• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Heading 1 Here:Enter the heading 1 description here.Go to blogger edit html,find these words and replace it with your own description ...
  • Heading 2 Here:Enter the heading 2 description here.Go to blogger edit html,find these words and replace it with your own description ...
  • Heading 3 Here:Enter the heading 3 description here.Go to blogger edit html,find these words and replace it with your own description ...
  • Heading 4 Here:Enter the heading 4 description here.Go to blogger edit html,find these words and replace it with your own description ...
  • Heading 5 Here:Enter the heading 5 description here.Go to blogger edit html,find these words and replace it with your own description ...
  • SLIDE-1-TITLE-HERE

    Welcome to Blogger.Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these text/sentences with your own descriptions.This theme is convert to Blogger by Premiumbloggertemplates.com.Download this template and more Premium Blogger Templates From PremiumBloggerTemplates.com...

  • SLIDE-2-TITLE-HERE

    Welcome to Blogger.Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these text/sentences with your own descriptions.This theme is convert to Blogger by Premiumbloggertemplates.com.Download this template and more Premium Blogger Templates From PremiumBloggerTemplates.com...

  • SLIDE-3-TITLE-HERE

    Welcome to Blogger.Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these text/sentences with your own descriptions.This theme is convert to Blogger by Premiumbloggertemplates.com.Download this template and more Premium Blogger Templates From PremiumBloggerTemplates.com...

  • SLIDE-4-TITLE-HERE

    Welcome to Blogger.Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these text/sentences with your own descriptions.This theme is convert to Blogger by Premiumbloggertemplates.com.Download this template and more Premium Blogger Templates From PremiumBloggerTemplates.com...

Monday, December 25, 2006

Berjauhan Dengan Insan Tersayang

Posted by Pengembara Lara On 11:23 AM


Berjauhan dengan yang tersayang ..

Rasa rindu ini semakin hari semakin parah .Detik perpisahan semalam umpama baru sahaja terjadi Bukan tak pernah berpisah . Selalu perpisah dan jarang sekali bertemu . Kalau bertemu pun hanya ada keluangan cuti dan hari raya sahaja. Bukan tak pernah berjauhan . Selalu berjauhan. Berpisah dan berjauhan itu sudah sering kali . Tapi untuk kali ini rindu membara-bara. Malam terigau siang terkenang . Baru aku mengerti berjauhan memang banyak mengajar erti rindu dan sayang. Semakin jauh semakin rindu dan semakin sayang . Biasanya dapat berhubung melalui telefon untuk melepaskan rindu dan sebagai tanda ingatan dan sayang tapi buat kali ini susah dan agak susah . Sudah hampir berminggu tidak bercakap melalui telefon dan bertanya khabar . Rasa risau sering melekat pada diri ini tentang keadaanmu yang jauh disana. Harap selalu dirimu sihat dan dalam lindunganNya selalu . Hanya doa sahaja pengubat kerisaauan hari-hariku padamu. Tidak pernah jemu doa aku padamu supaya engkau tenang di sana. Setiap kali solat mahupun di luar solat . Setiap kali teringat dirimu aku akan memdoakan dirimu . Risau sahaja aku melihat gambarmu di atas meja kerjaku . Melihat gambarmu aku semakin rindu dan teringat. Ingatan aku padamu membuat aku semakin risau tentangmu .Ini saat kerinduan dan kasih sayang aku padamu teruji. Tidak terbayang macam mana lagi sekiranya engkau kembali padaNya. Mungkin aku menjadi insan yang terkurang kasih sayang seorang insan yang sangat aku sayang dan insan yang sangat menyayangi aku ,

Walaupun pemergianmu ini satu kewajiban dan ketentuan. Tetapi aku disini menjadi insan yang tidak sabar menanti kepulanganmu . Dan sesungguhnya aku insan yang sangat merinduimu.. Semoga rindu ini terubat bila berjumpamu nanti ..Semoga bonda selamat pulang dari Makkah .
By: Sayed Mahazan Bin Sayed Daud

Friday, November 17, 2006

Tujuh Nafas Lagi

Posted by Pengembara Lara On 10:16 AM

Tujuh Nafas Lagi

Lirik dan Lagu : M. Nasir

Inikah dia yang kuimpikan
Dalam lambaian firdausi
Kali ini kuharapkan
Bukan Fatamorgana lagi

Jiwa lama bersengketa
Sedang hakikatnya kita sama-sama redha
Hati hamba dah besedia
Perjalanan ini tinggal tujuh nafas lagi

Sepertimu ,aku juga pernah
Persoalkan kekuatan batinku
Dalam seribu kekalutan ku cinta
Dalam sejuta resah ku cinta
Dalam mimpi ngeri aku lihat cinta
Dalam rasa paling rendah
Ku angkat cinta

Rinduku bukan kemurahan
Jika mahu dianggap mainan
Kau Tanya bilangan namamu ku sebut
Jawabnya hanya sekali
Lafaz tak terputus

Cinta ku yang ku maksudkan
Seperti buih-buih di milik lautan
Seperti nafas yang meresapi badan
Seperti kenangan yang tak pernah luput
Selamanya…….

Lagu tujuh nafas lagi ini dicipta sepenuhnya oleh M.Nasir dengan liriknya sekali. Lagu ini memang sukar untuk ditafsir. Sekali baca lirik ini mungkin ada unsur ketuhanan dan kesufian. Kemungkinan ada juga, sebab banyak lirik yang dibuat oleh M.nasir sebelum ini menuju ke arah itu . Tetapi untuk lagu ini saya suka mentafsir kisah kekasih yang membuat keputusan untuk berjauhan buat sementara waktu kerana ada perselisihan faham di antara mereka dan mereka ,membuat keputusan untuk kembali bersama selepas persengketaan itu .. Saya suka mentafsir perselisihan itu di antara suami dan isteri . Mereka sama-sama mempunyai keraguan atas kesetian dan cinta masing-masing sehingga berlaku persengketaan beberapa kali . Sama-sama perhatikan ayat-ayat di bawah dan tafsir ringkas yang dibuat oleh saya secara peribadi .

Inikah dia yang kuimpikan
Dalam lambaian firdausi
Kali ini kuharapkan
Bukan Fatamorgana lagi

Daripada ayat ini dapat saya tafsirkan , pasangan tersebut mengambil keputusan untuk berbaik semula selepas beberapa kali meraka bersengketa dan si suami berharap si isteri betul-betul mempecayai kesetian dan cintanya dan berharap mereka saling mempercayai antara satu sama lain selamanya tanpa persengketaan lagi selepas timbul perasaan insaf( lambaian firdausi bermaksud keinsafan atau sesuatu peristiwa atau keputusan yang baik)


Jiwa lama bersengketa
Sedang hakikatnya kita sama-sama redha

Ayat ini bermaksud saling tidak mempercayai antara mereka berdua membuat mereka bersengketa walaupun meraka berdua mengetahui diatara kedua-dua mereka masing-masing mempunyai kelemahan diri .

Hati hamba dah besedia
Perjalanan ini tinggal tujuh nafas lagi


Dalam ayat ini bermaksud si suami sudah bersedia menjadi suami yang terbaik dan cuba menjauhi segala ketidak percayaan si isteri kerana dia tahu hidup ini tidak lama hanya tinggal tujuh nafas lagi . Ayat tujuh nafas lagi susah saya hendak tafsirkan . Mungkin tujuh nafas itu bermaksud fasa-fasa dalam kehidupan. Setiap nafas mewakili setiap fasa.

Note: Plzz email saya kalau sesiapa dapat mentafsir ayat tujuh nafas lagi .

Sepertimu ,aku juga pernah
Persoalkan kekuatan batinku


Ayat di atas bermaksud si suami pernah curiga dengan kasih sayang yang di terima olehnya dan di dalam hati sering mengatakan kasih sayang yang diterima hanyalah kepuraan cuma . Dalam masa yang sama si isteri juga merasa kepuraan cinta dan kasih sayang si suami.


Dalam seribu kekalutan ku cinta
Dalam sejuta resah ku cinta
Dalam mimpi ngeri aku lihat cinta

Walaupun dalam apa jua keadaan diatara meraka , si suami sangat menyintai si isteri dan cintanya mengatasi segalanya .

Dalam rasa paling rendah
Ku angkat cinta

Rasa paling rendah di sini bermaksud rasa benci dan tidak suka namun begitu perasaan kasih sayang dan cintanya mengatasi segala perasaan benci tersebut .

Rinduku bukan kemurahan
Jika mahu dianggapkan mainan

Si suami cuba mempertahankan kebenaran rasa rindunya dan bukan hanya cakap-cakap bohong semata . Dan bukanya hanya manis di mulut cuma .

Kau Tanya bilangan namamu ku sebut
Jawabnya hanya sekali
Lafaz tak terputus

Si suami menyatakan pada isterinya bahawa ingatan pada isterinya , setiap masa dan rasa rindunya masih segar seperti pada pertama kali luahan rasa rindu saat awal percintaan mereka. Ini dapat dapat difahami dalam ayat ‘ Jawabnya hanya sekali (Lafaz rindu pertama yang diucapkan ) Lafaz tak terputus ( Rasa yang rindu pertama dilafazkan itu tidak ada beza sehinggalah ke saat ini )


Cinta ku yang ku maksudkan
Seperti buih-buih di milik lautan
Seperti nafas yang meresapi badan
Seperti kenangan yang tak pernah luput
Selamanya…….

Begitu juga rasa cintanya . Sangat hebat dan cuba memberi gambaran hebat cintanya dengan perumpaan

Seperti buih-buih di milik lautan
Seperti nafas yang meresapi badan
Seperti kenangan yang tak pernah luput
Selamanya…….


