• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Heading 1 Here:Enter the heading 1 description here.Go to blogger edit html,find these words and replace it with your own description ...
  • Heading 2 Here:Enter the heading 2 description here.Go to blogger edit html,find these words and replace it with your own description ...
  • Heading 3 Here:Enter the heading 3 description here.Go to blogger edit html,find these words and replace it with your own description ...
  • Heading 4 Here:Enter the heading 4 description here.Go to blogger edit html,find these words and replace it with your own description ...
  • Heading 5 Here:Enter the heading 5 description here.Go to blogger edit html,find these words and replace it with your own description ...
  • SLIDE-1-TITLE-HERE

    Welcome to Blogger.Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these text/sentences with your own descriptions.This theme is convert to Blogger by Premiumbloggertemplates.com.Download this template and more Premium Blogger Templates From PremiumBloggerTemplates.com...

  • SLIDE-2-TITLE-HERE

    Welcome to Blogger.Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these text/sentences with your own descriptions.This theme is convert to Blogger by Premiumbloggertemplates.com.Download this template and more Premium Blogger Templates From PremiumBloggerTemplates.com...

  • SLIDE-3-TITLE-HERE

    Welcome to Blogger.Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these text/sentences with your own descriptions.This theme is convert to Blogger by Premiumbloggertemplates.com.Download this template and more Premium Blogger Templates From PremiumBloggerTemplates.com...

  • SLIDE-4-TITLE-HERE

    Welcome to Blogger.Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these text/sentences with your own descriptions.This theme is convert to Blogger by Premiumbloggertemplates.com.Download this template and more Premium Blogger Templates From PremiumBloggerTemplates.com...

Friday, November 17, 2006

Tujuh Nafas Lagi

Posted by Pengembara Lara On 10:16 AM 9 comments

Tujuh Nafas Lagi

Lirik dan Lagu : M. Nasir

Inikah dia yang kuimpikan
Dalam lambaian firdausi
Kali ini kuharapkan
Bukan Fatamorgana lagi

Jiwa lama bersengketa
Sedang hakikatnya kita sama-sama redha
Hati hamba dah besedia
Perjalanan ini tinggal tujuh nafas lagi

Sepertimu ,aku juga pernah
Persoalkan kekuatan batinku
Dalam seribu kekalutan ku cinta
Dalam sejuta resah ku cinta
Dalam mimpi ngeri aku lihat cinta
Dalam rasa paling rendah
Ku angkat cinta

Rinduku bukan kemurahan
Jika mahu dianggap mainan
Kau Tanya bilangan namamu ku sebut
Jawabnya hanya sekali
Lafaz tak terputus

Cinta ku yang ku maksudkan
Seperti buih-buih di milik lautan
Seperti nafas yang meresapi badan
Seperti kenangan yang tak pernah luput
Selamanya…….

Lagu tujuh nafas lagi ini dicipta sepenuhnya oleh M.Nasir dengan liriknya sekali. Lagu ini memang sukar untuk ditafsir. Sekali baca lirik ini mungkin ada unsur ketuhanan dan kesufian. Kemungkinan ada juga, sebab banyak lirik yang dibuat oleh M.nasir sebelum ini menuju ke arah itu . Tetapi untuk lagu ini saya suka mentafsir kisah kekasih yang membuat keputusan untuk berjauhan buat sementara waktu kerana ada perselisihan faham di antara mereka dan mereka ,membuat keputusan untuk kembali bersama selepas persengketaan itu .. Saya suka mentafsir perselisihan itu di antara suami dan isteri . Mereka sama-sama mempunyai keraguan atas kesetian dan cinta masing-masing sehingga berlaku persengketaan beberapa kali . Sama-sama perhatikan ayat-ayat di bawah dan tafsir ringkas yang dibuat oleh saya secara peribadi .

