hadir kerana dia bekerja jauh pada hari ini ( Syed Rusli. Dia kata nak datang malam sedikit selepas balik daripada kerja . Apapun terima kasih bebanyak kepada kakak saya ( Sharifah Normah ) kerana sudi memasak dan menjamu para hadirin yang datang .







Tuakah kalau meningkat umur.?

Saya ada pernah membaca buku , tapi saya lupa tajuk buku tersebut , di dalam buku tersebut penulis buku tersebut membahagikan umur kepada umur tahun, umur pemikiran dan umur pada muka. Ada orang umur pada tahun memang tua tetapi mukanya masih kelihatan muda . Ada juga umur sudah tua pada umur tahun akan tetapi umur pada pemikiran masih macam budak-budak lagi. Kalau bab umur muka saya agak kagum melihat pengacara popular Azanil bekas pengacara Akedemik Fantasia walaupun umur tahunnya sudah 50 tahun lebih tetapi umur pada mukanya tidak kelihatan begitu. Begitulah kehidupan. Selamat hari lahir Sayed Mahazan Bin Sayed Daud

Monday, June 30, 2008

Tidur Apabila Mengantuk Satu Kenikmatan..

Posted by Pengembara Lara On 6:03 PM

Tidur apabila mengantuk satu kenikmatan..

Tidur merupakan satu nikmat yang tidak tergambar. Cuba bayangkan sekiranya tidak dapat tidur. Saya pernah tak tidur selama 2 hari . Itu saya rasa paling lama saya tak pernah tidur dalam hidup saya. Rasa pening ,ada sedikit sakit kepala , jalan semacam tidak stabil . Hanyut semacam. Semenjak hari itu saya takut kalau tidak cukup tidak. Muka saya cepat kenampakkan tidak ceria , lemah dan kekadang tidak bermaya. Begitulah pernah saya rasa sekiranya tidak cukup tidur. Saya ada kucing. Jarang saya tengok kucing saya tidur , begitu juga ikan dalam akuarium . Maha Suci Allah SWT.
Pelbagai sebab orang tidak dapat tidur , ada satu istilah penyakit iaitu Jigsaw, sejenis penyakit tidak dapat tidur kerana teringat kisah lalu dan masalah. Ramai antara kita yang mengalami masalah ini. Terkenang masalah dan dosa yang telah dilakukan . Ada sampai termimpi dan mengingau. Saya tak pernah mengalami masalah tersebut.

Berapa ramai orang yang kaya raya dan berharta tidak dapat menikmati tidur dengan lena. Bukan sebab tilam yang murah mahupun bilik yang panas dan tidak beraircond. Semua selesa ,tambah lagi isteri muda yang cantik dan gebu tetapi masih belum mampu tidur dengan lena. Begitu mahalnya nikmat tidur. Hati yang senang salah satu kita dapat tidur dengan lena dan dapat bangun sebelum subuh sebelum matahari terbit. Biasanya dirasai oleh golongan petani. Bangun waktu pagi bertani mencurahkan jernih peluh ke tanah bersama pancaran matahari. Balik apabila waktu terik mentari . Malam badan keletihan dan tidur selepas solat Isyak. Tidur hanya tilam yang murah dan tidak beraircond. Kekadang tidur di atas tikar sahaja . Mampu lena dan bermimpi indah. Begitulah nikmat tidur yang suka digambarkan dan mimpi indah yang tak mampu di beli. Apabila pagi menjelang dapat tersenyum lagi dan meneruskan rutin harian biasa.
Ada juga yang tidur dalam sedar. Hanya mimpi indah tanpa mengirakan dan menghiraukan reliti kehidupan sebenar. Khayal dan hanyut dalam arus fatamorgana cuma. Bangunlah . Sahabat ku. Esok masih siang dan kita perlu berjuang lagi. Semalam saya tidur seawal pukul 9 malam selepas Isyak dan bangun tersenyum walaupun tanpa mimpi indah . Begitu saya merasai kenikmatan tidur walaupun hanya tertidur di ruang tamu tanpa bantal. Begitulah kehidupan.

Friday, June 27, 2008

Sepi... Cinta Datang Kali Kedua

Posted by Pengembara Lara On 1:01 AM





Filem ini mengisahkan Adam seorang chef yang tersohor dengan kek perkahwinannya sedangkan dia sendiri belum berkahwin. Pada suatu hari dia telah jatuh cinta dengan seorang perancang majlis perkahwinan iaitu Ilyana yang dilakonkan oleh Waneda Imran. Mereka telah jatuh cinta dan saling sayang menyangi. Namun perasaan dan sayang tidak diluakan secara lansung tetapi mereka tahu mereka jatuh cinta. Babak menarik kisah mereka apabila meraka bergurau didapur dan gandum dari atas rak jatuh dikepala mereka berdua kelihatan seperti salji kecil. Akan tetapi pada suatu hari Ilyana memberi kad perkahwinannya kepada Adam membuat Adam kecewa.

“…. Sebelum saya jumpa awak , saya tahu membuat pilihan tetapi selepas berjumpa awak saya tidak tahu lagi membuat keputusan ..” Ilyana memang mencintai Adam tetapi dia sudah berpunya dan akan melansungkan perkahwinan tidak lama lagi. Adam lambat muncul di dalam hidupnya dan dia terpaksa memilih untuk meneruskan perkahwinan tersebut. Adam pasrah dengan jawapan Ilyana. Dalam babak tersebut lagu daripada kumpulan The Lima Kau Ada Dia dijadikan muzik latar belakang.

The Lima - Kau Ada Dia

Sudah lama ku memendam rasa
Cinta di dalam dada
Namun tidak pernah bersuara
Kerana takut kecewa
Ku tunggu waktu yang lebih baik
Untuk langkah pertama
Jauh dari apa yang ku kira
Hatimu ada yang punya

Di dalam mimpi kita berdua
Mesra bersama dilamun cinta
Oh tetapi kenyataannya aku sedar kau ada dia
Mungkin juga semuanya salah ku
Terlalu mengharapkan cinta

Tapi sepi yang merasuk kalbu
Membawa angan melayang
Di dalam mimpi kita berdua
Mesra bersama dilamun cinta
Oh tetapi kenyataannya aku sedar kau ada dia.