Note: Ini hanyalah tafsiran saya secara peribadi dan apa yang saya fahami . Makna sebenar yang ingin dimaksudkan hanya penulis (M.Nasir ) sahaja yang mengetahui . Apapun saya kagum dengan sifu M.Nasir kerana berjaya menghasilkan lirik sehebat ini dengan ayat yang begitu tersusun dan perumpaan yang jelas.
Wallah wa’alam

Awas dapatkan cd yang original untuk mendengar lagu ini dalam album terbaru M.nasir “ Sang Pencinta “

By : Pengembara Lara




Monday, November 13, 2006

Iklan Petronas

Posted by Pengembara Lara On 11:33 AM

Seperti tahun-tahun yang lepas , iklan Petronas sempena hari raya sememangnya mendapat perhatian dan ditunggu-tunggu oleh penonton. Pada tahun ini iklan petronas mengisahkan seorang anak perempuan dan suaminya yang tidak menjaga dengan baik ayahnya yang sakit dan baru pulang dari hospital sehingga si ayah berkecil hati dengan tindakan si anak dan menantunya dengan mengasingkannya semasa makan bersama. Lebih kurang begitulah sinopsis iklan tersebut . Apa yang saya ingin bincangkan di sini bukannya iklan tersebut tetapi musik backgroundnya yang banyak membantu keberkesanan mesej yang ingin disampaikan . Mungkin anda tahu tidak tahu lagu terbut dinyanyi oleh penyanyi yang tersohor di Indonesia dengan lagu-lagu puisi iaitu Ebiet G. Ade. Di bawah ini saya sertakan lirik penuh lagu tersebut dengan pentafsiran ringkas yang saya buat secara peribadi dan bukannya dari penulis lirik lagu tersebut iaitu Ebiet G. Ade sendiri.

Lagu di dalam iklan tersebut sebenarnya tiada kaitan dengan iklan tersebut. Pada tafsiran saya lagu ini mengisahkan satu kisah keinsafan yang dia telah menyesali dengan perbuatan tersebut . Ingin “dia” meminta maaf tetapi bimbang sekiranya kesalahanya tidak terampun . Ini dapat dilihat pada ayat


Masih mungkinkah
pintumu kubuka

Dengan kunci
yang pernah kupatahkan


Sehinggakan kesalahan yang dia lakukan itu menghantui hidupnya dan perasaan bersalah didalam dirinya membuat hidupnya tidak senang dan jiwanya tersiksa. Persaan tersebut boleh di tafsir melalui baris-baris pada ayat di bawah .

Ke manapun aku pergi
Selalu kubawa-bawa
Perasaan yang bersalah
datang menghantuiku
Masih mungkinkah
pintumu kubuka

Pada akhir barisnya dia membuat keputusan walau apa yang terjadi dia mesti meminta maaf dari segala kesalahanya Prosa Aku Ingin pulang disini memberi maksud dia ingin berjumpa dengan orang pernah dia buat salah suatu masa dahulu.

Note: Puisi Ebiet sukar di tafsir kerana pengamatannya tentang sesuatu peristiwa amat dalam dan puisinya terlalu peribadi . Sememangnya kebanyakan lagu yang dihasilkan oleh Ebiet banyk menyentuh perasaan . Sekiranya anda berminat dengan lagu tersebut anda bolehlah dapatkan di kedai-kedai kaset dan cd berdekatan . Awas , dapatkan yang original.

AKU INGIN PULANG
(Ebiet G. Ade)

Ke manapun aku pergi
Bayang-bayangmu mengejar
Bersembunyi di manapun
S’lalu engkau temukan
Aku merasa letih dan ingin sendiri

Kutanya pada siapa
Tak ada yang menjawab
Sebab semua peristiwa
Hanya di rongga dada
Pergulatan yang panjang
dalam kesunyian

Aku mencari jawapan di laut
Kusadar langkah menyusuri pantai
Aku merasa mendengar suara
Menutupi jalan
Menghentikan petualangan

Du du du du du du

Ke manapun aku pergi
Selalu kubawa-bawa
Perasaan yang bersalah
datang menghantuiku
Masih mungkinkah
pintumu kubuka

Dengan kunci
yang pernah kupatahkan
Lihatlah aku terkapar dan luka
Dengarkanlah
jeritan dari dalam jiwa

Aku ingin pulang… u.. hu…
Aku harus pulang… u… hu…
Aku ingin pulang… u… hu…
Aku harus pulang… u… hu…

Aku harus pulang…

By: Pengembara Lara


Sunday, October 15, 2006

Pada Nyanyian Burung

Posted by Pengembara Lara On 11:26 AM

Pada Nyanyian Burung

Pada nyanyian burung yang masih bersemangat
Memuji alam pada lagu
Kebebasan sejagat di sebalik dedaun menghijau segar

Pada nyanyian burung
Yang berlainan bahasa kata
Tetapi tetap menyanyi pada lagu yang Satu
Dengan suara lunak alam
Menyentuh rasa
Penyair tua mencari arah kedamaian jiwa
nimat hakikat masih samar di hadapan

Pada nyayian burung di senja hari
Disebalik kerinduan malam mendatang
Untuk menyerah resah dan duka
Padamu kekasih rinduku tercabar
Doaku pohon di akhir malam

Pada nyanyian burung yang bisu
Atau tika burung tidak mahu menyanyi lagi…

Aku tidak kesal
Aku akan terus menyanyi
Dengan lagu keindahan bahasa Tuhan
Semerdu suara Yusof
Pada maksud kebebasan
Dan kedamaian jiwa

Demi cinta keyakinan hati …

Sayed Mahazan Bin Sayed Daud
Ramadhan …Gombak

Saturday, June 17, 2006

Tafsir lagu biarlah rahsia-Siti Nurhaliza

Posted by Pengembara Lara On 9:53 AM

Tafsir lagu biarlah rahsia.

Setelah penulis mendalami lirik biarlah rahsia ini penulis cuba membuat pentafsiran yang di kaitkan dengan gosip-gosip panas Siti .Apaun perkara ini masih menjadi rahsia. Biralah rahsia..

Siti Nurhaliza - Biarlah Rahsia

Pernahkah kau bermimpi seketika
Berada di tempatku


Bermakna: Siti mengajak peminatnya untuk memahami dirinya. “Kau” di dalam lirik diatas merujuk kepada peminatnya. Ayat ini juga memberi makna tempat Siti Nurhaliza bukan macam tempat orang lain . Maklumlah sebagai artis wanita yang tersohor selalu mendapat perhatian masyarakat .

Membayangkan pahit manis berlalu
Entah siapa yang tahu


Bermakna: Ayat ini memberi makna Siti mengajak peminatnya membayangkan sekiranya pemintanya menjadi dirinya. Sebagai manusia biasa juga Siti tidak terlepas daripada peristiwa pahit manis di dalam hidupnya. Tetapi kebanyakkan orang tidak faham dan hanya menganggap Siti hidup tanpa masalah jiwa

Mungkin nanti kau jua merasakan
Berdepan dengan kata menyesakkan

Bermakna: Ayat ini memberi makna ada peristiwa kata-kata yag telah menyakitkan hati Siti sehingga kekadang dia sendiri tidk sangup menerima kata –kata perit itu . Penulis meramalkan mungkin ada pergaduhan dan bertikaman lidah di antara Siti dengan bekas isteri Datuk K.

Takkan tugumu kebal
Tiada pertimbangan


Bermakna: Kata-kata yang menyakitkan hati tersebut kekadang membuat Siti hilang pertimngan dah melepai tahap kesabaran . Maklumlah Siti pun manusia biasa sahaja. Penulis mengjangka Siti membalas balik apa yang di fire

(Korus)
Keheningan malam membangunkan
Kepayahan jiwa meluahkan

Bermakna: Ayat kepayahan malam membangunkan di dalam lirik di atas Cuma membayangkan betapa susahnya untuk meluakan sesuatu. Ayat tersebut hanya untuk menerangkan ayat “kepayah jiwa meluahkan .

Andai kau jujur memahami
Tiadaku menjauhi
Ayat ini agak sukar untuk ditafsir. Solah-olah Datuk K masih dalam dilemma untuk menreima Siti atau tidak . Ayat ini lebih tepat Siti masih di dalam dilemma. Dia tidak mendapat kata putus daripada Datuk K. Sebenranya masih banyak pertimbangan yang perlu diuat oleha datuk K sebelum menerima Siti sebagai Suri rumahnya.




Dan kisahku yang masih panjang
Menambahkan berat yang memandang
Lantas ku pendam
Ku putuskan biarlah rahsia



Berikutan belum mendapat kata putus daripada Datuk K dan mungkin juga halangan lain Siti merasakan lambat lagi untuk mendapat kata putus dan muktamad daripada Datuk K. Sebab itu dia tidak berani lagi mengishtihrakan siapa kah yang teristimewa didalam hidupnya . Jalan yang terbaik sekali ialah hanya memendam sahaja dan memutuskan merahsiakan .

(Bridge)
Semakin aku hidup dalam cinta
Tiada kuasa mampu menghalangnya

Ayat ni senang sahaja untuk di fahami .Memang perasaan cinta sukar untuk di tafsir dan tiada kuasa untuk menghalangnya kerana ianya adalah Naluri semula jadi .

Hentikan kata-kata
Bertulangkan dusta


Sedih pula penulis nak mentafsir ayat ni . Entah apa janji yang telah di buat oleh Datuk K pada Siti. Tetapi janji tersebut rupa-rupanya hanya dusta. Ayat ni nampak macam Siti marah sikit

(Ulang korus)

Pernahkah kau bermimpi seketika
Berada di tempatku

Sekali lagi Siti mengajak orang yang mengenali dirinya supaya memahami dirinya

Kesimpulan daripada lirik ini penulis berani menyatakan Siti mempunyai masalah dengan perhungan dia dengan Datuk K. Besar kemungkinan Siti tiada jodoh dengan Datuk K.

PS: Ini hanya ramalan penulis sahaja. Jodoh pertemuan ditangan Tuhan. Penulis pun tidak dapat menolak sekiranya Siti menyukai penulis . Hehehe Apapun biarlah rahsia.

By : Sayed Mahazan Bin Sayed Daud.
Pengembara lara


Monday, May 22, 2006

Realiti Cinta ku Padamu Melati

Posted by Pengembara Lara On 9:43 AM

Realiti Cinta ku Padamu Melati

Melati
Impian hidup ini tidak pernah mahu bernoktah
Dalam pantas waktu beredar
Dan dalam sedar perhintungan pengertian
Suatu pertanyaan seharusnya dijawab pantas
Berapa lama lagi cintamu membunuh cintaku
Demi perjuangan menikmati cinta sejati ?

Melati
Entah barapa lama lagi tembok cintamu
mengahalang cintaku seterusnya
Angan-angan sahaja aku disini
Tanpa mengukur impian cinta
dengan realiti tidak termampu
Sedangkan detik waktu terus menghambat
Untuk aku menerima realiti cinta

Melati..
Dan beginilah aku
Akan terus menulis surat cintaku padamu
Untuk aku baca sendiri
Dan tidak akan ku lupa ayat terkahir akan ku tulis:
"Semoga kau bahagia bersama Suamimu
Dan kau tetap melati hatiku .."

