• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Heading 1 Here:Enter the heading 1 description here.Go to blogger edit html,find these words and replace it with your own description ...
  • Heading 2 Here:Enter the heading 2 description here.Go to blogger edit html,find these words and replace it with your own description ...
  • Heading 3 Here:Enter the heading 3 description here.Go to blogger edit html,find these words and replace it with your own description ...
  • Heading 4 Here:Enter the heading 4 description here.Go to blogger edit html,find these words and replace it with your own description ...
  • Heading 5 Here:Enter the heading 5 description here.Go to blogger edit html,find these words and replace it with your own description ...
  • SLIDE-1-TITLE-HERE

    Welcome to Blogger.Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these text/sentences with your own descriptions.This theme is convert to Blogger by Premiumbloggertemplates.com.Download this template and more Premium Blogger Templates From PremiumBloggerTemplates.com...

  • SLIDE-2-TITLE-HERE

    Welcome to Blogger.Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these text/sentences with your own descriptions.This theme is convert to Blogger by Premiumbloggertemplates.com.Download this template and more Premium Blogger Templates From PremiumBloggerTemplates.com...

  • SLIDE-3-TITLE-HERE

    Welcome to Blogger.Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these text/sentences with your own descriptions.This theme is convert to Blogger by Premiumbloggertemplates.com.Download this template and more Premium Blogger Templates From PremiumBloggerTemplates.com...

  • SLIDE-4-TITLE-HERE

    Welcome to Blogger.Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these text/sentences with your own descriptions.This theme is convert to Blogger by Premiumbloggertemplates.com.Download this template and more Premium Blogger Templates From PremiumBloggerTemplates.com...

Tuesday, December 01, 2009

Selamat Berkhatan atau Bersunat...potong jangan tak potong

Posted by Pengembara Lara On 4:17 PM

Selamat bersunat atau berkhatan

Musim cuti sekolah ,selain bercuti murid-murid yang rasa dah agak besar tidak melepaskan peluang untuk berkhatan. Jangan salah eja berkhatam tu lain berkhatan tu lah yang potong . Zaman tok mudim sekarang rasa dah tak ada. Tapi sempat juga mendengar cerita dari abang-abangku yang menggunakan khidmat tok mudim Dengar cerita tok mudim menggunakan batang pisang Tidak terbayang pula apa kegunaan batang pisang sebenarnya. Agak sakit juga upacara tersebut maklumlah tidak menggunakan ubat penahan sakit hanya menggunakan jampi mentera . Dasyat, dasyat… Tapi dengar cerita juga pada zaman dahulu cepat sembuh dan potongan yang dibuat cantik dan berseni. Kurang periksa pula macam mana seni tu. Tak pernah tengok pula bukti-bukti yang ada.
Ada juga upacara berkhatan dibuat secara beramai-ramai. Siap bantuan bomba memandikan calon-calon yang akan dipotong. Kebiasaan tok penghulu yang akan mengetuai upacara memandi tersebut atau pun adun kawasan. Gembira dalam takut calon –calon tersebut selepas dimandikan. Ala budak-budak seronok dapat main air.
Pelbagai promosi dibuat oleh doctor untuk upacara potongan tersebut. Pakej seorang dan pakej beramai-ramai lain harganya. Kalau ramai-ramai calon akan kurang sedikit rasa ketakutan. Sebenarnya tak ada lah sakit sangat pun potongan tersebut. Dalam 15 minit atau 20 minit siap. Mudah dan cepat. Dalam tempoh seminggu dah boleh naik basikal pusing kampung. Bagi doktor kacang je setakat potong sikit . Doktor belajar selama 7 tahun segenap bahagian manusia dia pernah tengok dan potong semasa latihan dulu ini kan hanya sedikit . Tak mencabar tetapi perlu dibuat dengan cermat dan hati-hati. Maklum lah bahagian penting dan penentu zuriat manusia.
Zaman dulu juga , agak lewat budak-budak betkhatan. Ada kenalan saya sampai tingkatan tiga belum lagi. Tetapi sekarang darjah enam dah paling lewat, kebanyakkan darjah empat dah potong. Segan dengan kawan-kawan semua dah potong jadi waktu cuti sekolah budak-budak akan menyuruh ibu bapa mereka. Hebat, tak payah pujuk memang mereka yang suruh ibu bapa mereka. Itu pun sebab mereka tak ada duit sendiri. Kalau mereka ada duit sendiri , mungkin terkejut ibu bapa mereka tengok-tengok anak mereka dah potong lama!.
Zaman sekarang juga tak ada lagi kedengaran cerita tok mudim kejar sampi atas pokok sebab tak mahu dipotong. Budak-budak sekarang dah tahu bneda tu tak sakit dan menjadi perkara biasa sahaja. Yang menangis pun dah tak ada. Zaman telah berubah perspeksi pun telah berubah. Bantuan teknologi dan perubahan cara berfikir. Tok mudim pun semua dah bersara. Ilmu kemudiman untuk diturunkan kepada anak cucu pun dah tak releven.
Ilmu perubatan juga telah membuktikan , bahawa ada kebaikan apabila dipotong bahagian tersebut. Oleh yang demikian tidak hairan pada zaman sekarang bukan orang Melayu yang beragama Islam sahaja malahan orang yang bukan beragama Islam pun berminat. Lebih bersih katanya. Wassalam.


