• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Heading 1 Here:Enter the heading 1 description here.Go to blogger edit html,find these words and replace it with your own description ...
  • Heading 2 Here:Enter the heading 2 description here.Go to blogger edit html,find these words and replace it with your own description ...
  • Heading 3 Here:Enter the heading 3 description here.Go to blogger edit html,find these words and replace it with your own description ...
  • Heading 4 Here:Enter the heading 4 description here.Go to blogger edit html,find these words and replace it with your own description ...
  • Heading 5 Here:Enter the heading 5 description here.Go to blogger edit html,find these words and replace it with your own description ...
  • SLIDE-1-TITLE-HERE

    Welcome to Blogger.Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these text/sentences with your own descriptions.This theme is convert to Blogger by Premiumbloggertemplates.com.Download this template and more Premium Blogger Templates From PremiumBloggerTemplates.com...

  • SLIDE-2-TITLE-HERE

    Welcome to Blogger.Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these text/sentences with your own descriptions.This theme is convert to Blogger by Premiumbloggertemplates.com.Download this template and more Premium Blogger Templates From PremiumBloggerTemplates.com...

  • SLIDE-3-TITLE-HERE

    Welcome to Blogger.Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these text/sentences with your own descriptions.This theme is convert to Blogger by Premiumbloggertemplates.com.Download this template and more Premium Blogger Templates From PremiumBloggerTemplates.com...

  • SLIDE-4-TITLE-HERE

    Welcome to Blogger.Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these text/sentences with your own descriptions.This theme is convert to Blogger by Premiumbloggertemplates.com.Download this template and more Premium Blogger Templates From PremiumBloggerTemplates.com...

Saturday, May 28, 2005

SESAT DI JALAN...

Posted by Pengembara Lara On 2:24 AM

NOTA YANG LEPAS

Ku baca semula nota-nota kenangan lepas..
catatan kenangan ...
masih belum ,pudar pada kertas
ingatan ini,,
masih jelas tulisan kepahitan,,
belum terpadam lagi tulisan
kemanisan,,

Tika itu
aku terlalu asyik menulis
jalan-jalan kehidupan yang manis
aku tulis dengan sulaman ayat
bermadah dan tersusun
Selalu bernokhtankan
keriangan ,,,

Pena tetap setia dengan dakwatnya
aku terus menulis dan menulis..
Ada masa aku baca semula tulisan
itu,,
Begitu tersusun ayatnya,,
Begitu indah bahasanya,,
Noktahnya keriangan
aku tambahkan lagi,,,

Tapi aku terlupa,,
terlupa membaca nota kenangan sebelahku
yang selalu berganti dengan nokthtah dan koma
kedukaan ...
aku lupa untuk meminjam..
untukku tulis semula notaku ,
mencari tanda baca yang tersilap

Ku baca sekali lagi nota itu,,
rupanya ,,banyak ,kesilapan ejaan kata
tersilap madah bahasa,,
Kini aku hanya mampu menyimpan nota itu,,
tanpa mampu memadam dakwat waktu
hanya mampu membaca,,
dan menulis ayat-ayat baru
untuk helaian baruku tercipta

Aku mungkin sama dengan manusia lain. Selalu lupa dengan anugerah Tuhan kepada aku .Jarang bersyukur. Aku tulis sajak ini untukaku tegur diri aku sendiri , Jangn Lupa bersyukur dengan apa yang dianugerahi oleh Allah SWT kepada kita dan selalulah bermuhasabah diri .


DI PENTAS INI

Di pentas ini..
Kita menari dan berlari
mencari dan berdiri selayaknya,,

Di pentas ini pelbagai
irama dan lagu kedengaran,,
Kita masih mampu menari walaupun
lengkok berbeza

Di pentas ini,.
Tetiba..
Kita terpkasa berhenti menari,
mencari dan berdiri,,,
Tirai labuh menutup pentas
terpisah ghaib dan nyata,,,
Sekali lagi irama dan lagu kedengaran
kita terpaksa menari berlari dan berdiri selayaknya,,
tapi tidak untuk mencari lagi,,