Inikah dia yang kuimpikan
Dalam lambaian firdausi
Kali ini kuharapkan
Bukan Fatamorgana lagi

Daripada ayat ini dapat saya tafsirkan , pasangan tersebut mengambil keputusan untuk berbaik semula selepas beberapa kali meraka bersengketa dan si suami berharap si isteri betul-betul mempecayai kesetian dan cintanya dan berharap mereka saling mempercayai antara satu sama lain selamanya tanpa persengketaan lagi selepas timbul perasaan insaf( lambaian firdausi bermaksud keinsafan atau sesuatu peristiwa atau keputusan yang baik)


Jiwa lama bersengketa
Sedang hakikatnya kita sama-sama redha

Ayat ini bermaksud saling tidak mempercayai antara mereka berdua membuat mereka bersengketa walaupun meraka berdua mengetahui diatara kedua-dua mereka masing-masing mempunyai kelemahan diri .

Hati hamba dah besedia
Perjalanan ini tinggal tujuh nafas lagi


Dalam ayat ini bermaksud si suami sudah bersedia menjadi suami yang terbaik dan cuba menjauhi segala ketidak percayaan si isteri kerana dia tahu hidup ini tidak lama hanya tinggal tujuh nafas lagi . Ayat tujuh nafas lagi susah saya hendak tafsirkan . Mungkin tujuh nafas itu bermaksud fasa-fasa dalam kehidupan. Setiap nafas mewakili setiap fasa.

Note: Plzz email saya kalau sesiapa dapat mentafsir ayat tujuh nafas lagi .

Sepertimu ,aku juga pernah
Persoalkan kekuatan batinku


Ayat di atas bermaksud si suami pernah curiga dengan kasih sayang yang di terima olehnya dan di dalam hati sering mengatakan kasih sayang yang diterima hanyalah kepuraan cuma . Dalam masa yang sama si isteri juga merasa kepuraan cinta dan kasih sayang si suami.


Dalam seribu kekalutan ku cinta
Dalam sejuta resah ku cinta
Dalam mimpi ngeri aku lihat cinta

Walaupun dalam apa jua keadaan diatara meraka , si suami sangat menyintai si isteri dan cintanya mengatasi segalanya .

Dalam rasa paling rendah
Ku angkat cinta

Rasa paling rendah di sini bermaksud rasa benci dan tidak suka namun begitu perasaan kasih sayang dan cintanya mengatasi segala perasaan benci tersebut .

Rinduku bukan kemurahan
Jika mahu dianggapkan mainan

Si suami cuba mempertahankan kebenaran rasa rindunya dan bukan hanya cakap-cakap bohong semata . Dan bukanya hanya manis di mulut cuma .

Kau Tanya bilangan namamu ku sebut
Jawabnya hanya sekali
Lafaz tak terputus

Si suami menyatakan pada isterinya bahawa ingatan pada isterinya , setiap masa dan rasa rindunya masih segar seperti pada pertama kali luahan rasa rindu saat awal percintaan mereka. Ini dapat dapat difahami dalam ayat ‘ Jawabnya hanya sekali (Lafaz rindu pertama yang diucapkan ) Lafaz tak terputus ( Rasa yang rindu pertama dilafazkan itu tidak ada beza sehinggalah ke saat ini )


Cinta ku yang ku maksudkan
Seperti buih-buih di milik lautan
Seperti nafas yang meresapi badan
Seperti kenangan yang tak pernah luput
Selamanya…….

Begitu juga rasa cintanya . Sangat hebat dan cuba memberi gambaran hebat cintanya dengan perumpaan

Seperti buih-buih di milik lautan
Seperti nafas yang meresapi badan
Seperti kenangan yang tak pernah luput
Selamanya…….


Note: Ini hanyalah tafsiran saya secara peribadi dan apa yang saya fahami . Makna sebenar yang ingin dimaksudkan hanya penulis (M.Nasir ) sahaja yang mengetahui . Apapun saya kagum dengan sifu M.Nasir kerana berjaya menghasilkan lirik sehebat ini dengan ayat yang begitu tersusun dan perumpaan yang jelas.
Wallah wa’alam

Awas dapatkan cd yang original untuk mendengar lagu ini dalam album terbaru M.nasir “ Sang Pencinta “

By : Pengembara Lara




9 comments:

"Kau Tanya bilangan namamu ku sebut
Jawabnya hanya sekali
Lafaz tak terputus"

part yg tuh, pendapat saya mase lelaki tuh bernikah dengan prmpuan sebab "hanya sekali
Lafaz tak terputus".. suami akan sebut nama penuh isteri dengan sekali lafaz jer kan mase nikah? kirenye, cinta die terhadap gal tuh smpai ke arah perkahwinan, serius la kan wlupun dia tak sebut name gal tuh selalu.. tuh opinion saya jer, btw, i love this song..