“Selain daripada cerita Adam dan Ilyana ada dua lagi cerita dalam filem sepi ini iaitu kisah Imaan seorang gadis dengan cinta misterinya dan Sufi yang kematian Isterinya.

Setelah kematian isterinya, Sufi terbeban dengan memori. Hatinya yang kosong enggan meneruskan hidup tanpa kekasih hati. Dia berlari - menjauhkan diri dari realiti kehidupan, kerjaya, malah anaknya sendiri. Tidak terbayang olehnya cinta akan menjenguknya lagi. Bukankah cinta datang hanya sekali dalam hidup?

Imaan kecewa bila pementasan teater nukilannya tidak diambil serius oleh pelakon utamanya, Ean. Imaan bencikan Ean, tapi tanpa disedarinya, Ean berjaya mencuri hatinya. Benci berubah menjadi bibit cinta. Tapi Imaan sudah berpunya. Hatinya tersepit antara kasih pada dua lelaki yang begitu penting dalam hidupnya. Akhirnya, cinta memaksa Imaan memilih. “

Dipetik dari www.budiey.com


Selamat menonton sepi, bagi saya filem ini menarik kerana kesemuanya mencintai “orang punya” kerana cinta hadir buat kali kedua dan terpaksa membuat pilihan yang mana paling terbaik.

Wednesday, June 25, 2008

Kahwin Untuk Bahagiakan Orang Tersayang

Posted by Pengembara Lara On 7:57 PM






Kahwin Untuk Bahagiakan Orang Tersayang


salahuddinsharif: cacing hamzah: bagus2

cacing hamzah: niat kawin sampai ke syurga

odin: insyaallah..

cacing hamzah: salah satu sbb nak kawin dgn awek tersayang sbb nak bahgia kan dia

cacing hamzah: tapi bahagia tu milik tuhan

cacing hamzah: so cari tuhan jump bahagia

cacing hamzah: kadang2 kite lupa pasal malaikat yg selalu jaga,tgk kan kita

cacing hamzah: macam tu gak bidadari yg akan jd isteri kite

cacing hamzah: dia selalu tgk kite dr syurga

cacing hamzah: nnt kat akhirat kalau isteri kita baik dia akan jadi ketua isteri2 kite kat syurga



cacing hamzah: tapi yg penting kite kena ada kat syurga lah hehehe



odin: insyaallah.



aku lah tu: wowwwwww HEBATnya HEHE





Ayat di atas adalah petikan daripada perbualan menggunakan persiaan Yahoo Mesegger atau lebih di kenali dengan YM sahaja. Bukan perbualan saya tetapi perbualan daripada rakan saya dengn rakan saya juga. Biasanya begitu kami semua bekas pelajar Sains Komputer kalu merasa bosan membuat kerja pejabat YM aalah tempat mengadu dan berbual semasa membuat kerja. Tetapi YM ni bahaya juga jangan sampai kerja tertanggguh sebab menggunakan YM. Ada sesetengah syarikat mengharamkan pernggunaan YM dengan alasan boleh mengurangkan prestasi kerja. ( Pada pendapat bos pejabat tersebut belum ada kajian khusus). Oden sahabat saya mungkin terkejut dan teruja dengan pandangan Hamzah, selepas dia ber YM dengan hamzah terus dia berYM dengan saya dan membuat salinanan ( Copy ) dan menampal ( paste ) pada YM saya.



Saya sangat setuju dengan pendapat Hamzah , selain berkahwin adalah tuntutan agama berkahwin juga untuk membahagiakan orang yang kita sayang. Kalau boleh kita mahu sentiasa bersama orang yang kita sayang dan cinta. Tidak semestinya selalu mendapat pujiaan darinya , cukup sekadar memberi senyuman sudah mampu membuat kita bersemangat untuk terus hidup. Tidak hairanlah ada pepatah mengatakan disebalik kejayaan seorang lelaki ada perempuan yang memberi sokongan . Saya setuju. Lebih hebat lagi kalau kita dapat berkahwin dengan orang yang kita sayang dapat memperjuangkan hidup ini bersama-sama dan saling faham memahami antara satu sama lain.. Sayang dan cinta sukar untuk ditafsir sebenarnya . Ia datang secara semula jadi tanpa ada dorongan nafsu. Ia datang satu perasaan ingin sentiasa bersama dan berkongsi cerita dan tercipta rasa senang hati dan bahagia. Begitulah lebih kurang. Susah untuk diterangkan dengan panjang lebar. Semesti susahnya kita mahu menerangkan kemanisan gula kalau sekiranya orang yang kita terangkan itu tidak pernah merasai gula. Apabila ada sayang akan timbul dan wujudnya rindu satu perasaan ingat yang berpanjangan dan kekadang membuatkan kita jadu serba tidak kena. Kalau kita mengingati seseorang dan tidak menjejaskan kita itu bukan level rindu lagi. Hanya satu ingatan biasa pada pendapat saya. Begitu juga dengan cinta, Siapapun pandai menghayati cinta, tapi jarang yang pandai menilai cinta karena cinta bukanlah suatu objek yang bisa dilihat oleh mata kasar, sebaliknya cinta hanya dapat dirasakan melalui hati dan perasaan. Teringat saya sebuah sajak yang mengubati kisah luka ini lebih kurang begini madah tersebut





Cinta
Bukan untuk memiliki dan di miliki
Cinta itu ikhlas dan suci
Cinta itu datang dan pergi
Hadirnya bak satu fantasi
Tidak di undang
Namun
Ia
tetap datang bertandang.

Kita hanya merancang
Kita bagaikan wayang
Ditangan dalang
Tak semua yang diinginkan
jatuh ke riba

Sayang..... ada juga yang kecundang
Tapi kita tak mungkin meradang, menerjang
Hanya kerana cinta yang menghilang.