Freemosonry- Gerakan Yahudi memusuhi Islam

Tuesday, May 12, 2009

Temuduga Pengesahan Jawatan -Tips

Posted by Pengembara Lara On 10:46 PM

Alhamdulillah selamat juga saya ditemu duga. Gementar juga tadi . haha. Teringat kata ustas Ajis , “ kau pi je temuduga tu , dia nak tahu kau waras ata pun tidak waras je, kalau kau waras ok , yang menjadi masalah dan tidak lulus kalau kau tak waras je” Betul juga kata Ustaz Ajis tu . Kawan-kawan saya yang pergi temeduga semua lulus dan belum ada lagi yang tidak lulus. Dan semua mengatakan soalan yang ditanya senang sahaja. Mungkin juga soalan susah ditanya mungkin sebab kawan-kawan saya hebat maka boleh menjawab dengan tenang dan senang .Hahaa..

Temuduga sesi saya bermula pada pukul 10 pagi. Saya sampai pada pukul 9.10 pagi lagi di Komplek Jabatan Perdana Menteri. Bilik saya ditemuduga ialah bilik nombor empat. Kalau ikut kepercayaan orang Cina nombor empat tu nombor mati. Oh tidak sebenarnya tidak elok percaya dengan perkara tahyul macam tu . Seramai 15 orang satu bilik untuk ditemuduga. Kasihan juga dengan Puan penemuduga sebab dia seorang sahaja yang menemuduga semua guru seramai 15 orang. Paling minima masa diambil 20 minit dan paling lama 30 minit. Saya adalah calon ke 13. Lama juga saya menunggu dari pulul 9.40 hingga pada pukul 12.30 baru nama saya dipanggil. Beberapa perkara dan maklumat yang saya mahu kongsi dengan pembaca sekalian pengalaman saya ditemuduga.

Semak dahulu semua dokumen yang diperlukan serta salinannya sekali. Buat pengesahan daripada guru besar semua salinan sijil-sijil dan dokumen
Muat turun borang yang diperlukan dari website http://www.spp.gov.my/ seperti borang sulit penilaian daripada pihak pentadbir sekolah, borang tugasan tambahan dan juga borang tindakan tatatertib serta disiplin sekolah.
Kalau masa temuduga waktu persekolahan ,anda dikehendaki minta cuti daripada Guru besar , kebiasaannya cuti rehat khas.
Pastikan anda sudah tahu di mana tempat lokasi temuduga supaya anda tidak sesat jalan dan lambat semasa hari temuduga.
Sila datang setengah jam awal. Ada petugas yang akan menyemak borang dan sijil anda. Pastikan sijil dan borang semua lengkap seperti diarahkan di dalam surat panggilan temuduga termasuk sekeping gambar passport.
Susun sijil anda seperti urutan dalam surat panggilan temuduga. Seperti letakkan paling atas kad pengenalan, surat beranak dan seterusnya( sila rujuk surat panggilan temuduga)
Pastikan anda berpakaian kemas , tai dan name tag sekali. Kasut berkilat silau mata memandang kalau boleh. Semasa saya ditemuduga saya memang memakai blazer dan ada juga yang tidak memakai . ( Tak pakai blezer pun tidak ada masalah , berdasarkan hari saya temuduga)
Bawa nota atau buku sekiranya anda rasa perlu untuk membuat ulangkaji. Mungkin anda giliran yang terakhir dan sempat untuk membaca apa-apa yang patut.

Soalan-soalan yang biasa ditanya.

5minit pertama kebiasaan penemuduga akan menyuruh kita menceritakan latar belakang kita
PIPP-kaitkan, huraikan dan pelbagai jenis soalan.
FPK-Falsafah pendidikan kebangsaan- Elok dihafal-Bagaimana anda mengaplikasinya dan sebagainya
Isu-isu semasa-Dalam atau luar negeri
Rukun Negara
Dasar-dasar kerajaan seperti wasasan 2020 ataupun Islam Hadhari
Menteri-menteri di Malaysia terutama yang ada kaitan dengan Pemdidikan
Kaitan Ijzah anda dengan bidang perguruan dan apa kah sumbangan anda.

