Kahwin Untuk Bahagiakan Orang Tersayang
salahuddinsharif: cacing hamzah: bagus2
cacing hamzah: niat kawin sampai ke syurga
odin: insyaallah..
cacing hamzah: salah satu sbb nak kawin dgn awek tersayang sbb nak bahgia
cacing hamzah: tapi bahagia tu milik tuhan
cacing hamzah: so cari tuhan jump bahagia
cacing hamzah: kadang2 kite lupa pasal malaikat yg selalu jaga,tgk
cacing hamzah: macam tu gak bidadari yg akan jd isteri kite
cacing hamzah: dia selalu tgk kite dr syurga
cacing hamzah: nnt kat akhirat kalau isteri kita baik dia akan jadi ketua isteri2 kite kat syurga
cacing hamzah: tapi yg penting kite kena ada kat syurga lah hehehe
odin: insyaallah.
aku lah tu: wowwwwww HEBATnya HEHE
Ayat di atas adalah petikan daripada perbualan menggunakan persiaan Yahoo Mesegger atau lebih di kenali dengan YM sahaja. Bukan perbualan saya tetapi perbualan daripada rakan saya dengn rakan saya juga. Biasanya begitu kami semua bekas pelajar Sains Komputer kalu merasa bosan membuat kerja pejabat YM aalah tempat mengadu dan berbual semasa membuat kerja. Tetapi YM ni bahaya juga jangan sampai kerja tertanggguh sebab menggunakan YM.
Saya sangat setuju dengan pendapat Hamzah , selain berkahwin adalah tuntutan agama berkahwin juga untuk membahagiakan orang yang kita sayang. Kalau boleh kita mahu sentiasa bersama orang yang kita sayang dan cinta. Tidak semestinya selalu mendapat pujiaan darinya , cukup sekadar memberi senyuman sudah mampu membuat kita bersemangat untuk terus hidup. Tidak hairanlah ada pepatah mengatakan disebalik kejayaan seorang lelaki ada perempuan yang memberi sokongan . Saya setuju. Lebih hebat lagi kalau kita dapat berkahwin dengan orang yang kita sayang dapat memperjuangkan hidup ini bersama-sama dan saling faham memahami antara satu sama lain.. Sayang dan cinta sukar untuk ditafsir sebenarnya . Ia datang secara semula jadi tanpa ada dorongan nafsu. Ia datang satu perasaan ingin sentiasa bersama dan berkongsi cerita dan tercipta rasa senang hati dan bahagia. Begitulah lebih kurang.
Cinta
Bukan untuk memiliki dan di miliki
Cinta itu ikhlas dan suci
Cinta itu datang dan pergi
Hadirnya bak satu fantasi
Tidak di undang
Kita hanya merancang
Kita bagaikan wayang
Ditangan dalang
Tak semua yang diinginkan
jatuh ke riba
Sayang..... ada juga yang kecundang
Tapi kita tak mungkin meradang, menerjang
Hanya kerana cinta yang menghilang.
Panjang pula saya mengulas bab cinta ni. Berbalik kepada bahagia seperti yang di perkatakan oleh Hamzah tadi yang mengatakan bahagia itu milik tuhan dan sesiapa hendak membahagiakan hidupnya hendaklah mencari Tuhan. Memang dalam makna apa yang Hamzah perkatakan mempunyai unsur-unsur kesufian. Harta , duit, kekayaan bukan syarat utama untuk membahagiakan diri. Bahagia lahir dari hati. ,, Hati yang betul-betul bahagia hati yang mengenal dirinya dan mengenal Tuhan. Saya teringat sebuah kata-kata hikmah yang saya selalu tulis
“ Hidup dengan seni kita akan Indah dan
hidup dengan agama kita akan bahagia”
Akhir sekali Cinta Untuk Dinikmati Bukan Untuk Di Tangisi. Apa nak jadi akan terjadi , hujan akan berhenti. Damaikanlah hati ini . Aku 49.9%
0 comments:
Post a Comment