Assalamualaikum.
Bismillahirahmanirrahim.
Sy search lirik lagu ni, terjumpa blog anda. Cukup tertarik dgn tafsiran yg anda kemukakan, memang hebat sifu M.Nasir menyusun lirik lagu ini sehingga ada org lain yg dapat membuat tafsiran yg berlainan dlm kondisi yg hampir sama...kerana pendapat sy lagu TUJUH NAFAS LAGI ni sifu M.Nasir lebih menjurus ke arah ketuhanan seperti jangkaan anda pd peringkat awal.

Tiada kena mengena dengan hubungan cinta pasangan kekasih antara manusia sesama manusia. Kisah cinta yg diluahkan ialah antara cinta hamba kpd penciptanya. Sy setuju dengan andaian anda untuk maksud 'TUJUH NAFAS LAGI' kepada tujuh fasa kehidupan kerana byk benda hidup yg Allah ciptakan mempunyai tujuh fasa atau tujuh jenis seperti proses penciptaan manusia mengalami tujuh peringkat/fasa dan juga langit serta bumi juga Allah ciptakan sebanyak tujuh lapis/tingkat.

Malah ada byk lagi penciptaan ALLAH yg boleh dikaitkan dengan TUJUH. Dan lagu ini ada persamaan atau kaitan dengan lagu BONDA yg mana pada pemerhatian sy lagu tersebut langsung tiada menyentuh tentang IBU yg datangnya dari kalangan wanita. Harap maaf sekiranya mengganggu anda.Alhamdulillah.

Salam..mungkin ini pandangan peribabi saya terhadap keagungan cinta yang ingin disampaikan.

saya tertarik dengan citra yg disampaikan oleh saudara mnasir kita

pada pandangan peribadi saya..bait2 lirik ini menceritakan tentang perjalanan spiritual berjumpa tuhan..

tujuh nafas lagi melambangkan nyawa seseorang hamba yang hanya tinggal tujuh nafas lagi..sepertimana yang diceritakan saat2 menemui kematian..malaikat jibrail melebarkan sayap2..jika sayap kanan digambarkan bayangan syurga..sama seperti bait pertama yang menggambarkan apa yang diharapkan selama mana hidup seseorang hamba itu..

Jiwa lama melambangkan asal seseorang hamba dalam puisi indah ini di mana jiwanya dipengaruhi nafsu sedangkan pada asasnya kita hidup adalah kerana redha tuhan..kita mati kerana redha tuhan..kita diberi nikmat kerana redha tuhan..sejahat2 mana hambanya tuhan masih lagi meletakkan sifat pengasih dan penyayang kepada hambanya..

Dalam rangkap seterusnya merupakan konflik antara ruh dan jasad...dimana ruh telah dijadikan dahulu di alam "luh mahfuz" di mana ketika ini ruh telah mengakui keesaan tuhan..di mana apabila ditiup ke dalam jasad..penuh dengan godaan nafsu dan syaitan..bg saya inilah maksud tersirat pada kebatinan tersebut..dan setiap manusia...cinta yang paling agung adalah perasaan cinta hamba kepada tuhannya..cinta untuk melihat tuhannya..dalam setiap perbuatan hambanya tersirat rasa rendah diri yang amat sangat kepada tuhannya

Pada rangkap seterusnya..rindu kepada tuhan setelah seseorang hamba itu mengerti ketauhidan yang sebenar benarnya..hakikat tuhan itu sendiri yang menjadikan seseorang hamba itu rindu kepada tuhannya..jawabnya hanya sekali kerana tuhanya yang esa...dengan lafaz yang tidak putus kerana setiap lafaz diikuti dengan setiap nafas..

cinta2 bg tuhan dapat dizahirkan bg sesetengah mahkluk dengan keaadaan yang amat subjektif..bagi melambangkan infiniti...buih2,nafas dan kenangan ruh ke atas cinta terhadap tuhannya..

wallahu'alam

p/s maaf..pandangan peribadi..saya sentiasa bersedia berkongsi idea/pandangan rakan2...sorry for post panjang tanpa bold dan italic..sesungguhnya masa mencemburui saya.