Panjang pula saya mengulas bab cinta ni. Berbalik kepada bahagia seperti yang di perkatakan oleh Hamzah tadi yang mengatakan bahagia itu milik tuhan dan sesiapa hendak membahagiakan hidupnya hendaklah mencari Tuhan. Memang dalam makna apa yang Hamzah perkatakan mempunyai unsur-unsur kesufian. Harta , duit, kekayaan bukan syarat utama untuk membahagiakan diri. Bahagia lahir dari hati. ,, Hati yang betul-betul bahagia hati yang mengenal dirinya dan mengenal Tuhan. Saya teringat sebuah kata-kata hikmah yang saya selalu tulis





“ Hidup dengan seni kita akan Indah dan

hidup dengan agama kita akan bahagia”


Akhir sekali Cinta Untuk Dinikmati Bukan Untuk Di Tangisi. Apa nak jadi akan terjadi , hujan akan berhenti. Damaikanlah hati ini . Aku 49.9%





Terima Kasih Sahabatku Semua- Dedikasi Untuk Penghuni Sri Cendrawasih

Posted by Pengembara Lara On 7:56 AM








Terima Kasih Sahabatku


Terasa saya ingin mengucapkan terima kasih kepada sahabat-sahabat sekaunselor yang bersama susah dan senang di Sri Cendrawasih. Memang ucapan terima kasih tidak terhingga kepada semua. Tanpa bantuan daripada sahabat semua siapalah saya. Kita semua sememangnya insane yang serba kurang dan tidak terlepas daripada memerlukan pertolongan. Begitu juga tidak pernah terlepas daripada melakukan kesalah . Oleh yang demikian muhasabah diri adalah jalan yang terbaik untuk memperbaiki diri supaya hari esok lebih baik daripada hari ini.



  1. Zainudin. Ketua Unit

Pertama saya meycapkan ribuan terima kasih kepada Zainudin selaku Ketua Unit yang sentiasa tekun menjalanan tugasnya. Sukar untuk membuat kerja suka rela tanpa mendapat gaji atau elaun. Kalau jawatan itu di beri kepada saya pun saya akan terfikir banyak kali untuk menerima jawatan tersebut. Selamat pengantin baru kepada Din yang akan melansungkan perkahwinanya pada bulan Ogos akan datang . Terharu juga apabila saya orang pertama menerima kad undangan perkahwinan daripada Din dan Zeti ( Nama tuning Din ). Semoga tiada aral yang menghalang dan lemabatkan segala proses untuk berkahwin. … Berkahwin itu memang nikmat tetapi banyak dugaan. Seperti kata bijak pandai untuk memcari kekasih umpama memilih sedahan daripada pokok yang rimbun tetapi untuk memilih isteri umpama memilh sepohon pokok daripada hutan yang tebal. Jauh bezanya dan banyak perkara yang perlu dinilai dan diambil kira





  1. Zairi.

Terima kasih kerana ada beberapa kali pernah ambil saya di Terminal Satu. Kekadang ada juga memberi pinjam motor. Zairi juga telah menymbangkan alatan dapur seperti dapur gas, periuk, kuali, pinggang dan lain-lain. Rindu pada anak dan isteri mungkin sudah terubat di waktu lapang ini. Semoga jangan tidur lewat lagi. Saya sebenarnya segan kalau disuruh menjadi imam untuk solat kalau Zairi ada kerana saya menghormati orang sudah berkahwin dan mempunyai anak. Apa yang bagus pada Zairi selalu saya perhati dia selalu membaca Yasin kalau selepas solat Magrib dan seiingat saya dia ada sehelai sahaja seluar pendek ( Mungkin ada beberapa helai Cuma saya tida perasan atau mempunyai corak yang sama






  1. Nik Zahari Nil Soh

Terima kasih untuk Nik kerana banyak membantu . Terharu tengok Nik terus bergegas apabila Wana menelefon kereta Sharifah rosak. Tanpa bnyak bicara Nik terus pergi. Saya suka kepada orang mempunyai sikap suka menolong . Saya percaya kalau kita banyak menolong suatu hari nanti orang lain akan menolong kita tanpa kita duga. Allah SWT tu mahal adil. Kekadang kita pandai cakap sahaja kita suka menolong orang tetapi apabila keadaan orang memerlukan pertolongan kita buat tak tahu sahaja. Ramai orang begini. Nik rajin belajar tetapi banyak yang lupa. Kalau bab mengulangkaji pelajaran , orang lain tidak buka buku lagi Nik dah mengkhatam sebuah buku. Terselah kelihatan Nik seorang perindu terutama kepada anak lelakinya. Tersentuh saya mendengar cerita Nik apabila dia menangis dan dapat lena tidur apabila mendapati anaknya demam. Nik juga seorang sangat mudah untuk tidur dan memang berlawan dengan Zairi yang susah untuk tidur. Seperti ada suis sahaja, tengok-tengok Nik dan menidurkan diri.













  1. Tarmizi

    armzi merupakan rakan sebilik saya. Kami bertiga satu bili yang merupakan bilik ketiga daripada ruang tamu ataupun bilik tengah. Saya , Zaid dan Tazmizi satu bilik. Zaid tidur paling tepi , Tarmizi tidur di bahagian tengah dan saya tidur di hujung sekali. Tarmizi seorang yang cepat lembut hati dan belas kasihan yang tinggi. Maksud saya dia seorang yang cepat perihatin dan empati dengan masalah orang lain. Alhamdulillah dia baru sahaja menjadi seorang ayah. Bukan main gembira Tarmizi. Isterinya seorang guru juga. Saya selalu tumpang kereta Tarmizi untuk balik ke Gombak rumah kakak saya..Kereta Tazmizi nampak tidak berapa baru tapi enjinnya boleh tahan lagi. Tarmizi pun ada sebuah motosikal. Kalau pergi ke kelas Tarmizi selalu pergi dengan motor berbading dengan kereta kecuali hari hujan. Pada akhir semesta kedua Tarmizi menjadi “ rakan kongsi’ Zahardi dalam perniagaaan .’ simkad “ Happy( http://www.happy.com.my/). Tarmizi memang tidak berkira kalau bab memasak . Boleh dikatakan ketika semesta pertama , kami memasak dan Tarmizi dengan Zainudin yang selal,u memasak. Memang dia pndai memasak dan biasa memasak , boleh tahan juga masakanya. Agak menyelerakan tambahan pula makan beramai-ramai seramai sepuluh orang . Tarmizi juga pengingau orangnya . Pernah suatu malam dia mengingau dan membaca buku novel saya. Pelik saya pada keseokkan harinya buku novel saya beralih tempat . Rupanya dia mengingau