Pengembara Lara
Pinggiran Batu Caves
21/05/2006

Aku Sepi Di Pulau Perjuangan

Posted by Pengembara Lara On 9:42 AM

Aku sepi di pulau perjungan kekasihku

Kekasih..
Aku jauh darimu, di sebuah pulau perperangan
Untuk aku melawan dan mengusir suara-suara syaitan
Yang menyanyi dan mengalun irama keasyikkan
Berperang di pulau ni..
Aku sebenarnya bersendirian dan sepi
Mungkin juga berjemaah malaikat-malaikat suci

Kekasih
Di pulau peperangan ini
Sesekali ingin sahaja aku menari irama syaitan
dan menikmati keasyikan dikamar ranjang
Bersama bidadari dunia separuh bogel
Namun cintaku padamu, masih ku ingat janji terikat
Dan ,malam pun hampir tiba
Selimutilah aku dengan rindumu
Moga aku dapat berjumpamu dalam mimpi bermimpi

Pengembara Lara
Sayed Mahazan Sayed Daud
Pinggiran Batu Caves
21/05/2006

Saturday, May 13, 2006

Kad Jemputan Perkahwinan dari Melati

Posted by Pengembara Lara On 10:48 AM

Kad Jemputan Perkahwinan dari Melati

Melati..
Semalam aku menerima kad jemputan perkahwinanmu
Dengan sampul ungu dan dialamatkan kad itu ke rumah sewaku

Melati
Sungguh cantik kad perkahwinanmu
Tertulis di sampul ungu itu :
Kepada, seorang teman yang jauh di mata tapi dekat di hati
Dan disusuli dengan nama penuh aku dan di bawahnya
Alamat rumah sewaku di tingkat 7 , rumah pangsa.

Melati..
Aku buka perlahan-lahan kad jemputanmu
Dalam sampul ungu kad perkahwinanmu sempat
Kau selitkan sebuah kad perkenalan aku dengan mu
Pada kali pertama aku mendekatimu,
Waktu di zaman remaja yang penuh terisi dengan keindahan ,
Namun perhubungan kita hanya sebagai teman sahaja,
Aku seorang teman yang mesra bagimu
Dan engkau teman yang memahami bagi aku
Sehingga dirimu meninggalkan aku jauh menyeberangi laut
Untuk meneruskan cita-citamu……

Melati
Cintaku mula terasa tika berjauhan denganmu
Berpucuk surat ku tulis padamu untuk menulis cintaku
Khabar terkahir aku terima dari kawanmu
Kau sudah berpindah, namun cintaku masih belum terjawab
Cinta dan rindu padamu terus ku tulis di dalam diariku

Kad jemputan perkahwinanmu ku selitkan di dalam diariku
Jemputan perkahwinan dari seorang teman yang pernah
Ku tunggu cintanya, berbulan , bertahun bahkan bermusim
Dan satu catatan ringkas pada helaian diariku

“Jawapan penantian ini sudah pun terjawab setelah sekian lama aku menunggu .
Dan aku tak pasti untuk mengahdiri perkahwinanmu ….”

By: Sayed Mahazan Bin Sayed Daud
Pengembara Lara
11.55 pm 12/05/06
Pinggiran Batu Cave

Monday, May 08, 2006

Kepulangan Gadis Ternoda

Posted by Pengembara Lara On 1:12 PM

Kisah Cinta Semalam

Langkah yang longlai di teruskan jua
Rasa menyesal amat, hadir di jiwa
Pada suatu kenangan terimbas kembali
Pada cinta suci , hati diturutkan
Janji seribu tahun hidup mati bersama
Mabuk cinta remaja jiwa gelora
Lalu dia menurutkan kata hati sendiri
Meningglakan ibu, ayah dan keluarga
Demi cinta
Demi cinta

Langkah yang longlai di teruskan lagi
Demi sebuah hidup anak yang kecil
Hasil cinta suci tanpa ikatan
Cinta yang dipuja tinggalah kenangan
Sepahit hempedu mahu ditelan
Inilah kisah pecinta yang malang
Janji semanis madu tidak sampai ke mana
Kekasih yang dipuja berdusta cuma
Kini yang tinggal kenangan nista

Demi semangat hidup yang masih tersisa
Di pimpin anaknya menuju ke kampung asalnya
Moga masih ada harapan di sana
Semangatnya cuma di situ
Mendapat ampun ibu dan ayah
Demi hidup anaknya yang kecil
Hasil cinta tanpa restu .....

by : Sayed Mahazan Bin Sayed Daud
Gombak
Pengembara Lara 2006

Wednesday, May 03, 2006

Catatan Luka..

Posted by Pengembara Lara On 10:11 AM

Patah tak tumbuh tak hilang dan berganti …

Kali ini aku tulis sedikit cerita aku dan pengalaman yang pahit telah aku alami . Pengalaman tersebut membuat aku mentafsir kembali kehidupan dengan lebih bermakna dan menghargai setiap detik-detik masa. Hidup ini sentiasa di uji oleh Allah SWT samaada kita sedar mahupun kita lupa , sebenarnya kita berada di dalam ujianNya . Dalam keadaan susah dan lebih hebat ujian di waktu senang . Manusia yang berada dalam keadaan “ senang ‘ biasanya akan agak susah untuk bersyukur . Orang susah sentiasa kebanyakkan lebih gemar bersyukur . Sekurang-kurang dapat mengubat hati yang susah .” Kehidupan kita yang sederhana ini memang telah di tetapkan oleh Maha Pencipta, kita perlu banyak bersyukur” perkataan kesyukuran lebih acap diucapka\nn oleh orang tak berapa berada.” Kalau semua sudah jadi pegawai besar, siapa nak jadi tukang sapu atau penncuci tandas mahupun longkang “. Keadilan Tuhan memang terlalu seni untuk difikir. Maha kaya Allah SWT . Tajuik di atas aku bagi kerana ujian yang menimpa aku . Patah tangan dan tulang bahu akibat kemalangan jalan raya. Memang tangan aku yang patah tidak akan tumbuh apatah lagi untuk berganti. Memang sesuai tajuk tersebut . Di ruangan maya ini aku ingin mengucapkan terima kasih secara peribadi kepada semua yang terlibat membatu aku semasa tempoh pemulihan tersebut.

1. Kepada seluruh keluarga aku . Bonda tercinta yang tidak jemu-jemu memberi semangat . Dan tolong buat ‘ senaman’ tangan aku dan mengurut tangan aku tiap-tiap pagi dan juga sebelum tidur. Sungguh bisa dan keramat tangan bonda. Kak Mah (kakak penyayang) .Abang Zull , Kak Da, Abang li . Tajudin , Kak Ha (Terima kasih kerana nak kirim duit) , Abang Arif . Kak Yah dan abang Za( banyak membantu ) . Anak buah tercinta yang selalu menghiburkan . Aisiah . Zainab , Nor . Syeikhan , Nopal , Mashitah , Mariam ,Abe , Fatimah Sahir . Terima Kasih bebanyak
2. Staf menara kinetic . Boss Din (Boss yang tenang) , En .Kamal (atuk kamal ,) Cik Sheral Salme ( Salmi , nama mudahnya, ) Hishamuddin (tq call, datang melawat , masukan gaji dan banyak lagi ) Abang Meor( tq bagi semangat , call) Adi (TQ bawa gaji datang rumah )
3. Kekawan semua ,Fendi Kampung Surau ( TQ mari lawat kawe di gombak dan di bagan, hilang sikit sunyi kawe) Arif Mat Zain anak Tok Iman, Oden Pangak (TQ datang melawat, buah epal ko bagi manis giler , anak buah aku terpegun dengan silap mata kau ) Hasril kampong bukit Cikgu Sekolah menengah Agama Rakyat (Tq datang melawat , teruskan perjuangan , hidup ini memang perlu berjuang) Abe Amri Lubuk Tabah ( tq bagi semangat . rindu pula nok duduk pondok bila ingat ko demo) pili, Ina (Wan Aminah ) tq call(sori terungkit kisah lama) Ayu Fikri (Tq call , aku tahu ko bz sebab tak sempat datang melawat aku ) Rahman ( TQ call , aku tahu ko bz juga , moga ko jadi ahli akedemik yang tahu kewajaran )Hanif (tq bawa pergi dinner publisher) Ana Ferana (http://anaferana.fotopages.com) Sharifah Noraini (tq sudi Tanya khabar dan mesej) Sarah (teman tapi mesra) Nurulhuda, nurulhusna, Zaidi kampong bagan (guono jagung demo tanam , jadi ko tahun ni ) Rina marlinda (harap memahami keadaan tidak memngizinkan ) Ana utm (tq call, seronok dapat bercakap dengan cikgi ni ) Afifi (TQ datang melawat dan belanja kawe makan ) Kak Azlinda kakak azila (maaf bebenyak video iklan tergendala) Kak Za ( Selamat pengantin baru) CT Sania (Awak masih manis) Faizah, warga ground Mawar , ipin roommate (moga bahgia kau bersama roommate baru, Hamzah budak Tapah ( emm tak sempat pula aku nk jumpa ko)Rasul, Hamzah . aWANG . manaf, Rahimi Mata Ayer ( Tak sempat jumpo demo) Mas kawan nurul. Nik Firdaus, Wak tok bomoh , liah tok bomoh , Rujhan, Tasya, ustaz Syukri. Warga Publisher . Sharifah Nurul Nazahiah (tq call)
4. Emm sebenaranya ramai lagi . Apapun tq bebanyak kalau ada nama tertinggal , jngan kecik hati k .. di bawah ada sedikit catatan untuk dikongsi kepada yang rajin membaca. Hehe