Lagu ini hakikatnya nampak seperti cinta pasangan, namun jika dibaca berulangkali, lagu ini mengisahkan tentang Hajar, isteri Nabi Ibrahim A.S...cubalah direnungi kisah Hajar dan Siti Sarah...

http://www.facebook.com/profile.php?ref=profile&id=597199271

ASSALAMUALAIKUM,

Hati hamba dah besedia
Perjalanan ini tinggal tujuh nafas lagi

hamba tu bahasa kt ngan sapa?
renung2kanlah...
tujuh nafas...yang ada kat kita ni tujuh benda nak menyata.....tu la kerja insan...

maaf la klu tersilap kata,buka Al Quran,Surah 14,ayat 3.paham betul2...
Tafsir ikut dunia dapat takat dunia tu ja la...
Tafsir ikut islam SEBENAR,ORG LA NI ISLAM SEBAB KETURUNAN,dapat la apa yg dia nak sampaikan.

ASSALAMUALAIKUM,

Hati hamba dah besedia
Perjalanan ini tinggal tujuh nafas lagi

hamba tu bahasa kt ngan sapa?
renung2kanlah...
tujuh nafas...yang ada kat kita ni tujuh benda nak menyata.....tu la kerja insan...

maaf la klu tersilap kata,buka Al Quran,Surah 14,ayat 3.paham betul2...
Tafsir ikut dunia dapat takat dunia tu ja la...
Tafsir ikut islam SEBENAR,ORG LA NI ISLAM SEBAB KETURUNAN,dapat la apa yg dia nak sampaikan.

saya sebenarnya nak tergelak membaca tafsiran penulis sebenarnya..
nampaknya penulis masih tidak kenal lagi akan m.nasir..
m.nasir ni berisi..
seperti p.ramlee..
dia cuba sampaikan yg tersirat pada yg tersirat..
m.nasir menyanyikan lagu p.ramlee getaran jiwa pun sebab m.nasir paham akan apa yg mahu disampaikan p.ramlee..
mari kita berkongsi tafsir sebenar getaran jiwa..
http://www.youtube.com/watch?v=CXVIM2U6NFI
m.nasir cuba memberi tahu apa itu ilmu makrifat.. :)

salam..pada pendapat saya agu ini berkenaan seorang hamba yang sedang menuju kematin...bagi seorang hamba yang sejati,..kematian adalah kegembiraan bagi nya kerana akan bertemu dengan al-Haq....cinta sejati...begitulah kata HAMKA.,..cube kite lihat dalam lirik ini.,

Dalam seribu kekalutan ku cinta
Dalam sejuta resah ku cinta
Dalam mimpi ngeri aku lihat cinta

maksudnya...dalam kekalutan ajal..,insan ini tersenyum kegembiraan nampak akan cinta yang berputik.....

Sekalai lafaz tak terputus bagi saya adlah seorang hamba yang sejati sedetik pun tidak lupa akan penciptanya,...makan, tidur, mati adalahj kerana Dia....Wallahu'alam

Salam

Saya merasa kesal kerana ada beberapa komen yg memperlekehkan tafsiran yg dibuat oleh saudara.Saya yakin yang saudara juga turut faham akan makna sebenar lirik lagu ini,iaitu ketuhanan.Namun saudara cuba membawa kepada persepketif yg lain iaitu kasih sayang/cinta antara dua insan anugerah terindah Allah SWT kepada makhluknya.

Janganlah kita merasa bahagia dengan memperlekehkan org lain.Islam itu penuh dengan keindahan.Islam itu juga tidak sempit dan semestinya tidak mengajar penganutnya bersikap sinis sesama islam dan saudaranya.

Terima Kasih.