Dedikasi untuk diri aku yang selalu lupakan Tuhan dan jarang mengingati mati.
Aku mesti ingat .. pada suatu masa.. kita terpaks amenari dan berdiri selayaknya tapi tidak untuk mencari lagi (tak faham ker rangkap ni ,,, ala senang ajer .. nanti kita mati esok kita tak boleh tambah pahala lagi.. berdirilah dengan selayaknya dengan pahala yang kita ada…wassalam .. gua belah dulu.. salam ceria

BERITA UNTUK KAWAN

Posted by Pengembara Lara On 12:23 AM

BERITA UNTUK KAWAN

“ Perjalanan ini terasa sangat mengerikan,
Sayangnya engkau tak disamping ku kawan ..
Banyak cerita semestinya kau saksikan..
Di tanah kering bebatuan ..”

Assalamulaikum .. dan salam ceria ..pernah dengar tak lagu ni ..tajuk lagu ni ‘Berita untuk kawan “ lagu ni dinyanyikan oleh penyanyi Indonesia yang tersohor .Namanya Ebiet G.ADE .. Kalau sesiapa peminat lagu puisi ramai yang kenal dengan Ebiet .. Brother Ebiet ni memang hebat buat puisi dan menyanyikan lagunya ..Kalu nak tahu Ebiet ni ader parangai best sket. Dia nyanyi lagu tak pernah berdiri mesti duduk atas kerusi sambil petik gitar .. Memang ader kelaslah …Aku pernah nyanyi lagu Ebiet masa aku buat persembahan semasa di tingkatan 5 . Ramai member aku tanya lagu apa aku nyanyi , maklumlah lagu puisi mana ada student form 5 dengar .Greenday , Nirwana, Gun dan Bunga ros tahu lah . No hallah minat masing-masing. Lagu ni mengisahkan seorang kawan yang mengkhabarkan berita melalui surat penglaman yang dilaluinya . Lagu ni memang popular kat Indonesia dan Malaysia.

Bila aku dengar lagu ni teringat kat member-member lama aku . Sekarang ni masing-masing dengan cerita masing-masing . Ada yang dah bekerja , ada yang belajar lagi macam aku, ada yang bertunang dan ada yang dah berkahwin . Dapat anak lagi .Alhamdulillah moga jadi papa dan mama mithali . Aku fikir balik.. zaman berkawan secara ‘ramai-ramai’ paling best ialah masa zaman sekolah dan zaman universiti ajer. Lepas tu saja memang sibuk dengan urusan masing-masing. Hilang semua khabar berita. Paling best dua tiga tahun tak jumpa dan bertanya khabar .. teus dapat khabar member kita ni dah kawin . Emm cepat sungguh masa berlalu . Kesibukkan membuat masa semakin tidak terasa berlalu . Sibuk bertempat tak salah , jangan jadi penyibuk cukup dik oii . Nanti orang tak suka .Lama-lama orang tak suka..
Tiga minggu lepas kau baru jumpa member lama . Kira baik jugalah masa di zaman persekolahan . Macam aku cerita kat ataslah . Member aku dah berkawin . Umur sebaya dengan aku lagi . Jadi askar sekarang .Terkejut juga aku dengar berita dia dah kawin .tapi aku buat selamber ajer kira tak buat reaksi terkejutlah .’Selamat pengantin baru ‘Sorilah lambat wish , lagipun aku tak tahu nombor henset ko “ lebih kurang cam tu lah aku cakap .Aku pun ambil no henset nya . Semenjak hari tu aku mula bertanya khabar kalau ada kesempatan dan kerdit telefon lebih ……Kawan…. kawan macam tu lah kehidupan..ada kawan lama. Ada kawan baru ..ada kawan hilang ..

Apa moralnya ..simple ajer .. ada masa hantarlah khabar berita kat kekawan kita yag jauh di mata. Teknologi sekarang dah canggih SMS boleh guna .email boleh guna , telefon boleh guna . Gunalah kemudahan tersebut untuk terus berkongsi pendapat ,tentang kehidupan ini . Tak rugi punya.. lagi banyak kita berkongsi tentang kehidupan ni.. lagi arif serta bijak sana kita dalam menempuhi kehidupan kita . Setuju tak ? …HARGAILAH KAWAN ANDA…
‘ Kebahagian lahir dari kehidupan bebas dari syak wasangka “okessss sahabat moga hepi sokmo (selalu )…Salam ceria sekali lagi …

SEMOGA BAHAGIA KE ANAK CUCU…atau Ke akhir hayat..