  2. Zahardi Arman



Seorang yang bertubuh kecik sahaja dan mempunyai seorang anak perempuan. Bekas jurulatih Khidmat Negara. Terima kasih juga kepada Di ( Nama singkatan selalu saya panggil ) Kerana menumpang saya ke Sekolah Kebangsaan St. Paul Seremban. Memamg banyak pengalam bersama terutama di bawah penyeliaan Mr. Yee dan juga Tuan Haji Shamsudin. Pernah membuat saya kalut apabila dia tidak membuat rph dan penyelia datang . Bukan main saya memutar alam penyelia untuk memberi masa dia membuat persediaan. Tapi alhamdulillah masih mendapat pujian daripada penyelia kerana dia mempunyai bakat semula jadi dalam mengajar ilmu pendidikan jasmani. Saya selalu dibandingkan denganya oleh pensyarah dan pada akhir penyeliaan ada sedikit pertelingkahan kecil. Saya memang seorang yang tak suka bertengkar lidah. Lebih suka menddengar pendapat orang daripada berbahas. Kekadang berbahas pun tidak ada gunanya juga. Walaubagaimana pun saya buka seorang yang pasif kalau bercakap memang nada bersungguh tu ada. Tetapi kekadang sahaja kerana saya suka watak yang agak pediam. Watak itu saya rasa lebih sesuai untuk saya.( Saya rasa sahaja ). Di juga ada motor Yamaha LC dan sebuah kereta wira. Suka saya melihat Di sebagai tauke Money wallet atau sebagai tauke top up. Terselah minatnya dalam perniagaan. Teringat saya apabila dia bercerita kalau dia dapat mengajar di Pahang dia akan membuka sebuah kedai runcit. Di seorang yang bagus dalam perjungan Melayu. Saya mendoakan cita-citanya berjaya. Selain daripada itu saya lihat dia sangat peka dengan kesulitan sahabatnya seperti sakit dan sebagainya. Semoga Di tidak lupa waktu solat. Amin.







  1. Zaid Bin Zakaria

Zaid juga merupakan rakan sebilik saya. Mukanya mirip cina sedikit. Orangnya agak pengemas dan teliti ( Pada pendapat saya ). Terima kasih juga kepada Zaid kekadang ada juga saya menumpang keretanya . Pernah juga saya balik bersamanya samapai ke Kampung Bagan Bawah . Pernah juga dia hantar saya ke rumah kaka saya di Gombak. Isteri Zaid seorang Jururawat. Saya masih ingat lagi nama isterinya iaitu Sumayyah . Memang cantik nama tu dan teringat saya pada lagu nasyid Sumayyah. Agak kecik berbanding Zaid. Kalau bab menelefon isteri saya rasa Zaid lebih menyerlah daripada rakan-rakan yang lain .( mungkin saya sebilik dengan Zaid dan selalu mendengar perbualan Zaid dan isterinya. Pelbagai cerita Zaid cerita kepada isterinya dari perkara besar hinggalah kepada perkara kecik. Romantik sungguh kelihatan. Semasa Zaid membawa isterinya ke rumah sewa kami , isterinya tidak bercakap bnyak sangat tidak seperamah isteri Di. Zaid sekarang sedang berusaha untuk mendapatkan cahaya mata . Semoga Allah SWT memberi rezeki kepadanYa. Setiap kali Zaid ingin menamatkan perbualan dengan isterinya dia akan selalu megatakan ‘ rindu su , sayang su . Memang dia seorang suami yang penyayang. Pada sem kedua dan penghujung sem Zaid agak berkawan baik dengan Azizil Fikiri..



  1. Faizal

Satu-satunya sahabat saya yang menjadi penghuni sri cendrawasih bukan daripada pantai timur. Faizal orang Johor. Faizal seorang yang tidak kedekut ilmu dan senang diajak ke mana-mana. Faizal seorang yang senang apabila di minta pertolongan dan seorang yang perihatin dengan masalah kawan-kawan. Seingat saya ada juga saya berhutang dengan Faizal kerana tidak ada duit tunai ditangan. Faizal juga merupakan boleh dikatakan orang yang boleh diharap kalau diberi tugasan. Terselah kehebatanya apabila folder tugasan, Tuan Haji Harun Faizal lah orang yang menjadi tempat rujukan bahan dan sebagainya. Faizal seorang yang berminat dengan rekabentuk computer terutama penggunaan perisian Adobe Photoshop. Terima kasih juga kerana dialah orang yang sudi memenigkan kepala merancang malam Seribu Erti . Malam makan malam untuk kami semua. Pendekatan yang digunakan oleh Faizal dalam berkawan ilah tidak menyusahkan orang. Pernah Faizal balik dari terminal satu dengan sewa walaupun ramai kawan-kawan yang mempunyai kereta . Apabila ditanya mengapa begiti dia menjawab ada kisah tertentu. Mungkin dia pernah meminta pertolongan daripada sesiapa tetapi tidak dilayan. Saya setuju dengan cara Faizal




  1. Azizil Fikri

Terima kasih kepada Azizil Fikri kerana sudi membersih rumah dan bilik air ketika ramai sahabat yang balik ke kampung. Saya suka perangai Azizil yang suka membaca. Kalau di dalam rumah itu hanya saya dan Azizil sahaja yang agak banyak membeli buku. Pada akhir sem saya punya buku hampir 2 kotak kesemuanya. Tidak semua buku di dalam kotak tersebut saya baca . Buku yang saya berkenan saya beli sahaja dan simpan . Jika ada keluangan saya akan membacanya sahaja. Terpengun juga melihat Azizil kalau memabaca akan menulis apa yang dibacanya di dalam sebuah buku ( Bersaiz A4 tetapi besar ). Saya memang suka melihat orang membaca buku . Entah kenapa . Tarmizi mungkin pernah lihat saya membaca pukul 1 atau 2 pagi . Azizil banyak membantu saya dalam membuat tugasan-tugasan yang pensyarah berikan. Semoga burung-burung yang dibelanya akan terus membiak dan tidak mati .