Kesimpulanya pelbagai soalan boleh ditanya asalkan ada kaitan dengan pendidikan dan yang berkonsepkan kenegaraan. Sebelum temuguda seeloknya buat solat hajat dan banyak membaca surah Alamnashrah semoga dimudahkan urusan. Selamat maju jaya.

Wassalam.

Thursday, May 07, 2009

Selamat Hari ibu.. Saya Sayang Mak Saya

Posted by Pengembara Lara On 7:09 PM

Bonda

Terharu pula melihat video klip lagu M.Nasir di kaca tv dengan lagu yang bertajuk bonda. Video klip tersebut sempena sambutan hari ibu. Sebagai seorang anak yang jauh dengan bonda tercinta memang terasa rindu kepapa ibu yang jauh di kampung. Tambahan pula saya memang dibesarkan oleh seorang ibu kerana ayah saya meninggal semasa saya berumur 6 tahun lagi. Bonda sayalah yang membesarkan saya dan adik beradik yang lain seramai 8 orang. Semasa saya kecil saya tidak rasa hebat sagat bonda saya membesarkan saya tetapi semenjak saya dewasa ini betapa kagumnya saya bonda saya membesarkan saya dengan penuh kasih sayang walaupun ayah saya sudah meninggal dunia sehingga saya tidak merasa pun bahawa saya merupakan anak yatim .

Anak Mak

Apabila sebut kata anak mak, kita akan membayangkan seorang anak yang akan menurut apa jua arahan mak tanpa membantah. Sepatutnya semua orang begitu menjadi anak ayah dan anak mak yang tidak membantah suruhan mak dan ayah kecuali atas alasan perkara-perkara bertentangan dengan syariat agama. Saya memang anak mak maklumlah daripada kecil lagi saya tidak mempunyai ayah. Mak sayalah orang yang paling sayang. Dalam seminggu tidak kurang sekali sehari saya akan menefon mak saya. Kekadang sampai dua atau tiga kali sehari. Tak ada cakap apapun asyik-asyik duk tanya makan apa , cuaca kat kampung ok ke , macam mana ubat masih ada lagi ke. Mak saya sudah tua umurnya hampir 70 tahun . Alhamdulillah setakat ini dia masih belum ada penyakit kronik lagi hanya darah tinggi sahaja. Kalau sebut fasal jodoh pun begitu juga. Risau juga pilihan hati saya mak saya tidak suka. Saya bukan anak yang sanggup berkeras membelakangi suruhan mak saya.Saya bukan hanya mencari isteri tetapi mencari menantu untuk emak saya. Terfikir juga alangkan tidak bahagianya kalau pilihan saya mak saya tidak suka dan anak menantu akan bermasam muka apabila berjumpa. Banyak kes macam itu. Memang kita tidak tinggal bersama mak kita dan hanya balik ke kampung sekali sekala tetapi waktu sekali sekala itu lah perlu digunakan untuk mewujudkan suasana muhibbah dan gembira tida ada masam muka.

Ibu lahirkan anak

Semalam saya menonton video klip bagaimana seorang bayi dilahirkan oleh seorang ibu dengan kaedah pembedahan. Rasa ngeri dan terfikir dalam hati saya , kalau nasib tidak baik ibu tersebut akan meninggal semata-mata untuk melahirkan seorang anak. Setiap anak yang dilahirkan oleh seorang ibu penuh dengan harapan untuk menjadi orang yang Berjaya dan boleh berbakti kepadanya suatu hari nanti. Tidak ada seorang pun ibu di dunia ini melahirkan anak dengan harapan untuk anaknya menjadi pencuri atau perompak atau pembunuh bersiri. Mana mungkin kecuali seorang ibu yang memang gila atau ada masalah mental. Paling tidak kalau tidak mampu berbakti pun jangan memalukan atau mencemarkan maruah mak. Sedih pula melihat gelagak remaja sekarang tanpa segan silu terlibat dengan gejala –gejala sosial bukan sahaja mencemarkan maruah keluarga tetapi maruah bangsa sekali. Dadah , merempit, ragut, rogol dan pelbagai gejala yang terkutuk mereka lakukan dengan bangga. Entah dari mana mereka belajar , kalau kat sekolah memang cikgu tidak ajar.