Tok bomoh buah EPAL

Jiran sebelah rumah kakak aku tahu terjatuh dari motosikal dan tangan aku patah . Dari mana dia tahu pun aku tak pasti . Kakak aku memang tidak begitahu kepada mak cik sebelah rumah atau jiran-jiran terdekat.. Mungkin daripada anak buah aku yang selalu hilang daripda rumah dan sering di jumpai di rumah mak cik sebelah rumah. Anak buah aku memang rapat dengan mak cik sebelah rumah tu . Semasa dia umur empat tahun akak aku hantar anak buahku , Syeikhan belajar mengaji AL-Quran dengan makcik sebelah rumah. Syeikhan panggil dia nenek, dia pun selesa dengan panggilan nenek sebab dia pun sudah mempunyai beberapa orang cucu. Aku agak mungkin umur dia dalam lingkungan lewat 50 tahun atau awal 60 tahun . Mengikut cerita anak sulungnya , atau aku panggil kak long , mak dia, mengajar mengaji dari zaman mudanya lagi. Mungkin qariah masa mudanya. Sampai zaman sekarang mak mengajar meng mengaji . Mak pun tak ingat berapa jumlah anak murid semuanya. Terang kak long pada aku. Kak long pun belajar mengaji al- quran daripada mak juga. Elok rumah kalau selalu ada orang membaca al-quran , rumah masuk rahmat. Terang kak long lagi . Aku sebenarnya bukan selalu sangat borak dengan kak long . Seingat aku 3 atau empat kali sahaja. Bukan apa kasihan aku tengok kak long duduk depan pagar melihat budak bermain skateboard. Kak long seorang pengidap kencing manis yang serius . Kaki kanannya terpaksa di potong sampai paras paha .Hampir setahun kaki kalong di potong tetapi tidak dapat pakai kaki palsu lagi . Dia kata . doktor suruh tunggu betul-betul kering dan kecut kaki yang di potong barulah dapat pakai kaki palsu . Harga kali palsu pun boleh tahan juga, Paling murah yang ada kualiti tidak kurang lapan ribu. Sebab itu kalau kak long jumpa kakak aku dia selalu mengadu dia mana ada duit nak beli kaki palsu semahal itu . Kakak aku ada juga mencadangkan supaya meminta bantuan daripda pusat zakat. Dia setuju dan mengangguk dengan cadangan kakak aku. Cuma aku kurang pasti samaada kak long pernah berkahwin atau tidak.



Tasya Gadis manis

Di ada juga cerita kepada aku anaknya,Tasya tingkatan tiga ,selalu sangat bergayut dengan telefon .Puas bergayut sambil berdiri, bergayut sambil baring. Habis bergayut sambil baring bergayut dalam kain selimut . Boleh dikata macam-mcam gaya. Kak long pun kekadang tak faham dengan perangai budak zaman sekarang. Kak long tahu budak yang dia selalu bergayut dalam telefon itu kawan lelaki satu sekolahnya. Tak bolehkah bercakap di sekolah sahaja kalu ada benda penting Entahlah dik zaman sekarang memang macam tu. Kata kak long pada aku . Cuma kak long pesan pada Tasya jangan keluar pergi jalan-jalan dengan kawan lelaki cukuplah , kalau setakat bergayut mama boleh tengok lagi sebab depan mata. Tapi kalau lelaki ajak keluar jangan menolak secara kasar nanti orang benci pada kita ,bukan apa takut orang berdendam dan buat benda tak elok pada kita . Zaman sekarang semua benda boleh jadi. Cerita kak long pada aku tika dia menasihati anak angkatnya , Tasya. Kalau tidak silap aku mengikit cerita mak cik sebelah rumah , Tasya itu anak saudara kak long Semasa Tasya dilahirkan dia ada adik kembar, kebetulanya keluarga Tasya agak susah , kak long minta menjaga Tasya.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tetiba terdengar mak cik sebelah memberi salam dari luar pintu pagar kuning rumah kakak aku . kakak aku cepat-cepat membuka pintu dan menjemput mak cik sebelah rumah masuk. “ Mak Cik dengar Syeikhan bercerita Ami Je dia tercabut tangan , jatuh dari motor” cerita mak cik sebelah rumah memulakan perbualan
“ Bukan tercabut tangan Mak Cik , patah tangan dan tulang bahu semasa balik dari kerja “ Jelas kakak aku.
“ Tapi Nah kalau tangan dah patah tu kira teruk juga lah” kata mak cik seblah rumah. Sampai sekarang mak sebelah rumah panggil kakak aku Nah bukannya Mah . Nama kakak aku Normah . Ketika baru pindah pun kakak aku sudah bagitahu namanya pada mak cik sebelah rumah ini .Suka sangat dia panggil nama kakak aku Nah . Pernah juga kakak aku tegur semasa mak cik sebelah rumah panggil dia Nah , tapi macam tu juga. Orang tua katakan. Banyak sistem yang sudah tidak berfungsi dengan stabil.


Husin Bangla yang peramah

“ Sambil mak cik tunggu Husin Bangla , mak cik jenguk sekejap “ terang mak cik sebelah rumah. Memang mak cik seblah rumah ini peminat ikan dan sayur yang dijual oleh Husin Bangla. Mengikut kata mak cik seblah rumah , ikan dan sayur yang dijual oleh Husin Bangla murah dan segar.. Husin Bangla semasa awal-awal jual ikan dan sayur tidak fasih sangat bercakap bahasa Melayu . Dia hanya tahu nama ikan dan harga ikan sahaja. Kalau Tanya benda lain kepadanya dia akan geleng kepala dan cakap tak tahu sahaja. Seawal jam 8 pagi Husin sudah memulakan aktivitinya menjaja ikan dan sayur dengan menggunakan kereta sorongnya sambil membunyikan hon . Sekarang Husin Bangla sudah boleh bercakap Bahasa Melayu dengan fasih sedikit. . Lama juga mak cik sebelah rumah datang melawat aku . Banyak cerita dan nasihat yang dia bagi .
“ Sabarlah dik , ni dugaan Allah SWT, kita mesti banyak bersabar, tengok kak long lagi hebat , kakinya kena potong terus” nasihat nenek sebelah rumah sambil jari telunjuknya menunjuk kearah pagar rumahnya yang sudah berkarat. Kak Long tidak ada di depan pagar ketika itu.
Mak Cik sebelah rumah terus rancak bercerita selepas memberi aku nasihat dan kata-kata semangat . Menarik juga ceritanya ,
“ 3 kali makcik jatuh motor dengan arwah suami mak cik , kali ketiga baru patah , kali kedua dan pertama cuma tangan dan muka luka sahaja. Dia tidak pergi jumpa doktor pada ketika itu tapi pergi jumpa tok bomoh patah di Melaka. Kalau nak berbomoh dengan ada satu syarat kena bawa buah epal . Bomoh itu akan baca ayat-ayat suci pada buah epal dan buah epal tersebut di sar dan di tampal pada tempat yang patah . Kali pertama aku dengar tok bomoh menggunakan buah epal. Kalau di kelantan ada seorang tok bomoh yang tersohor berbomoh dengan menggunakan daun pisang muda. Daun pisang itu akan di panaskan dengan menggunakan api dan dilumurkan minyak pada daun pisang tersebut . Selepas itu barulah di balut pada tempat yang patah . Kalau tidak silap aku rumah bomoh itu di Pasir Putih .
Mak cik sebelah rumah bercerita lagi . Anaknya yang lelaki semua pernah patah tangan .
“ Anak mak cik yang bongsu tu patah sebab jatuh daripada pokok rambutan . Cepat-cepat arwah suami mak cik bawa ke hospital” cerita mak cik sebelah rumah dengan bersungguh-sunguh.
“ Dua minggu tanganya kena semen dari pergelangan tangan hingga ke paras siku” Cerita mak cik seblah rumah sambil tangannya menunjukkan siku tangannya.
Mak cik sebelah rumah bercerita lagi. Katanya tangan yang di semen gatal bahagian dalam . Nak garu memang susah . . Anaknya menggunakan lidi untuk menggaru lengan yang gatal.. Selepas hampir sejam mak cik sebelah rumah , bercerita dan memberi sedikit nasihat , Husin Bangla pun datang dan dia meminta izin untuk balik ke rumah.. Begitulah peramahnya mak cik sebelah rumah. Sempat juga meluangkan masa untuk melawat aku. Hidup di hujung usia memang perlu banyak melakukan aktiviti kebajikkan..

Nikmat Yang hilang makan bersuap

Aku bukan seorang yang kidal . Memang susah apabila tangan kanan aku tidak dapat digunakan . Kekadang memang rasa tidak selesa sangat . Teringat aku semasa hari aku balik daripada hospital . Tangan kanan aku beranduh dan memang tidak boleh di gerakkan . Kalau di gerakkan juga akan terasa sakit dan berdenyut-denyut. Walaupun tangan aku patah selera makan aku tak berkurang . Selera aku macam biasa tambahan pula hari itu kakak aku masak kerutuk ayam kampong. Daripada ruang tamu lagi bau ayam kerutuk dapat dihidu. Bau pun cukup menyelerakan belum lagi menjadi santapan . Memang bau menyelerakan.
‘ Boleh makan tanga kiri ke” Tanya kakak aku
Aku angguk sahaja sebab tak ada mod nak bercakap lagi pun tangan aku terasa sakit .Kalau tengok muka ketika itu memang hilang keceriaan 100 peratus daripada biasa.
Nasi dan lauk ayam masak kerutuk sudah terhidang. Bau pun sudak menusuk masuk ke dalam hidung aku. Hanya ada sudu di dalam pinggang . Garpu tidak ada. Aku biasakan tangan kiri untuk mencubik lauk ayam dan berjaya aku pisahkan isi ayam itu. Perlahan aku masukkan ke dalam sudu dan masukkan nasi . Beberapa biji nasi sudah terjatuh dari pinggang nasi ketika usaha aku memasukkan nasi dengan hanya menggunakan sudu sahaja. .Suapan kedua membuat aku ketawa kerana aku tidak berjaya memasukkan nasi ke dalam mulut aku dengan sempurna dan jatuh kedalam anduh aku. Terpaksalah kakak aku buang anduh sekejap dan buang nasi yang terjatuh ke dalam anduh tersebut.
“ Tak po lah Ze , biar kak mah suapkan nasi, kalu tidak nanti penuh nasi dalam anduh” kata kakak aku sambil tersenyum . Aku angguk sahaja dan terima dengan hati terbuka cadangan kakak aku . Tak pernah terbayang pun aku hendak makan bersuap ni . Anak buah aku pula cemburu tengok umi dia suapkan aku . Terpksalah kakak aku supkan anak buah aku selepas suap aku. Begitu besarnya nikmat tangan kanan yang pernah aku dapat selama ini. Memang terasa kurang nikmat hidup dengan kekurangan tangan sebelah. Hidup perlu banyak bersyukur. Waktu Asar sudah masuk . Syeikhan anak buah aku tolong aku ambil air sembahyang. Banyak pula soal anak buah aku apabila aku tidak berkumur dan membasuh telinga semasa ambil air sembhyang.
“ Ustazah adik ajar kena berkumur dan basuh telinga” tegur anak buah aku
“ Tak po , ami je , sakit ‘ jelas aku ringkas.
Sekali lagi anak buah aku bingung apabila melihat aku sambil solat duduk. Agak berlainan dengan yang di belajar di sekolah,

Wak Tok Boboh Patah Penuh Mistik

Jam sudah meninjukkan pukl 10 malam . Badan aku memang rasa tak selesa sebab tidak mandi , hanya basahkan badan. Nak mandi memang susah sikit. Nasib baik tubuh aku tak mengeluarkan bau-bau yang tidak selesa. Tetiba Abang aku yang tinggal di Sentul telefon kakak aku . Katanya dia nak bawa aku jumpa seorang tok bomoh patah pukul 11 malam .
“ Tak lewat ko Li jumpa tok bmoh masa tu “ Tanya kakak aku
“ Tak po Li dah buat temujanji , sebentar lagi li sampailah rumah kak mah” Jawab abang aku.