  1. Azri

Apabila sebut saja nama Azri , memang saya selalu ingat ayat come on Arzi, come on Azri … ayat yang di alungkan oleh Faizal semasa kayak bersama . Entah macam mana kayak tersebut sukar hendak berpusing. Arzi seorang watak yang akan pendiam. Seorang yang agak mengatur setiap apa yang dibuatnya. Kalau dalam bercakap Azri akan bercakap dengan ayat yang paling teratur. Kali pertama mendengar Azri bercakap memang terpegun seolah olah ada skrip yang terpapar di hadapannya. Pernah mendapat pujian daripada Puan Sabariah seorang yang agak Berjaya dalam membuat sesi kaunseling kelompok. Azri selalu kejutkan saya untuk solat terutama solat Subuh dan juga solat Asar kalau saya terlebih lena. Azri seorang yang agak pediam dan tidak suka bercakap banyak. Selalu di usik oleh Zaiod dan Tarmizi. Seolah olah kalau kami semua sepuluh beradik Azri merupakan anak yang paling bongsu. Azri pun sama juga macam Nik juga memang mudah sangat kalau hendak tidur. Cuma Azri lebih awal , lebih kurang pukul 11 Azri akan cuba menutupkan matanya untuk bermimpi. Walaupun Azri boleh dikatakan sebagai adik Zairi tetapi kalau bab tido memang agak berbeza waktunya. Abangnay susah sangat nak tidur sedangkan adiknya seprti ada suis. Pengalaman pergi surau Jiboi baru bersama Azri tidak dapat dilupakan … Bersambung …

Monday, June 23, 2008

Catatan 1/3 Malam..

Posted by Pengembara Lara On 1:42 AM




Catatan 1/3 pagi..

Cengkerik Pun Malas..


Waktu ini memang sesuai untuk tidur. Mata aku belum disinggahimengantuk lagi. Mungkin selepas mendapat panggilan daripada seorang sahabat aku. Ada rasa tidak senang hati. Rasa tidak selesa. Melihat kipas berpusing pun aku rasa tidak pening. Kepala aku lebih dasyat berpusing daripada kipas diruang dapur rumah ini. Hairan juga aku terpikir ke mana kah menghilang bunyi cengkerik malam yang sentiasa bertasbih memujiNya. Sekurang-kurangnya bunyi-bunyi tersebut membuat aku tidak lupa untuk memanjat syukur atas segala nikmat dariNya. Kuala lumpur memang penuh dengan budaya songsang. Cengkerik pun malas untuk menyumbangkan suara menyerikan suasana bandar ini. Lama juga aku bercakap dengan sahabat aku . Seingat aku ini lah kali pertama dia menelefon aku . Tapi cukup membuat aku terharu. Apapun aku telah agak benda ini akan terjadi. Suasana sepi. Aku keseorangan.


Bahagiakah Aku..Bahagiankah Engkau

Teringat aku pada kulit hadapan novel aku ada kata-kata yang berbunyi

“ Memberi kebahagiaan kepada orang
yang kita sayang tidak semestinya membuat kita bahagia””


Begitulah lebih kurang bunyi kata-kata yang pernah aku jadikan penghias sebuah novel aku. Begitulah juga konsep dan kesimpulan ringkas novel tersebut berkisarkan seorang jejaka mencintai seorang perempuan tetapi pada akhirnya cintanya tidak kesampaian. Watak perempuan dalam cerita tersebut bernama Najwa dan watak lelaki dalam cerita tersebut bernama Mat atau nama penuhnya Muhammad Haikal. Seorang designer( pereka bentuk grafik komputer). Mat tak pernah menyatakan secara lansung perasaanya terhadap Najwa . Hanya dalam gurauan sahaja tetapi Najwa memahami perasaan Mat tetapi keadaan memaksa membuat cinta mereka tidak kesampaian . Novel tersebut hanya 1/8 sahaja daripda sebuah novel tebal. InsyaAllah kalau ada kesempatan akan diterbitkan dalam masa setahun lagi. Agak sukar sekarang untuk mencari pendapatan dengan menjual novel.. Kebanyakkan rakyat Malaysia sekarang mengikut kajian sifat sukakan kan buku agak kurang .

Malam semakin lewat. Hanya bunyi kipas berpusing sahaja aku dengar daripada bilik ini. Kalau aku dengar dengan teliti aku akan mendengar bunyi jarum saat jam dinding yang tergantung di atas kepala aku. Jam tersebut berbentuk bulat dan berwarna putih . Hanya tepi jam tersebut sahaja berwarna merah. Sekali sekala terdengar bunyi cicak( Aku rasa aku dah bunuh hamper 10 ekor cicak .. ada lagi keturunannya di dalam rumah ini ) Jarum saat jam terus berpusing menunjukkakan masa telah berjalan . Setiap saat dalam hidup kita akan meninggalkan satu detik dalam hidup kita dan mencipta pengalaman baru. Susuatu benda yang paling jauh dalam kehidupan kita adalah kenangan . Sehebat mana kita menoleh kebelakang kita tak mampu untuk mengundur waktu yang telah berlalu. Takdir dan waktu penentu segalanya.

Dalam kesunyian ini tetiba perasaan ini merindui seseorang . Perasaan rindui ini telah dipamerkan dan terpaksa disembunyikan atau dilemparkan jauh ke hujung dunia sana. Kerana itu aku rasa lebih bahagia walaupun memberi kebahagiaan kepada orang yang kita sayang tidak semestinya membuat kita bahagia. Tetapi Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi, jika kamu masih tidak dapat melupakannya
"Luahan semalam tipu je, sy x
pernah sayang pun awak
x pernah pun rindu awak..awak
jangn percaya k..
awak ni tipu sikit dah percaya
hehe."


Puteri di taman memakai gelang,
Rambut berjurai bawah mahkota,
Bunga idaman dah milik orang,
Jatuh berderai si air mata.