Salam ceria dan salam manis .kali ni aku nak share satu citer yang agak best juga. Berlaku kat kampung aku .Menarik pun ada , pelik pun ada tak logic pun ada tentang cerita ni .Satu kampung aku heboh dan tahu citer ni . Apa yang pelik , menarik dan tak logic tu ?? Emm begini ,, ada satu couple kat kampung aku ,,ni couple sah punya . Senang citer suami isteri “bercerai “. Kalu muda okeylah benda biasa tak pelik orang dengar dan tak terkejut . Yang peliknyer daha ada cucu pun boleh bercerai ‘TALAK 3”..
Mungkin bagi yang bekerja kat mahkamah syariah tak pelik kot cerita ni , maklumlah kes kat mahkamah syariat tu banyak jugak yang pelik . Memang jodoh di tangan Tuhan .
Ada member aku dia cerita kat aku . Roomate dia couple (NI COUPLE TAK SAH ) 7 tahun bercouple dari tigkatan 4 lastly clash. Mula-mula aku dengar terkejut juga tapi bila aku ingat cerita kat kampung aku lagi hebat tak jadi aku nak berkejut . Baru couple tak ada anak lagi , cucu jauh sekali . Orang kampung aku lagi hebat dah beranak dan bercucu clash selamber ajer . “ Selagi ada rezeki kita takkan akan mati kelaparan , selagi ader jodoh… Norjuma ngan Datuk Nazim bertemu juga akhirnya . Semoga mereka berdua bahagia hingga ke akhir hayat bukan hanya setakat dapat cucu lepas tu bercerai .. Kalau nak wish kat member yang baru kawin baik ubah ayat .. tukar hingga bahagia ke anak cucu kepada hingga akhir hayat .
Pada kawan aku yang baru nak kawin atau rancang nak berkawin baik ambil iktibar dari lagu koprtasa ni….

“ kerana kau isteriku ,
ku ingin kau mengerti
bahawa hidup ni ,
tak semudah yang kita janjikan ,,
yang kita janjikan
kerana kau isteriku …”
Kepada yang baru nak mencari dan mengusya… carilah yang mencintai kita dan memahami ,,

Kalau tak jumpa yang menyintai ..yang memahami pun memadai ..faham tak ,,??
Jom kita renung sesamer kata hikmah ni untuk jadi pedoman buat semua
“Cinta orang perempuan separuh mati , bila benci tak dapat di ubati , cemburu orang lelaki tak nampak , bila cemburu berapi boleh bawa mati “.. salam ceria ..nice day

Friday, May 27, 2005

Sembilu Rindu--Sajak pendek

Posted by Pengembara Lara On 1:14 AM

SEMBILU RINDU
Sembilu rindu

Sembilu rindu mengiris bila berjauhan,
melukai tika berpisah..

Ni sajak pendek aku buat . Ilham datang bila tengok citer Sembilu .Ala citer Yusuf Haslam setiap malam Selasa tu .Aku tak minat sangat , tapi mak aku minat . Aku layan ajer lah . Kekadang best jugak tengok citer yang kita tak suka , sambil tengok sambil jadi pengkritik . Tetiba pula rasa nak buat sajak .Maka terciptalah sebuah sajak pendek dan ringkas .. ‘Sembilu Rindu”. Kalau sesiapa yang pandai buat sajak tu sudi-sudilah sambung sajak aku tu . okesss salam puisi ..

