Selepas saya makan, saya buka emel dan lihat ada beberapa ucapan selamat hari lahir dan ada lagi beberapa ucapan selamat hari lahir dalam friendster. Sistem Friendster mempunyai pengingat kepada ahli lain berkenaan dengan tarikh lahir yang hampir . Mungkin sahabat-sahabat saya mendapat maklumat hari lahir saya pada “pengingat” friendster tersebut. Memang agak bosan juga duduk di dalam rumah keseorangan , anak buah saya Nofal dan Syeikhan pergi sekolah Kalau ada mereka , ada juga teman untuk berbual dan “bermain”.
Pukul 7.00 petang kakak saya siapkan masakan untuk jamuan. Bihun , lauk ayam goreng, dan ada pencuci mulut pudding dan agar-agar. Kami makan beramai-ramai dan bercakap-cakap. Tak sangka pula umur saya dah 26 tahun dan abang saya cakap dah boleh kahwin. (Sememangnya begitu ). Walaupun majlis ini hanya majlis yang ringkas sahaja tetapi secara tidak langsung dia dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan kami. Abang saya seorang lagi tidak dapat hadir kerana dia bekerja jauh pada hari ini ( Syed Rusli. Dia kata nak datang malam sedikit selepas balik daripada kerja . Apapun terima kasih bebanyak kepada kakak saya ( Sharifah Normah ) kerana sudi memasak dan menjamu para hadirin yang datang .
Saya ada pernah membaca buku , tapi saya lupa tajuk buku tersebut , di dalam buku tersebut penulis buku tersebut membahagikan umur kepada umur tahun, umur pemikiran dan umur pada muka. Ada orang umur pada tahun memang tua tetapi mukanya masih kelihatan muda . Ada juga umur sudah tua pada umur tahun akan tetapi umur pada pemikiran masih macam budak-budak lagi. Kalau bab umur muka saya agak kagum melihat pengacara popular Azanil bekas pengacara Akedemik Fantasia walaupun umur tahunnya sudah 50 tahun lebih tetapi umur pada mukanya tidak kelihatan begitu. Begitulah kehidupan. Selamat hari lahir Sayed Mahazan Bin Sayed Daud
0 comments:
Post a Comment