Sunday, June 22, 2008

Jiboi 256, Sri Cendrawasih, Kenangan Terindah

Posted by Pengembara Lara On 2:20 AM

Jiboi 256, Sri Cendrawasih, Kenangan Terindah

Jiboi BaruKampung Yang Indah Dan Permai

Hampir enam bulan saya dan sahabt-sahabat yang lain seramai Sembilan orang tinggal di Sri Cendrawasih 256 , Kampung Jiboi Baru, Ampangan Negeri Sembilan. Nama Sri Cemdrawasih bagi rumah rumah tersebut bukan kami yang reka tetapi ada tanda nama pada pintu tersebut. Mungkin tuan rumah yang berikan nama tersebut sempena apa-apa yang diminatinya. Kampung Jiboi kampung yang cantik dan bersih. Suasana kampung tersebut tersusun dan kebanyakkan rumah di kampung Jiboi besar-besar semua dan ditambah pula dengan halaman rumah yang besar. Boleh dikatakan hamper kesemua rumah di kampung Jiboi begitu. Mungkin mereka semua penduduk asal kampung tersebut. Namun apa yang membuat saya rasa bangga pemilik rumah tersebut semua orang Melayu. Walaupun kampung tetapi rumah-rumah di kampung Jiboi bukan rumah orang kampung. Rumah mereka sehebat dengan rumah-rumah orang kaya di Kuala Lumpur seperti Bandar Damansara. Hanya ada beberapa buah sahaja kelihatan rumah kayu. Rumah yang kami sewa agak penghujung kampung sedikit. Perjalanan dari rumah kami ke Maktab tidak samapi 10 minit pun kalau nasib baik jalan tidak kalut dan jem dalam 5 minit pun kami sudah mampu untuk sampai ke Maktab. Kami tidak sempat sangat bertgur sapa dengan penduduk di sini. Mungkin masa dan aktiviti harian kami tidak mengizikan . Seawal 7.00 pagi kami telah keluar dan kami akan balik lebih kurang pukul 6 petang. Begitulah lebih kurang rutin harian kami. Jadual kami sangat padat. Pada pendapat saya inilah jadula saya belajar yang paling padat. Berlainan dengan belajar di Universiti mahupun matrikulasi. Apapun Alhamdulillah sepanjang kami menetap di Sri Cendrawsih tidak ada kes kecurian yang berlaku. Seingat saya yang hilang pun selipar sahaja. Mungkin pekerja bangla yang memotong rumput yang mengambilnya ( Andaian sahaja). Kekadang saya tertanya pada diri saya siapakah penghulu kampung Jiboi .?

Wednesday, June 18, 2008

Merubah Rutin Harian...

Posted by Pengembara Lara On 3:24 PM

Selamat Berpisah ( Buat Sementara)

Merubah Rutin.. Keluar Pagi Balik Petang
Entah apa yang saya rasa sekarang sama atau tidak dengan kawan-kawan saya yang lain turut merasa.. Rasa kurang selesa untuk berpisah dan meruntinkan dengan aktiviti baru setelah hampir setahun kita tinggal bersama dan melakukan rutin harian yang sama. ( Cuma berbeza sedikit) Setahun kita sama-sama tinggal di asrama. Perhubungan ini bertambah rapat lagi. Memang ada sedikit ketidak sefahaman apabila tinggal bersama. Teringat pesanan orag tua-tua kalau berkahwin elok tinggal berasingan dengan mertua walaupun mertua baik sekalipun memang suatu hari nanti ada ketidak sefahaman. Begitulah tetapi sebagai lelaki masalah-masalah yang kecil jarang diperbesarkan . Tambahan pula dengan nilai pemikiran bagus lebih menjurus kepada penyelesaian masalah daripada menghuru hara suasana jika berlaku masalah. Perhubungan ini saya rasa bertambah erat bila kita sama –sama tinggal di Sri Cendrawasih Kampung Jiboi Baru .Sikap tolong menolong memang satu perkara yang sering dapat dilihat. Secara tidak lansung kita saling menolong antara satu sama lain dan rasa seronok untuk membantu kawan-kawan yang memerlukan pertolongan ( itu apa yang saya rasa). Mungkin saya sendiri tidak banyak menolong dan watak saya sering ditolong. Rutin –rutin harian ini berlaku secara spontan dan seperti dirancang. Dari pagi walaupun hanya ada 2 bilik air sahaja dan penghuni rumah sepuluh orang yang kebanyak bangun pada pukul 6.30 pagi namun dalam waktu sesingkat itu kita dapat siapkan diri seawal pukul 7.10 pagi untuk meneruskan rutin harian ke sekolah. Setahu saya yang paling awal bangun saudara Zainudin, diukuti oleh saudara Faizal, Nik Zahari, Azri , Zaid , Tarmizi, Zairi , saya sendiri dan yang terakhir saudara Zahardi ( Pemilik Motor Yamaha LC). Kekadang Zairi paling lewat bangun kerana dia selalu susah untuk tidur waktu malam . Entah kenapa saya sendiri pun tidak tahu. Tetapi mengikut cetitanya kalau dia balik kampung selalu tidur awal. Istrei dia pun tidur awal juga. Mungkin memenuhi kewajipan sebagai isteri atau letih melayan anak-anaknya seramai 2 orang . Semuanya lelaki dan comel .
Kalau sempat kami akan sembahyang subuh secara berjemaah samada 2 atau tiga orang . Sembahyang subuh kekadang didahulukan dahulu daripada mandi takut waktu subuh tamat selalu Tarmizi dan Zaid yang bangun agak lewat sedikit akan mengambil air sembahyang di sink atau paip yang terdapat di luar rumah kami. Saya pun begitu juga kalau bangun agak lewat sedikit dan bilik air penuh. Biasanya kami bangun agak lewat sedikit sekiranya cuaca agak sejuk disebabkan hujan diwaktu malam atau hujan waktu pagi. Selepas bersiap semua kami pergi menuntut ilmu beramai-ramai. Rutin diteruskan dengan waktu petang dengan bersukan. Lebih kurang pukul enam baru kami balik ke rumah untuk berehat dan mengemas rumah. Begitulah serba ringkas kehidupan kami. Difikir sekali seperti burung. Keluar pagi balik petang.

Sunday, June 08, 2008

Ayat- Ayat Cinta-Sedikit Ulasan.

Posted by Pengembara Lara On 10:59 AM





Ayat- Ayat Cinta-Sedikit Ulasan.

