Jagung ,Kacang ..Kera dan Anjing…Babi kadang-kadang
Kalau di kampung saya kebanyakkan penduduk kampung saya, pendapatan mereka ialah menanan jagung . Teringat saya satu pesanan “ kalu malah ngaji , balik duk ghumah tane jagung “ .Maksudnnya: Kalau malas belajar baik tanam jagung. Menanam jagung tidak semudah yang disangka. Perlu kerajinan. Kalau belajar pun malas ini
Kera…
Kera merupakan salah satu risiko yang akan dihadapi oleh penanan jagung. Kera biasanya datang secara berkumpulan. Semestinya dia akan makan dengan lahap jagung-jagung yang baru hendak boleh dituai dengan selamba sahaja. Kekadang akan merosakkan pokok jagung. Bayangkan kekadang separuh daripada hasil jagung dirosakkan oleh kera dan kawan-kawannya yang juga kera. Sebab itu kalau orang mulut celupar sikit suka mengatakan “jahat macam kera”.
Tangkap Kera .. Cat Warna Putih Baru Handsome Kera
Caranya begini, tangkap seekor kera dengan apa jua cara sekali pun. Selepas ditangkap jangan dibunuh kera tersebut, kalau dibunuh dikhuatiri kera tersebut akan mengamuk. Mudah sahaja caranya, selepas ditangkap cat kera tersebut dengan warna kegemaran anda seperti merah atau kuning. Selepas itu lepaskan kera tersebut supaya ia berjumapa dengan geng-gengnya. Menurut pencerita, apabila kera yang sudah dicat itu kembali pada rakan-rakanya tentu akan merasa malu dan rakan-rakan kera yang lain akan serik dan lari. Dari kawasan tersebut. Kaedah ini memang praktikal dan menjimatkan bagi saya.
Anak Kera Menangis Melihat Ibunya Mati Ditembak
Pernah diceritakan juga. Kerana tidak tahan sangat dengan perangai kera yang sudah melebihi batas. Tuan penanam jagung mengambil jalan mudah dengan menembak kera tersebut.
Anjing…Makan jagung ?
Anjing sesiapa pun tahu bukan jenis binatang yang makan jagung. Memandangkan banyak sangat risiko untuk menanam jagung terutama binatang perosak seperti ,kera, babi dan juga burung ini sesetengah penanam jagung membela anjing untuk menjaga jagung mereka. Saya ingat kalau kat kampung saya orang pertama membela anjing untuk menjaga tananam jagung ialah Tok Penghulu Mamat ( Tok Pengulu Pas Kawasan Mukim Bagan , Che Mat Tok Penghulu Umno atau BN mukim Bagan ). Ramai juga yang mengata kat dia sebab membela anjing .Macam-macam orang kata kat dia sampai saya pernah dengar orang panggil dia Tok Penghulu Anjing ..kasar juga bunyinya. Anjing binatang najis, anjing haram dan bela anjing lagi haram, bela anjing nanti susah rezeki dan macam-macam lagi saya dengar orang mengata pada Tok Penghulu Mamat. Tetapi dipendekkan cerita idea Tok Penghulu Mamat membela anjing unuk menjaga tanaman jagung dan mengahalau kera dan binatang perosak semakin diterima oleh penduduk kampung . Semasa saya balik hari itu sudah ramai penanam jagung membela anjing untuk menjaga kebun jagung mereka.. Begitulah cerita dari kampung saya
4 comments:
Mate,
masa dulu2 kan aku pernah terlanggar kera ketika sedang memandu..kesian kera tu..tp silap kera tu melntas tanpa menoleh kiri dan kanan..kera tu terjah je..salah ke mate? wakakaka
emm kera tu salah hehe
sian kera tu....:(
siann dia mencari ibunya..hohoh
jntan ke?heheheh
adakah aku telah jadi pembunuh? arggg!!
Post a Comment