Setengah jam kemudian abang aku dengan dengan Ripin , kawan dia. Aku pun kenal Ripin , aku panggil dia dengan panggilan Abang Pin . Ripin ini dulu kawan baik kepada bapa saudara aku dan memang mesra dengan kelurga aku walupun bapa saudara aku meninggal dunia . Dia memang peminat ilmu mistik. Pelbagai jenis batu permata berhikmah dan keris ada dalam simpanan Ripin ini . Abang aku buka pintu kereta untuk aku . Lebih kurang 15 minit sampai rumah wak bomoh patah tu di Kelang Gate jalan Rusa. Kalau daripada rumah kakak aku mudah sahaja jalan. Pelbagai watak yang aku bayangkan wak jawa ini yang akan aku jumpa . Paling utama cakap jawa pekat , pakai kain sarung dan pakai kupiah jawa. Biasanya begitulah perwatakan tok bomoh jawa.

“ Assalamualaikum , wak ada rumah “ abang aku memberi salam setiba di rumah wak kepada dua orang yang bermain catur di ruang menunggu rumah wak jawa .

“ Walalaikumusalam, wak ada di dalm bilik . Ada pesakit , tunggu kejap ya “ Jawab seoarang daripada pemain catur yang hanya memakai baju singlet sahaja . Misainya agak tebal . Seoarang lagi memakai baju kuning dan agak muda sedikit daripada lawannya. Begitu tekun sekali matanya memandang kearah papan catur tersebut.
“ Abang dududklah sekejap, sebentar lagi siaplah wa tu “ Pemain catur berbaju kuning bersuara apabila abang aku menghulurkan tangan untuk bersalam . Begitu juga Abang Pin . Aku tidak menghulurkan tangan . Rasa tidak sesuai bersalaman dengan orang menggunakan tangan kiri.
Abang aku rancak berbual dengan Ripin. Banyak pula cerita . Sempat juga Abang Pin Tanya kepada aku macam mana kejadian kemalangan aku . Aku pun ceritalah lebih kurang dan seingat aku. Abang Pin cakap wak jawa ini pernah mengurut dia semasa dia sakit tulang belakang. Boleh tahan juga wak jawa ini urut . Lebih kurang setengan jam aku menunggu tetiba seorang lelaki lebih kurang umur awal lima puluhan menghampiri aku dengan rokok gudang garam di tangannya. Seingat aku paras rupanya seperti Mat Daud Mek Som kampong aku . Cuma gaya dan berlainan sahaja. Abang aku pun berpendapat sepertia aku juga. Wajah wak jawa ini macam Mat Daud Mek Som kampong aku.
“ Ni adiknya yang sakit ?” Tanya wak pada abang aku.
“ Ni lah Wak , jatuh motor semalam semasa balik dari kerja “ Jawab abang aku
“ Ada bawa x-raynya “ Tanya wak pada abang aku
“ Doktor tidak bagi x-ray , tetapi tengok x-ray semalam tulang lengan dan bahunya patah . Jawab abang aku sambil tangannya menunjuk kea rah lengan aku.
“ Tak pa, tunggu wak habiskan rokok ini dahulu” Jawab wak ringkas .
Perwatakan wak jauh daripada apa yang aku gambarkan . Loghat wak bercakap pun tidak menggunakan loghat jawa pekat sangat. Tetapi rupanya masih rupa orang jawa.
“ Wak akan mengurut kalau patah 3 malam berturut-turut. Satu lagi wak harap kena tahanlah sakit sikit. Sikit ajer wak mahu sentuh-sentuh sahaja.” Kata wak dalam nada berseloroh.
Selepas wak menghabiskan rokok Gudang Garamnya dia menjemput aku masuk kedalam bilik mengurutnya. Bilik yang memang di buat khas untuk dia melakukan aktivitinya. Ada sebuah meja dan di atas meja ada sebuah televisyen . Di atas meja juga ada bebebrapa kitab perubattan . Sebelah kitab ada 2 botol minyak urut yang tidak berjenama botolnya dan ada dua buah periuk yang berisi minyak yang berwarna hitam yang di campur dengan kulit-kulit kayu. Wak menjemput aku duduk di atas tilam yang terdapat di dalam bilikn kecilnya.
“ Duduknya dulu wak nak buat persiapan sedikit” kata wak sambil tanganya sibuk mencampur minyak yang terdapat di atas mejanya.
Aku hanya mengangguk dan mata aku memadang kearah ayat Kursi yang terdapat di dalam bilik Wak. Terdapat juga penyidai kain dan sejadah di dalan bilik wak.
“ Buka baju ya wak nak sapukan minyak” kata wak
Aku membuka baju dengan pertolongan abang aku. Agak susah juga hendak membuka baju. Perlu berhati-hati, Wak menyapu minyak seluruh lengan dan sekitar bahu aku. Minyak yang wak sapukan agak terasa panas dan baunya kalau tidak silap aku bau macam serai wangi sejenis pokok serai yang bapa saudara aku tanam di kampong. Wak mengurut tangan aku perlahan-lahan bermula dari pergelangan tangan hingga ke bahu. Agak kasar juga wak mengurut. Wak menyuruhkan aku meluruskan kaki dan bertahan kalau sedikit sakit. Selepsa mengurut sambil duduk wak menyuruh aku berbaring. Lengan aku dipusing ke belakang. Aku merenget kesakitan semasa wak memusing tangan aku ke belakang.. Memang terasa sedikit kesakitan. Aku nak pegang tempat sakit pun tak boleh inikan pula wak memusing tangan aku kebelakang.

“ Tahan sikit ya, anggap cewek yang pegang tangan , bukan wak ,kalau cewek pegang mesti tak marahkan” Seloroh wak sambil tanganya terus mengurut agak kasar tangan aku.
Kemudian wak meluruskan tangan aku. Wak mengambil tula kecil good morning. Takut licik . Tangan aku di luruskan perlahan-lahann .Dengan tiba-tiba tanpa aku mengjangka wak menarik tangan aku agak kuat dan berbuyi “kut”. Nafas aku bagai terhenti sekejap kerana menahan sakit.
“ Alhamdulillah tangan yang keluar dari sendinya sudah wak masukkan, sakit sikit aje” kata wak sambil matanyanya memandang muka aku yang agak kemerahan kerana menahan sakit semasa wak memasukkan sendi bahu aku yang keluar. Wak terus mengurut tangan aku selama lebih kurang setengan jam . Akhir sekali wak mengurut di bahagian kepala . Habis rambut aku terkena minyak urut wak. Rambut aku yang sederhana panjang wak ramas dan di tarik sedikit, Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa sakitnya. Selepas malam itu aku mengurut dengan wak tiga malam bertutut-turut. Nampak gaya wak mengurut memang nampak seoarang yang mahir. Wak juga seorang bomoh hantu. Kebetulan pada malam kedua setiba aku dengan abang aku di rumah wak , isterinya wak tiada di rumah pegi ke Kajang .

Hantu Tender

Hari kedua aku pergi ruma hwak terpksa tunggu wak lebih kurang sejam . Wak pergi Sejolah Teknik Kajang . Ada orang hysteria di rasuk hantu. Rupa-rupanya wak pu boleh berbomoh kalau di rasuk hantu atau pun di santau.
“Maaflah hantar wak lambat sedikt, lambat sikit nak hambat hantu tadi” kata seoarang lelaki yang menghantar wak. Lelaki ini orang kelantan. Cakapnya bercampur dengan loghat kelantan.
“ Mula-mula tu hantu tu rasuk tukang masak seorang sahaja , selepas dua hari habis 3 orang tukang masak dan taukenya sekali. Nasib baik kita ambil wak cepat” Sambung lelaki itu . Muka lelaki itu agak bersungguh ketika bercerita dengan abang aku.
Lelaki yang itu mula bercerita rancak. Katanya orang yang buat tempat itu di rasuk sebab dengki sebab dia tak dapat tender kantin.. Jalan paling mudah untuk balas dendam guna hantu , rasuk tukang masak supaya kantik tidak dapat beroperasi.
“ Tak po lah , minta maaf banyak kerana lambat sikit menunggu . Kita nak balik dah” Kata lelaki yang menghantar wak sebelum dia beredar. Setengah jam lagi aku menunggu wak untuk diurut..Orang Melayu macam ni lah . Suka sangat dengki dan bermusuhan . Kalau sifat ini berterusan sampai bila Melayu nak maju pun tak tahu