Thursday, May 26, 2005

MACAM ORANG-ORANG -SAJAK

Posted by Pengembara Lara On 12:19 AM

MACAM ORANG-ORANG

Macam orang-orang
ada mata pejam ada kaki kaku
ada telinga pekak
tapi bukan orang-orang

macam orang-orang
Di marah diam
Di pukul diam
Di Sepak diam
Di bogel senyum
tapi bukan orang-orang

macam orang-orang
tapi bukan orang-orang
matanya berkelip
kakinya tidak kaku
tangannya gagah menghayung
telinganya tajam mendengar
macam orang-orang
tapi orang..
cuma macam orang-orang,,

wahai orang, orang
jangan jadi macam orang-orang
jadilah orang

Macam orang-orang . Sajak ni aku tulis hampir 2 tahun aku lupa pulak bila tarikh sebenar aku tulis sajak ni .Ada jugak member aku yang gelak bila aku baca sajak ni . Memang sajak ni nampak biasa sahaja , tapi kalau direnung sikit mungkin terasa kotttt . Sajak ini aku tulis sebab aku tak puas hati . Tak payah lah aku cerita kat saper dan sebab aper . Cuma aku ingin pesan kepada yang sudi memahami sajak aku ini . JANGAN JADI MACAM ORANG “ bodoh tak tahu apa benda …Jadilah orang yang ada semangat juang untuk menentang kebatilan ..

Catatan aku --central market

Posted by Pengembara Lara On 12:13 AM

CINTA BUTA.. ORANG BUTA

GADIS“Cinta itu buta “ orang putih kata pulak “The love is blind “ .Kalu bahasa lain tak tahu pulak nak translate macam mana , setakat orang putih boleh lagi . Sebut ajer pasal cinta semua menarik . Kalau dalam diri seseorang tidak ader perasaan cinta , orang itu boleh tergolong dalam kategori hati batu atau kayu .Daripada budak kecil hinggalah orang dewasa tahu mendefinasi cinta mengikut fahaman masing-masing . Kali ni aku nak share satu cerita biasa ajer . Mungkin ada pengajaran yang boleh di ambil . Kalau hari minggu, aku tak ader program yang best,, aku suka lepak kat central market . Orang KL atau Selangor confirm tahu Central Markrt (CM) atau di alihbahasa dalam bahasa Melayu . Pasar Seni . Tapi nama CM lagi popular . Mungkin senang disebut . Berbalik kepada cerita asal kita . CM ni memang tempat best lepak , setiap hari ader sahaja pemuzik jalanan yang bermain gitar sambil menyanyi . Memang best dia orang nyanyi . Macam-macam lagu ader . Sambil dengar geng pemuzik jalanan menyanyi ni aku suka tengok orang lalu lalang . Macam-macam jenis juga ader orang lalu lalang . Suatu hari aku menark tengok pasangan buta , maksud aku suami dan isteri buta lalu di kawasan tu , 2 orang anak memimpin mereka . Memang nampak menarik kerana kedua-dua mereka buta dan mereka ada anak lagi . Memang cinta itu buta , Terlintas di hati aku . Orang buta pun ader jodoh walapun ditakdirkan dengan buta . Sama-sama tak nampak pasangan masing-masing. Memang betul-betul suka ni, tampan , cantik, kacak ataupun cute tidak dipandang sama sekali (maklumlah buta). Kita yang tak buta ni janganlah bersedih kalau tak ader awek atau pakwe lagi .. he he . Sabarlah , orang buta lagikan ader jodoh , kita yang tak buta ni mesti peluang untuk mendapat jodoh lebih luas lagi. Doa kat Allah SWT bebanyak . Mungkin kita lupa nak berdoa kat Allah SWT . Orang buta mungkin lebih doa daripda kita untuk dikurniakan jodoh dan cahaya mata..Begitulah ceritanya…

GILA YANG TAK BUTA ..