Ayat-ayat cinta. Sebenarnya ayat-ayat cinta adalah sebuah novel daripada penulis Indonesia Habiburrahman El Shirazy yang merupakan Sarjana daripada Universiti Al Azhar. Pada mulanya saya tidak berminat untuk membeli dan membaca novel ini walaupun sudah ramai kawan-kawan saya menceritakan Ayat-ayat Cinta(AAC) sebuah novel cinta yang mampu menitiskan air mata. Semenjak beberapa tahun ini saya tidak berminat untuk membaca novel yang berbentuk novel popular dan lebih suka membaca novel yang mengandungi unsur-unsur sastera seperti Sanggetha novel yang ditulis oleh seorang penulis yang tersohor iaitu Azizi Hj Abdullah. Saya memang meminati cara penulisan yang digunakan oleh belia. Novel beliau ditulis bukan hanya ditulis dengan menggunakan imiginasi sahaja tetapi dicampur dengan fakta-fakta yang tidak dapat direka. Secara tidak sengaja di kedai buku Pustaka Mukmin berhampiran Sogo Jalan Tunku Abdul Rahman( Jalan TAR) Kuala Lumpur saya melihat novel AAC dan membaca komen daripada pembaca novel tersebut seperti komen yang telah di buat oleh A. Samad Said, Sasterawan, Ahmadun Yosi Herfanda sasterawan Indonesia dan Mohammad Fauzi Adham iaitu pakar psikologi.. Sebenarnya masih banyak lagi komen-komen positif yang telah tercatat di dalam buku ini iaitu di bahagian permulaan helaian novel ini. Paling saya menarik iaitu komen yang daripada Sasterawan Negara A. Samad Said yang mengatakan

“…Ayat-ayat cinta ,memangnya pintar mengheret kita menjejaki –malah menghidu-perhubungan Fahri (Indonesia) dan Maria (Mesir) secara penuh mengajar, menghantar isyarat dan kebijaksanaan baru melalui perhubungan sopan antara dua Negara.”

Saya telah pun membaca novel tersebut dan memang bagus cara penyampaian dan olahan novel tersebut. Sebuah novel dakwah yang memberi ilmu agama secara tidak lansung berjaya disusun dengan baik jalan penceritaan dan mejadikan ia sebuah novel dakwah yang tidak membosankan. Penulis begitu berani mempertaruhkan tajuk “ Ayat-ayat cinta” yang memberi gambaran kasar kisah percintaaan semata-mata seperti mana kebanyakan novel-novel popular. Namun sesiapa yang pernah mengenali penulis ACC iaitu saudara Habiburrahman El Shirazy sudah dapat mengagak kualiti yang akan bakal dihidangkan oleh ACC ini. Seharusnya novel ini dibaca oleh peminat novel dakwah Islami yang cintakan kesenian Islam.Wassalam

Saturday, May 24, 2008

Di bawah Bayangan Kelapa Sawit Aku Bersujud KepadaMu

Posted by Pengembara Lara On 8:46 AM





Di bawah Bayangan Kelapa Sawit Aku Bersujud KepadaMu

KLCC di mana tikar untuk Jemaahmu..

Agak lewat aku pergi solat Jumaat hari ini. Ralik aku melihat pelbagi jenis kamera yang terdapat disebuah kedai di KLCC. Terasa ingin membeli di dalam hati tetapi duit yang ada perlu difikir untuk hal lain KLCC. Terasa ingin membeli di dalam hati tetapi duit yang ada perlu difikir untuk perkara yang lebih patut lagi. Menariknya khutbah di masjid KLCC ini ialah khutbahnya menggunakan bahasa Inggeris untuk khutbah pertama dan pada khutbah kedua yang agak pendek barulah digunakan bahasa Melayu. Mungkin ramai bangsa asing yang melawat KLCC menjadi satu sebab rasionalnya khutbah yang disampaikan menggunakan bahasa Inggeris. Kebetulan hari itu penuh di dalam masjid KLCC jemaah membuat aku dan adik aku terpaksa sembanhyang di luar masjid KLCC di bawah bayangan kelapa sawit. Memang ramai bangsa asing yang solat diKLCC golongan perempuan pun ada turut mendengar khutbah di KLCC di bawah wakaf-wakaf yang berhampirah dengan KLCC sambil menjaga anak-anak mereka. Pada mulanya aku ingin duduk di atas tikar berhampiran dengan rak temnpat letak kasut tetapi selepas aku mengambil wuduk aku tengok tikar tersebut sudah dipenuhi. Entah pihak pengrusan masjid KLCC itu pun tidak menambah tikar yang lain untuk memberi keselesaan pada jemaah. Satu benda yang pelik bagi aku takkan tikar pun tak boleh nak sedia. Aku bukan jenis tak pernah solat di masjid yang padat dipenuhi jemaah terutama pada hari Jumaat seperti masjid Jamek Kuala Lumpur, masjid Kampung baru dan beberapa masjid di sekitar kawasan Gombak. Memang menjadi benda biasa pihak pengurusan masjid akan menyediakan beberapa gulung tikar yang panjang akan di hamparkan di luar kawasan masjid untuk memberi keselesaan para jemaah mendengar khutbah dan menunaikan solat Jumaat. Mahu tidak mahu aku terpaksa duduk di bawah redupan bayangan pokok kelapa sawit tanpa alas untuk mendengar khutbah. KLCC… di mana Tikar Sembahyang mahu sahaja aku melaungkan ayat tersebut. Aku bukanlah seoarang muslim yang manja dan tidak tahu berdikari seperti rakyat Malaysia yang lain datang membawa sejadah persendirian. Tapi begitulah ..tak salah memikirkan hal ini untuk kebaikkan bersama.

Muslim ayuh kongsi sejadahmu..

Di bawah redup bayangan kelapa sawit aku mendengar khutbah dengan khusuk sekali. Beralaskan rumput hijau sahaja. Setelah habis aku mendengar khutbah bilal pun iqamahlah untk menunaikan solat. Aku lihat di hadapan aku seorang muslim yang mempunyai sejadah masih mempunyai ruang di atas sejadanya untuk mengajak aku sujud bersama di atas sejadahnya tetapi bukan itu yang terjadi. Tidak ada sesiapa pun muslim-muslim yang mempunyai sejadah persendirian membentangkan sejadahnya secara melintang dan mengajak aku,adik aku dan sahabat aku solat di atas sejadah mereka. Mereka dengan khusyuk terus mengangkat takbir dan menunaikan solat tanpa menghiraukan jemaah-jemaah lain yang terkapai-kapai mencari tempat yang bersih untuk bersujud kepada Ilahi. Begitulah perangai dan akhlak muslim –muslin Malaysia di KLCC hari itu. Perhubungangan hanya dengan Allah tetapi perhubungan dengan manusia tidak di hiraukan dan diambil tahu. Konsep kehidupan di bandar yang tidak menjaga tepi kain orang sudah menjadi kepercayaan dan pegangan dalam hidup meraka yang sukar di buang. Wahai saudara-saudara seIslamku tengok-tengoklah saudara seIslammu. Sekiranya kamu sealim taraf wali Allah sekali pun tetapi kamu tidak pernah menghiraukan sauadar SeIslammu , pertanyaan dan hisab Allah tidak boleh lepas terhadapmu..begitu begini, begitu juga