Temu janji pertama

Seminggu aku duduk di rumah. Rasa sangat bosan . Tidak banyak aktiviti yang dapat aku buat . Makan , baca buku tidur . Semua aktiviti terhad di lakukan di dalam bilik sahaja kecuali makan . Itupun terpaksa guna tangan kiri bersudu. Mula-mula agak susah dan kekok apabila menggunakan tangan kiri untuk menyuapkan nasi . Tetapi selepas hampir seminggu rasa kurang sikit kekoknya. Nasi yang jatuh dari sudu pun semakin berkurangan . Lauk abang aku yang cobekkan , kalau dirumah kakak aku , kakak aku yang cobekkan. Pagi 29/03/06 temujanji pertama dengan doktor pakar di klinik pakat orto. Istilah ortoo . Kali pertama aku mendengarnya. Begitu kurangnya ilmu dan pengetahuan aku tentang perubatan . Pagi itu aku tidak bangun solat subuh . Jam loceng aku sudah kunci tapi entah macam mana aku pula tidak sedar. Kakak ipar aku ketuk pintu bilik aku untuk sedarkan aku.
“ Ze , bangun Ze abang Zull nak gi awal sikit hospital hari ini “ kakak ipar aku cuba mengingatkan aku. Entahlah macam mana aku boleh tidak sedar pula untuk solat subuh pagi ini . Mungkin sebab ubat tahan sakit dan ubat tidur yang aku makan semalam . Kalau tidak makan ubat memang tidak boleh tidur . Akan rasa sakit berdenyut-denyut bahagian yang sakit . Ubat tahan sakit itu memang berkesan dan kuat . Doktor pesan kalau tidak rasa sakit sangat baik tak payah makan . Nama ubat tersebut Metafenamik Asid . Kata doctor juga uba ini untuk urat. Aku tidak berapa faham dengan penjelasan doctorc. Aku cuma ingat , ubat ini kena makan selepas makan sebab kandungan asidnya agak tinggi . Nanti akan sakit perut terutama kalau ada gasrik . Sampai di aras tiga tercari-cari juga tempat untuk pendaftaran . Aku ambil nombor . Nombor 4. Selepas emapt minit nombor aku di panggil . Selepas ke kaunter pendaftaran aku di kehendaki ke kaunter sebelah untuk mendaftar ke bilik doctor.
“ Nanti saya akan panggil adik kalau giliran adik tiba” kata seoarang jururawat selepas aku memberi nombor perdaftaran aku tadi.
“ Doktor tidak sampa lagi, adik tunggulah ya “ Sambung jururawat itu .
Aku pun duduk di kerusi menunggu yang bewarna merah sambil menonton televisyen . Cerita kartun . Agak tidak selesa tengok televisyen kerana terpaksa mengdongak sedkit. Aku ambil risalah yang terdapat di rak sebelah kerusi menunggu. Ada satu perkataan yang menarik perhatian aku padarisalah tersebut .” Tabahkan Hati Menunggu Pemulihan “ . Tulisan tersebut berwrana biru dan latarbelakangnya bewarna putih. Di dalam risalah tersebut mengesyorkan pesakit supaya jangan putus asa untuk mendapat rawatan . Pesakit juga di galakkan berjumpa dengan kaunselor untuk menambahkan keyakinan diri. Aku baca dengan teliti risalah tersebut. Nampak abang aku sudah bosan menunggu . Dia mendekati aku.
“ Ze duduk sini sebentar , abang nak pergi minum teh dan cari surat khabar” kata abang aku

“Tak po lah , abang gi minum teh dulu lah , rasanya lambat lagi . Abang jangan pergi lama sangat Ze tidak ada kredit nak telefon abang kalu ada gapo-gapo” Kata aku kepada abang aku,
“ Abang pergi smentar saja , nanti lepas minum abang datang balik ‘ Jawab abang aku
Kasihan juga tengok abang aku. Dia terpaka ambil cuti separuh hari untuk hantar aku hospital selayang. Kalau ikutkan keja di ofis memang banyak . Tetiba datang seoarang tua duduk sebelah aku dan mengambil risalah yang aku letakkan di sebalah kerusi aku duduk .
Pak cik terputus ibu kaki
“ Boleh pak cik baca risalah ni” tanya pak cik itu sambil melemparkan senyum kepada aku . Kaki pak cik itu berbalut . Ada tongkat di sebelahnya. Pak cik ini pun mungkin senasib dengan aku . Terima ujian Tuhan , Cuma aku terima agak awal daripada pkk cik itu .
“ Kertas ni ambil kat mana , pak cik nak simpanlah kertas ni “ Tanya pak cik itu lagi.
“ Ambil kat sana” Jawab aku sambil jari tulunjuk aku menunjuk kearah rak di sebalah aku .
“ Tapi kalau pak cik nak simpan , pak cik ambillah yang tu , saya dah baca “ Jawab aku ringkas. Pak cik iu tersenyum kearah aku dan melipatkan kertsa itudan di masukkam ke dalam poketnya. Rasa pelik pula kenapa pak cik tu nak simpan risalah tu . Kalau aku tak berminat langsung nak simpan lepas baca selalunya aku simpan balik tempat asal .
‘ Tangan adik kena apa “ Tanya pak cik itu untuk memulakan bicara
‘ Jatuh motor “ Jawab aku ringkas . Sebenarnya aku tak ada mod sangat untuk bercakap . Maklumlah tak sabar menuggu apa kata doctor nanti .
“Kaki pak cik terkena mesn kayu, semasa pak cik nak potong kayu tiba-tiba mesin tersebut jatuh dan terkena kaki pak cik “ Cerita pak cik itu tanpa di minta oleh aku
“ Sudah 20 tahun pak cik kerja potong kayu , tapi kali ni baru kena . Alhamdulillah selepas 20 tahu baru kena , mungkin Tuhan suruh pak cik berehat sekejap daripada buat kerja . Pak cik datang hospital ni nanti senang sikit nak claim insuran.” Sambung pak citu tu lagi
“ Pak cik asal mana “ Tanya aku .sebab cara loghat pak cik itu bercakap agak lain sedikit.
‘ Pak ci asal Bandung , Indonesia. Pak Cik datang sini pada tahu 1985, memang sudah lama pak cik bekerja di sini “ Jawab pak cik itu .
Aku tidak menruskan lagi perbualan dengan pak cik itu .Dan membiarkan pak cik itu bercakap dengan orang sebelahanya pula .
Selepas 20 minit nama aku di panggil ke bilik rawatan yang bernombor 62.
‘ Adik kemalangan ya ‘ Tanya Doktor Amir. Aku tahu nama dia Amir sebab ada tertulis di pintu ketika aku nak masuk tadi .
“ Cuba adik angkat tangan yang patah “ Doktor Amir menyuruh aku mengangkat tangan aku . Selepas itu aku di suruhnya melakukan beberapa pergerakkan ringkas dengan di Bantu oleh seorang jururawat. Lebih kurang 10 minit doctor Amir melihat keadaan tangan aku.
“ Nanti adik kena buat psioterapi” Kata doctor Amir sambil jarinya laju menaip laporan di computer. Sempat juga aku membaca laporan yang di tulis oleh Doktor ambil . Dia menggunakan bahasa Inggeris .
‘ Hari ke saya kena buat psioterapi “ Tanya aku .
“ Bukan hari ini , adik kena buat temujanji dulu ,adik kena gerakkan tangan adik selalu . Tetapi jangan gerakan terlalu kuat nanti patah balik susah’ Nasihat doctor amir sambil bergurau . Sebelum aku keluar dia memberi surat sakit kepada aku selama 28 hari.