Cerita ini pun berlaku di Central Market . Aku tengok pun sedih peristiwa ni .Masa aku lepak kat CM sambil mendengar lagu yang dinyanyikan oleh pemuzik jalanan, tetiba dengar seorang gadis menangis teresak-esak . Siap keluar air mata lagi .Memang sadis lah tengok,,, tapi bak kata orang “Berat mata memandang berat lagi bahu memikul” Kenapa gadis tu menangis … Jawapannya: Dia nangis sebab dengar lagu yag dinyanyikan oleh pemuzik jalananan yang menyanyikan lagu Ali Cat “Andainya aku pergi dulu sebelum mu …”lagu tu lah . Memang nampak betul sadis , sambil dia nangis dia keluarkan gambar dalam dompetnya . Mungkin gambar pakwe dia sebab lagu Ali Cat tu kisah pak we mati meninggalkan kekasih .Aku agaklah … Aku cuba tanya orang sebelah kau apa citer gadis tu . Orang tu cakap dia ni memang dah lama gila megikut kata orang… pak we dia meningal dunia . Memang kasihan sangat aku tengok gadis tu , muka nampak macam gadis baik ajer tapi sayang dah gila . Orang sebelah aku cakap jangan risau dia tak kacau orang dia gila setakat dia sajer .. Begitulah ceritanya sebab cinta orang boleh jadi gila, bukan main-main . Walaupun cinta itu buta tapi sebab cinta jugak boleh buat orang tak buta jadi buta . Tak percaya ?pernah tengok citer “Ibu mertuaku tak ?Kasim selamat yang ensem jadi buta sebab menangisi kematian isteri tercinta ..begitulah kisahnya …

KAMPUNGKU ..JIWAKU..

“Majulah kampungku , Malaysia oh tanah airku , walau jauh walau beribu batu hanyalah engkau kampungku “
Ingat tak lirik ni , suatu masa dahulu memang acap disiarkan di tv satu dan dua. Kampung … “Ada apa dengan kampung “. Kalau sebut ajer pasal kampung selalunya kita terbayang sawah padi , permandangan hijau. Suasana angin yang nyaman , kicauan burung dan lain-lain lagi . Kalu nak tulis semua memang panjang . Masa aku tulis blog ni aku memang terkenangkan kampung halamanku . Kalau ikut logiknya kat kampung aku tak ada apa sangat yang istimewa kalau nak dibandintgan dengan Kuala Lumpur yang serba serbi ada . Banguna KLCC. Menara Kuala Lumpur . bangunan tabung haji J dan banyak benda yang boleh disebut untuk menunjukkan kehebatannya .Mesti bangga punya kalau dapat pergi Kuala Lumpur. Teringat pulak semasa aku darjah dua . Ada member aku dia baru balik dari Kuala Lumpur. Bukan main hebat lagi dia bercerita di kelas . Aku pun tidak ketinggalan mendengar dengan khusuk dan tawadduk . Diceritanya banyak bangunan tinggi . ada zoo (kebetulan dia pergi zoo). Maklumlah time tu aku pun tak pernah sampai lagipun zaman tu zaman budak-budak ..teringat lagu M.nasir

“Sesat di Kuala Lumpur”
“Dosa Pahala bercampur”
“Tapi kita mesti hidup”


Namun keadaan semuanya banyak berubah. Sepanjang aku duk kat sini memang menunggu sangat hari cuti panjang untuk balik kampung. Masa aku duduk kat hostel ( masa matrikulasi ) warden blok tu tanya apasal awak suka sangat balik kampung , ada apa kat kampung awak tu ?Boleh dia tanya macam tu .Aku tahulah dia orang Kampung Baru .
‘Ada jiwa saya ‘ bukan main puitis lagi jawapan aku bagi. Memang banyak yang menarik kat kampung aku . Paling penting kampung tu tempat aku dibesarkan. Zaman kanak-kanak aku hinggalah aku tinggkatan 5 .NOSTALGIA , KENANGAN.. itu mungkin menjadi satu factor yang penting. Selalunya kalau aku balik kampung aku .. terkenang kembali tempat aku bermain “menusut” (sembunyi-sembunyi) tempat bermain polis sentry dan tempat aku berkejaran bersama rakan seperjuangan didalam hujan mahupun panas . Walaupun ada kenangan pahit semasa membesar seperti jatuh basikal, jatuh pokok dan sebagainya , semuanya menjadi kenangan manis bila aku memikirkan dan mengenangkan semula …sebenarnya tidak cukup lagi aku ceritakan tentang kampung dan aku ..
Teringat aku rangkap dalam lagu M.Nasir ‘ Gugur daun di telapak tangan terpijak ranting di jalanan aku rindu ooohh kampungku “ Terima kasih kerana sudi berkongsi rasa dengan aku . Semoga kerinduanku padamu terubat . Kampungku