Di bawah Bayangan Kelapa Sawit Aku Bersujud Kepadamu

Di bawah redup bayangan aku solat menunaikan solat Jumaat. Terasa begitu kerdilnya diri apabila bersujud menyentuh rumput-rumput hijau di bumi sehingga terbau tanah. Sehebat mana manusia tidak akan terlepas kembali ke tanah jua akhirnya. Kejadian manusia daripada tanah dan kepada tanah jualah ia kembali untuk bertemu Penciptanya.
Begitulah sedikit catatan untuk di kongsi dan di beri penilaian bersama.

Monday, May 12, 2008

Sesat Di Kuala Lumpur Dosa Pahala Bercampur

Posted by Pengembara Lara On 9:23 AM




Sesat Di Kuala Lumpur Dosa Pahala Bercampur

SESAT DI KUALA LUMPUR

Sesat di Kuala Lumpur
Dosa dan pahala bercampur
Tapi kita perlu hidup
Kita perlu terus hidup

Terimakasih tuan da nyonya
Doa selamat kami pohonkan
Pada Tuhan maha Kuasa
Tuhan Maha Kuasa

Mungkin kita kan temui
Kebahagiaan di Kuala Lumpur
Dan mungkin kita akan kecewa
Mungkin kikta akan jadi kaya, dalam lumpur
Mungkin kita akan terpedaya
Mungkin kita akan terpedaya

Mungkin ada jalan di Kuala Lumpur
Jalan bahagia
Mungkin kita akan kecewa
Mungkin kita akan jadi alpa serta lupa
Mungkin kita akan terpedaya
Mungkin kita akan jadi kaya serta lupa
Dan mungkin kita lupa pada asalnya
Mungkin kita lupa pada asalnya
Mungkin kita lupa pada asalnya...

LAGU/LIRIK: M.NASIR


Tajuk di atas adalah tajuk sebuah lagu yang dinyanyikan oleh M. Nasir. Melodi lagu tersebut ringkas sahaja berbentuk blues. Teringat juga lagu ini selalu aku nyanyi masa zaman bergelar pelajar universiti dahulu. Zaman yang penuh kekalutan dan keindahan yang tersendiri sekiranya pandai menceduk dan mengadun pengalaman hidup untuk menjadi sempadan yang amat berguna. Jam di tangan aku menunjukkan pukul 2.00 pagi. Aku dan seorang kawan baru keluar daripada panggung wayang selepas menonton tayangan larut malam. Selepas menonton wayang aku dan sahabat aku rehat dan menghirup udara nyaman awal pagi KLCC. Hampir dengan kolam KLCC ada 3 orang gadis dengan 3 orang lelaki. Agak-agak aku gadis dan lelaki tersebut dalam lingkungan 19 tahun atau pun awal 20 an. Gadis tersebut mengikut rupa paras memang keturunan Melayu. Dari kejauhan aku melihat gadis-gadis tersebut berpelukkan dan menggayakan aksi berahi. Dengan beskrirt atas daripada paha lagi menjadi aksi tersebut. Lagi membuat aku memandang dengan lebih ralik melihat gadis-gadis dan teman lelakinya berjalan dalam keadaan tidak stabil kerana kemabukkan meminum minuman keras( tidak pasti jenama apa kerana melihat daripada jauh). Gadis –gadis tersebut berjalan dan menjauhi pandangan aku dan sahabatku. Aku dan sahabat aku cuma membuat ulasan ringkas sahaja dan satu pertanyaan dalam kepala aku kemana kah arah mereka tuju selepas mereka dalam keadaan yang tidak tentu hala. Yang pasti mereka akan sesat di kuala lumpur.

Budaya barat...budaya kita

Kekadang aku sudah bosan mendengar peceramah atau guru-guru yang membuat kesimpulan dan mengatakan keruntuhan akhlak masyarakat kita berpunca daripada budaya barat. Sikit sikit pengaruh daripada budaya barat. Menagih dadah, minum arak dan sebagainya dikatakan berpunca daripada pengaruh budaya barat. Pengaruh musik daripada kumpulan –kumpulan band daripada Amarika. Sedangkan orang Amarika tidak pernah menilai keruntuhan akhlak rakyatnya berpunca daripada pengaruh budaya timur yang negatif. Saya suka melihat masalah ini berpunca daripada kurangnya amalan agama di kalangan masyarakat. Ibu bapa lebih mementingkan akademik daripada nilai-nilai agama dan akhlak yang sepatutnya ada pada anak meraka. Bila pada satu tahap berlaku keruntuhan moral, keterlanjuran pelbagai pihak akan disalahkan untuk menutup kelamahan mereka dalam bab menjaga dan mendidik anak-anak.
Seringkali difokuskan oleh penceramah kerosakkan akhlak budaya anak-anak Melayu adalah disebabkan penularan budaya barat. Komentar tentang pengaruh anak-anak muda yang kerosakkan akhlak disebabkan pengaruh budaya barat adalah panjang dan sukar untuk mencari titik kesudahan untuk satu penyelesaian masalah bagi kerosakkan akhlak muda mudi kita. Memandangkan dengan bekembangnya kemudahan perkongsian maklumat melalui internet mahupun teknologi mobil semakin sukar untuk dibendung penularan budaya budaya negatif daripada luar. Berbalik kita kepada pepatah Melayu yang merupakan pesanan orang-orang tua berzaman lamanya. Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Penerapan nilai-nilai agama dan moral positif perlu semenjak daripada anak-anak belum mengenal huruf lagi supaya menjadi benteng dan pelindung daripada segala anasir-anasir yang negatif seperti lapisan ozon melindungi bumi daripada sinar uv dan sinar-sinar yang berbahaya. Oleh itu tepuk dada tanya iman. Cukupkah muhasabah diri untuk terus menunding jari ke arah orang lain untuk menutup kelemahan diri yang berterusan