Selamat Hari Lahir Ustaz

Lama tidak dengar cerita mahupun khabar apatah lagi bersua muka , maksud aku seorang kawan lama aku semasa sekolah menengah dalulu . Mohd Arif . Anak Tok Imam Pulai Chondong . Perwatakkannya sederhana. Boleh dikatakan berjurus. Itu tidak hairan . Tidak lain tidak bukan berkat doa dan asuhan tok imam sendiri. Sempat juga Arif datang rumah aku melawat aku yang sudah hampir sembuh . Tangan aku pun tidak beranduh lagi . Kalau orang tidak tahu kisah , mungkin tidak tahu aku kurang upaya sekarang . Arif datang dengan kereta Savy warna merah . Cantik kereta itu. Pada mulanya dia kata , kereta ibunya , tapi pada akhirnya dia bagitahu perkara sebenar iaitu kereta kekesihnya dan InsyaAllah bakal menjadi tunangnya . Tok imam pun sudah tahu. Kenal sangat tok imam gadis yang mencuri hati anak lelakinya Arif , rupa-rupanya, tidak jauh orangnya , seorang budak yang pada suatu masa dahlu pernah belajar mengaji al-Quran denganya pada suatu masa dahulu . Agak pediam orang . Sekarang sudah menjadi gadis sunti . Seumpama sekuntum mawar yang mekar indah di taman yang berpagar .Di pendekkan cerita sahabat aku Arif , sudah jatuh cinta , gila asmara dan , kekadang membawa kepada angau . Adat orang bercinta bercerita semuanya elok dikhabarkan tentang gadis yang disukainya. Perkara biasa. Jiwa manusia memang sebegitu . Seronok pula berjumpa sahabat lama . Tidak lupa untuk bercerita tentang zaman sekolah dahulu pengalaman indah mahupun tidak indah , Sesekali tergelak apabila mengenang zaman membesar . Ada juga bercerita sahabat-sahabat yang sudah bertunang dan berkawan dan yang sudah berkerja mahupun mennganggur . Lagi seronok juga kalau dapat bertemu semua sahabat satu kelas dahulu untuk berkongsi cerita dan mengenang satu zaman yang pernah di lalui bersama . Tapi entah bila . Semuanya agak sibuk dengan urusan hidup masing-masing. Hanya biskut dan air teh sahaja yang anak buah aku hidangkan untuk tetamu kali ini . Mak aku tidak ada di rumah . Pergi melawat emak saudara aku yang uzur . Sakit tua. Sedang rancak bercerita sahabatku Fendi ada bercerita tentang Ustaz Shukri yang sakit semasa aku dan Fendi melawat pada sehari sebelum hari raya. Pada ketika itu , ustaz dimasukkan ke hospital . Tanpa di rancang Arif mengajak aku dan Fendi melawat ustaz. Jam sudah menunjukkan pukul 4.15 petang . Sudah hampir masuk waktu asar . Fendi mencadangkan untuk sembahyang di surau ustaz . Senang sikit jumpa ustaz kerana ustaz yang menjadi imam di suraunya. Pada setiap ,malam pula dia akan mengajar kitab fekah . Aku pun tidak tahu kitab apa yang di baca. Sesampai di rumah ustaz sedang molek azan berkumandang di surau ustaz. Selepas ambil air sembahyang aku naik dahlu ke surau tersebut. Tapi tidak ada pula ustaz . Pada ketika itu macam-macam yang aku fikirkan . Mungkin ustaz uzur lagi dan duduk di hospital atau sudah pulang kerahmatullah . Selepas sembahyang aku Tanya tok imam.
‘ Ustaz mano’ ada rumah ko? Tanya aku pada Pak Cik Daud . Kalau tidak silap aku nama pak cik yang aku bertanya tu pak Cik Daud . Driver kereta sewa.
‘ Ustaz ada, dia jarang naik masjid lo ni, uzur sikit” Pak Cik Daud menjawab dengan tenang .
Fendi pun memberi salam sebelum masuk ke rumah ustaz. Dari tingkap aku lihat ustaz baru lepas solat asar dekat meja belajarnya . Memang banyak buku di rumah uztaz. Dia memang gila membaca. Aku kekadang cemburu dengan minat ustaz yang gila membaca itu .
“ Waalaikumussalm, jempu masuk” Jawab ustaz dan mempelawa kami bertiga masuk
“ Pendi mari dengan sapo ni , ustaz tidak berapa kenal “ Kata ustaz kepada Fendi nasdib baik dia kenal Fendi lagi.
“ Ni Sayed , ni Arif “ Fendi memperkanlkan aku dan Arif kepada Ustaz sambil menunding jari telunjuknya kearah aku dan Arif.
“Ooo Sayed, ustaz tak berapa cam , hari tu lain ‘ Kata ustaz kepada aku
‘Dio orang seni ustaz , payah sikit nak faham ‘ jawab Fendi ringkas . Ustaz tidak berapa cam aku . Mungkin sebab aku rambut panjang dan kebetulan ada misai hari tu . Biasanya aku jarang simpan misai kecuali janggut kekadang . Memang nampak lain sedikit . Tapi tidak banyak sangat . Pakaian berbeza tapi watak masih sama. Fendi Cuma mengingatkan ustaz Arif . Memang ingatan Ustaz semakin pudar . Orang tua katakana .
“ Maaflah ustaz tidak berapa ingat” Ustaz termenung sekejap Percakapanya terhenti seolah-olah nokhtah yang tidak sempurna. Seolah-olah juga ustaz memandang ke dinding rumahnya dan kemudian ustaz menyambung percakapanya.
‘ Otak pun macam kulit juga semakin mengecut dan semakin lemah kalu kita semakin tua” Terang ustaz sambil mencubit lengan kirinya .
Ustaz Syukri memang seoarang ustaz yang tersohor semasa aku sekolah menemgah dahulu . Dulu semasa aku belajar sekolah menengah dia mengajar mata pelajaran bahasa Arab dan juga pendidikan Agama Islam . Seorang usrtaz yang luas ilmu pengetahuannya. Lama juga berborak dengan ustaz sempat aku bertanya hukum-hukum agama yang aku keliru selama ini . Memang sudah menjadi kebiasaan aku akan bertanya hukum agama kalau berjumpa dengan ustaz. Selalunya semua soalan yang aku tanya akan terjawab dengan terang sekali .
“ Macam mana ustaz kalau tangan kita kena semen , kita nak ambil air sembahyan ?” “ Tanya aku kepada ustaz
“ Kalau sebelum semen ,kita bersih cuci tempat luka dan ambil sembahyang dan selepas tangan kita disemen kita boleh ambil air sembanyang dengan menyapu sahaja air di tempat semen itu” Jelas ustaz dengan yakin.
Aku hanya mengangguk faham . Fendi dan Arif begitu juga
“ Arif dah ada kekasih ustaz, dia mari sini pun dengan kereta kasih (kekasih dia” Gurau Fendi kepada ustaz.
“ Moleklah kalu dah ada kekasih , kalau perempuan tu kita hajat nak buat isteri kita kena jaga kesucian dia, awak jangan pula duk gaduh nak pegang sebelum jadi isteri “ Terang ustaz dengan nada berguraui kepada Arif dan muka ustaz memandang kepada Arif dengan tersenyum. Arif pun turut tersenyum . Mungkin termakan dengan nasihat ustaz yang bernas . Anak muda sekarang , tidak sah kalau tidak berpegang tangan ke hulu hilir.
“ Umur ustaz berapa sekarang ?’ Tetiba Fendi bertanya . Aku pun tak tahu juga berapa sebenar umur ustaz.
‘’ Umur saya 70 tahun , hari ni genaplah 70 tahu. 14.04, hari ni hari lahir saya” Jelas ustaz
“ Hari ni hari lahir ustaz , kalu saya tahu saya bawa kek dengan hadiah” Aku mencelah sambil bergurau
“ Saya sepatut buat makan hari ni , nak buat air dan jamu makan pun orang tino (isteri) tak dok . Kak Cik duk jual lagi masa ni ’ Jelas ustaz
“ Selamathari lahirlah lah ustaz” Ucap Fendi
“ Dah tua pun saya sekarang “ Ucap Ustaz sambil termenung panjang . Mungkin juga mengenangkan sisa-sisa hidup yang masih tinggal.
Memang agak lama juga berbual dengan ustaz. Pesan ustaz yang masih dan berminat untuk aku ingat.
“ Agama boleh belajar,Sapo-sapo pun boleh belajar, tapi nak amal tu susah kena ada takwa . Takut api neraka. Baru takut nak buat dosa”
Betul juga kata ustaz tu . Yahudi pun pandai Al-Quran . Ada sesetengah mendapat PHD dalam bidang Al-Quran tapi tidak ada taqwa. Hari sudah semakin senja dan gelap akan mengganti . Sebelum pulang kami sempat bergambar dengan ustaz pada umurnay 70 tahun Ustaz nampak gembira sekali kerana diusia senjanya masih ada anak murid yang mengingati dan melawatnya . Selepas bersalam aku , Fendi Arif pun pulang . Masing gembira kerana datang melawat ustaz pada hari lahirnya . Selamat hari lahir ustaz . Moga baki unmur yang tinggal semakin mendapat rahmat Allah SWT . amin .



komenlah disini jika anda mahu .selamat mengomen komen

Pahatan Nokhtah Cinta

Posted by Pengembara Lara On 10:03 AM

Pahatan Nokhtah Cinta

Malam ini
berjalan jauh aku di setiap persingahan kenangan
untuk aku merenung kembali catatan cinta lama
dan membaca semula kenangan di setiap persingahan
Ada sebuah persinghan yang tidak mungkin pudar catatanya
Terpahat di batu hati janji-janji sesetia adam dan hawa
dahulunya satu persinggahan yang terindah
Menghiasi setiap baris kata dengan keindahan mekar mawar

Dan , Di suatu sebuah persingahan di hujung kenangan
Juga terpahat catatan di batu hati ini
Ketukan pahat kata yang tajam dan kuat
Telah menghancurkan hati ini sehebatnya
Untuk noktahkan satu perhubungan cinta.

Namun,
Masih Ku simpan pahatan cintamu di hatiku
Setiap kali bulan dan mentari berganti
Begitu resah aku menghindar bayangmu
Malam ini , bulan datang lagi dan aku tak pernah mengerti
Mengapa waktu berjalan dan aku harus menunggumu
Sedangkan cintaku telah kau pahat nokhtahnya….

By : Pengembara Lara
Sayed Mahazan Bin Sayed Daud
Gombak 3 April 2006


Masih ingat lagi . Aku tulis sajak ini dengan menggunakan tangan kiri dengan pen warna ungu kerana tangan kanan aku berbalut ketika itu (kemalangan jalan raya ). Sajak ini menggunakan teknik simbolisme. Sebuah sajak yang mengambarkan satu peristiwa kecewaan di dalam hidup san kisah kesetian seorang kekasih walaupun dirinya tidak di cintai lagi ..Kisah aku ker ni …hehe ……?????

kalau nak bai komen klik sini okess. Seronok juga kekadang baca komen orang ni komen

Wednesday, February 22, 2006

Mermer kawin

Posted by Pengembara Lara On 4:00 PM

Emm dah kawin member aku,,
Dalalm usia macam aku ni memang fasa yang sesuai untuk mendirikan rumah tangga, Terutamanya perempuan. Maklumlah menurut ahli psikologi zaman remaja perempuan tamat lebih kurang 23 tahun. Kira perempuan lebih matang daripada segi emosi. Benda macam emosi ni kita tak boleh tengok dengan mata Cuma dapat dirasa oleh tuan punya tubuh ajer. So dialah yang menentukan dia dah matang ataupun tidak .Lain pulak ceritanya. Mengikut pendapat ahli psikologi , selepas bermeeting , mereka bersetuju mengatakan lelaki tamat zaman remaja 26 tahun , kira 3 tahun lewat daripada perempuan . Mungkin ini berita gembira dan juga mungkin ini berita sedih. So macam mana kekawan sejenis aku berita gembira atau berita sedih ni . Bagi aku mungkin gembira .

Cinta monyet

Berbalik kepada cerita member aku yang dah kawin ni .Aku terpaksa respect dengan pasangan ini . Aku sengaja mengunakan ayat “ terpaksa respect” .walaupun tak mahu resepect tapi terpakasa kena respect juga. Harap kekawan fahamlah betapa hebatnya seseorang apabila penggunaan ayat ‘ terpaksa respect “ ni . Ayat ni tidak ada di dalam kamus dewan edisi lama atau pun baru . Ni ayat kedai kopi ajer . Mengapa terpaksa respect ????? nak respect orang confirm mesti ada sebab yang wajar dan munasabah dan kekadang ada sesuatu istimewa dan unik. Begini ceritanya. Pasangan ini member aku kedua-duanya. Lain ayat satu sekolah semasa sekolah menengah dahulu. Apa yang menariknya mereka ini mula “bercinta” ataupun berjinak-jinak dengan cinta ni masa zaman sekolah lagi. Bahasa mudahnya cinta monyet lah ni Sebenarnya samapi sekarang aku kurang pasti kaitan cinta monyet dengan cinta budak sekolah ni . Siapa yang cipta istilah ni sejarahnya tidak tercatat di mana-mana buku sejarah . Tapi kira kekawan yang baca boleh faham isltiah cinta monyet. Dengan komitmen si teruna dan si dara alhamdulillah mereka selamat di ijab Kabul pada 2.2.06 . Kira satu cacatan sejarah yang penting dalam kehidupan mereka. Sebagai kawan yang sebaya selain memberi hadiah perkahwinan yang tak seberapa. Semestinya mengiringi dengan doa moga bahagia hingga ke hujung usia . Amin.

HADIAH KAWIN UNTUK MEMBER-PERCUTIAN KE TAJ MAHAL
Cuaca 2,3 hari ni tidak menentu.Kekadang pagi hujan kekadang malam hujan dan adakala petang hujan .Memang panas jarang sangat sampai ke petang .Begitu juga dengan kerja aku di pejabat. Sama seperti cuaca . Memang tak menentu. Tapi 2,3 hari ini kerja memang banyak . Ekoran dari kesibukan kerja dan cuaca yang tak menentu aku hampir terlupa untuk membeli hadiah untuk member aku yang dah kawin tu .Kiranya majlis di rumah pengantin lelakilah pula. Dengan bajet yang tak berapa besar dan ketidakbiasaan membeli hadiah untuk orang kawin membuat aku agak terfikir untuk membeli apa. Tidak selesa dan munasabah pula kalau aku pergi majlis kawan aku kawin hanya tangan kosong dan mengucapkan tahniah di atas perkawinan mereka. Memang lah dia tak tanya aku bawa hadiah atau tidak .Tapi sekurang-kurangnya aku memberi sedikit kenangan kepada mereka dengan hadiah kecil aku. Ya Allah .. aku lupa esok majlis perkahwinan mereka. Hadiah yang aku fikir tu aku tak beli lagi .Aku balik kerja pun agak lewat hari ni . Menjelang Isyak baru sampai rumah .Hadiah yang terlintas di kepala aku ialah sejadah . Orang kata kalau bagi sejadah tu dapat tumpang pahala orang solat menggunakan sejadah tu . Tapi waktu begini semua kedai sejadah sudah tutup,. Cuaca hujan, di dalam hujan aku pergi pasaraya Giant untuk mencari sejadah untuk aku hadiahkan kepada member aku . Cari punya cari sebesar dan sebanyak barang keperluan di pasaraya Giant , sejadah aku tidak ketemui. Hampa dan kecewa sekejap. Masih ada plan B. Album gambar . ,Memandangkan cuaca hujan aku masukkan album dan kertas pembalut hadiah di dalam baju aku , takut basah kena hujan . Terfikir aku pula. Bersungguhnya aku untuk membeli sebuah hadiah yang tak seberapa . Mememang tak seberapa pun harga tak sampai RM.30. Entah hadiah macam ni orang tak tengok pun . Tapi begitulah cerita di sebalik hadiah . Dengan keadaan penat balik kerja , cuasa hujan dan bajet yang ada pada masa tu pun tak seberapa , tapi demi untuk membeli hadiah untuk seoarang kawan aku sanggup redah hujan . Sebenarnya aku pakai baju hujan . Begitulah cerita sebuah hadiah yang tak seberapa. Ada kisah dan ada proses untuk membelinya, Hargailah hadiah yang anda dapat. Itu ajer pesan aku. Kesetian dan kesabaran sesutu yang penting untuk jodoh kesampaian .Kalau aku ada duit aku memang nak bagi hadiah pakej percutian ke Taj Mahal untuk member aku . supaya mereka berdua lebih mengerti apa itu cinta dan kesetiaan .

TUNGGU KAD JEMPUTAN
Aku memang tahu bila member aku nak kawin .Tarikh tu kira dah confirm .Bukan daripada mimpi atau ramalan . Aku sms adik dia .Jadi kira maklumat yang aku perolehi tu kira tepat dan boleh dipercayai. Tapi aku tak dapat lagi jemputan rasmi atau kad wangi mahupun sms rasmi pun jadilah . Bak kata orang tak elok pergi majlis kalau tidak di undang .Nak kata dia tak tahu no telefon bimbit aku mustahil pulak. Memang aku dah bagi pada suatu masa dahulu. Kira tak seronok juga bila tak dapat kad ni. Takkan dah nak lupa member bila nak kawin .Mustahil. Tungggu punya tunggu , Dapat jua kad kawin yang aku tunggu. Kad tu di kirim melalui member aku yang lain. Atas alasan tertentu aku akur dan terima alasan tersebut. Lama juga aku renung kad tu. Warna pink. Renung punya renung baru aku faham peta yang terdapat di dalam kad tersebut. Bukan merenung benda lain . Aku tak biasa pergi sendirian rumah kawan aku yang lelaki ni . Pergi pun dengan dia. Itu pun di malam gelap gelita. Aku ni bukan jenis yang pakar jalan. Kalau tak berpeta memang sesat. Selepas kerja hari tu , aku kerja half day hari tu. Alhamdulillah aku sampai jua ke rumah pengantin lelaki . Betul tekaan dan jangkaan aku . Aku akan sesat . Dan memang aku sesat hari tu. Member punya fasal .Tak jadi masalah . Scene aku paling suka bila bersalam dengan pengantin lelaki sambil bagi hadian dan mengucapkan tahniah . Sungguh indah scene tersebut. Memang mereka pasangan yang sepadan sama besar lelaki dan perempuan. Syukur member lelaki aku itu tidah berubah arah cinta dan citarasanya. Maklumlah kebanyakkan sang teruna mahu dara yang kecik molek . Cinta itu memang buta .Aku mempercayainya

TANYA BILA AKU NAK KAWIN ..
Rasa lain pulak bila pergi rumah member kita sendiri yang kawin . Member kita pula sebaya dengan kita . Sekali lagi aku nak guna perkataan terpaksa respect ni .Memang pengantin lelaki segak bergaya dengan keris dan persalinan biru . Seakan-akan pahlawan Melayu zaman pemerintahan Melaka suatu masa dahulu. Segak, kacak dan bergaya. Pengantinn perempuan pun sama. Menawan ala-ala puteri gunung ledang yang tidak berkemban . Kira nice to look. Sempat juga berjumpa kenalan-kenlan lama yang tidak bersua beberapa tahun . Pertanyaan yang telah aku sediakan jawapan ini selalu di Tanya kalau terlibat dengan majlis seakan ini. Bila aku nak kawin ? Ni seolan yang selalu di Tanya. Aku pun tak tahu kenapa suka sangat Tanya soalan tu . Mungkin nak sesuaikan dengan tema majlis tersebut. Aku memang dah sedia jawapan tersebut . 9.9 2009 . Memang aku jawab dengan serius . Eh betul ker ni . InsyaAllah jawab aku balik Aku rasa jawapan aku tu tepat . Malas pulak nak bagi jawapan ,Tengoklah , tak ada jodoh lagilah , nanti nak tunggu beberapa tahun lagilah , tunggu ekonomi stabillah dan macam-macam jawapan . Senang cerita bagi satu tarikh yang tepat dan siap ajak datanng rumah lagi . Selepas sejam lebih aku di majlis tersebut . Selepas berborak dengan pengantin dan sedikit berborak dengan ayah pengantin . Aku pun pulang . Aku tidak sesat masa pulang .
“Jodoh pertemuan di tangan Allah SWT”. Kalau ada jodoh tidak kemana . Takkan lari gunung di kejar

Sebuah Puisi Untuk Sahabat


Zurinah Hassan

Satu Cerita Cinta

Di hari ia melahirkan cintanya
Ia berkata kepada kekasihnya
"Kita tidak usah berjanji untuk setia
kerana kita tidak mahu setia kerana janji
kita akan setia kerana cinta
hanya kerana cinta..."

Di hari perkahwinannya
Ia berkata kepada isterinya
"Perkahwinan ini adalah ikatan
tapi kita tidak usah terikat kerananya
kita terikat kerana cinta
hanya kerana cinta..."

Di hari-hari kemudiannya
Ia berkata kepada dirinya
"Perkahwinan kadang-kadang
mengajar kita melupakan cinta
untuk belajar hidup bersama."

Puisi ini memang aku minat. Benerapa kali aku membacanya. Ayat di dalam puisi tersebut senang di fahami. Puisi tersebut di tulis dengan bahasa keikhlasan dari seoarang penyair tanah air yang terkenal iaitu Zurinah Hassan. Kalau anda peminat puis tanah air memang nama Zurinah Hassan tidak perlu di perkenalkan lagi . Kalau anda bukan peminat puis tranah air sukacaita saya maklumkan Zurinah Hassan memang mempunyai nama dalam arena puisi tanah air. Saya memang suka dengan rangkap-rangkap puis di atasa . Setiap rangkap memberi makna yang mendalam .Apa yang menarik dari puisi tersebuat ialah pada rangkap akhirnya yang berbunyi :

Di hari-hari kemudiannya
Ia berkata kepada dirinya
"Perkahwinan kadang-kadang
mengajar kita melupakan cinta
untuk belajar hidup bersama."


Memang betul dan saya setuju dengan puisi tersebut . Cinta tidak cukup untuk meneruskan kehidupan sebagai orang telah berkahwin sehingga dalam puisi tersebut penyajak mengatakan “ Perkahwinan kadang-kadang mengajar kita melupakan cinta untuk belajar hidup bersama. Apa yang perlu kita faham hidup bersama ialah salaing memahami antara satu sama lain dan mampu bertolak ansur dengan kekurangan yang tidak seberapa. Tanggungjawab akan mengatasi rasa cinta dan saying bila telah berkahwin . Semoga puis ni menjadi nasihat untuk saya dan kekawan semua. Begitulah yang aku faham.

Wednesday, February 08, 2006

AKU CIPTA LAGU

Posted by Pengembara Lara On 9:50 AM

AKU CIPTA LAGU

Lagu ini aku cipta
Tika aku duduk di tunggul mati
Aku letih berdiri
Aku duduk mencari
Burung-burung memberi melodi
Sang mentari menyuluh sinar
Di sini tiada bayang
Aku berteduh di panas mentari

Lagu ini aku cipta
riuh bunyi desa sana
Ada yang mati tak sempat berserah,,
Lagu ini aku cipta untuk yang
hidup sempat berserah

BY: SAYED MAHAZAN

Pada setiap kali aku meninggalkan bonda ke Kuala Lumpur

Posted by Pengembara Lara On 9:46 AM

Pada setiap kali aku meninggalkan bonda ke Kuala Lumpur

Pada setiap kali aku meninggalkan bonda ke Kuala Lumpur
Pesan bonda seperti selalu:

“Jangan tinggal solat
Ingat Tuhan selalu..

Sama seperti selalu juga
Aku cium tangan bonda
Aku peluk bonda
MenaNgis tidak selalu di mata
Tetapi di hati sedih terasa
Meninggal bonda yang sudah tua..
Berseorang di rumah usang

Dan beginilah selalunya
Setiap kali berjauhan dengan bonda
Rasa rindu yang amat di jiwa
Seolah-olah aku seperti budak kecil yang mahu
Didodoi tidur dan dususui

Bonda..
Anakmu yang jauh sentiasa berdoa
Moga bonda dipanjangkan umur
Seribu tahun lagi… di usia rahmat
Kerana rindu ini.. aku tak sanggup kehilangan mu.

By : Sayed Mahazan Bin Sayed Daud
14/01/06

Catatan: Sajak ini aku tulis tika harai raya ketiga Aidiladha.
Rasa rindu yang amat pada bonda selepas aku pulang ke Kuala Lumpur
Untuk bekerja .