Selamat Hari Ibu

Di kesempatan ini saya ingin emgucapkan selamat hari ibu kepada mak saya yang tercinta dan kepada semua ibu di dunia. Betapa besar pengorbanan itu memang tidak termampu di balas oleh seorang anak. Hanya Allah SWT jua yang mampu membalasnya. Kepada mereka yang ibu meninggal dunia , berdoa semoga rohnya dicucuri rahmat dariNya yang Maha Esa. Saya sangat sayang mak saya. Wassalam

Wednesday, April 08, 2009

AKU TETIPU-KISAH HANPHONE KU YANG ROSAK

Posted by Pengembara Lara On 8:04 AM

AKU TETIPU-KISAH HANPHONE KU YANG ROSAK

Saya pun tidak tahu kenapa handset saya rosak walaupun saya menjaga dan menggunanya dengan baik. Setiap kali saya hantar mesej , mesej yang dihantar akan masuk outbox dan tidak dapat dihantar. Bukan sebab tak ada kredit sebab saya memang guna postpaid. Saya telah masukkan simkad saya pada hanphone lain dan terbukti mesej (sms) dapat dihantar dengan berjayanya. Ternyata masalah bukan berpunca daripada simkad atau perkhhidmatan telco.
Saya mengambil keputusan untuk membaiki ke kadai handset. Tauke kedai tersebut beritahu handset saya perlu format dan esok baru siap. Lama juga proses format hanphone. Fikir saya. Dan tauke kedai kata paling minimum upah format handphone RM 40. Saya memang nak baiki handphone pada hari itu tetapi cash dalam poket tidak mencukupi lagipun tauke kedai kata kalau nak format handphone kena buat back up fail dan nombor dalam telefon tersebut, sebab selepas format semua data akan hilang.

Dipendekkan cerita, sambil saya melayari internet terfikir dikepala saya untuk mencari maklumat bagaimana hendak memformat handphone. Tetiba terjumpa website orang putih dengan simple dan mudah sekali website itu menerangkan kaedah format handphone hanya melibatkan beberapa langkah yang mudah sahaja. Anda tidak perlu menunggu sehari untuk format handset hanya 3 minit sahaja. Saya follow arahan yang diberi dan proses tersebut memang memakan masa tidak sampai 5 minit . Hanya tekan butang *#7370# dan dail. Dalam beberapa saat handphone anda akan terformat ( handphone jenis nokia 6120)
Sakit hati juga saya bila mengenangakan peristiwa dikedai handset tadi. Bukan main menipu tauke kedai tadi padahal benda simple mimple sahaja dia suruh saya ambil hanphone saya ke esokan harinya. Begitulah ceritanya. Sebagai kesimpulan sekiranya kita tida ada ilmu akan diperguna dan menjadi mangsa penipuan manusia durjana. Wassalam.

Ps: Kepada kekawan yang hantar sms dan saya Tanya balik siapa empunya nama harap maklumlah. Handphone saya baru lepas format dan semua nombor telah hilang.

Cerita Hantu Di Sekolahku

Posted by Pengembara Lara On 8:02 AM

Cerita Hantu Di Sekolahku

Cerita hantu dan cerita-cerita mistik ini memang popular dimana-mana termasuklah sekolah rendah. Ingatkan orang tua sahaja yang berminat dengan cerita hantu, ini rupanya kanak-kanak sebesar darjah dua bukan main teruja dengan cerita hantu. Tambahan pula Tv3 mejadikan tayangan wajibnya siri cerita hantu seram dan lawak pada setiap malam jumaat. Oleh yang demikian populariti hantu menjadi semakin bertambah.Pelbagai jenis hantu tradisi ditontonkan kembali oleh tv3 entah dengan tujuan apa saya sendiri pun tidak tahu mungkin untuk kita terus ingat pada hantu-hantu tradisi ini untuk terus ditakuti kembali oleh anak cucu kita seperti mana kita telah dimomokkan semasa kecil dahulu. Makluk halus seperti jin dan syaitan memanglah wujud ayat Al-Quran pun jelas membuktikan mereka memang wujud tetapi tidak perlu sangat kita mempromosi kehebatan hantu sehingga secara tidak lansung kita menanam dalam minda anak-anak kita bahawa hantu itu satu makluk yang hebat ada kuasa dan menakutkan.

Berbalik kepada cerita hantu sekolah saya. Pelik sikit nama hantu ini dan saya sendiri tidak pernah mendengarnya. Nama hantu di gelarkan oleh murid hantu badut. Setahu saya kalau badut ini semua kanak kanak suka kerana watak badut menghiburkan dan boleh buat silap mata. Ceritanya ada seorang murid dari tahun 2 melihat hantu badut tersebut didalam tandas. Selepas kejadian tersebut bermacam versi cerita ditambah ada yang kata ada taring , ada yang kata hatu tersebut bersalam dengannya dan ada juga yang kata dipeluk dengan hantu tersebut.
Pelik pula apabila ramai pula peminat hantu badut ini dan .Dan menjadi situai baru disekolah murid-murid akan pergi ke tandas secara berjemaah , ada yang pegi ke tandas untuk melihat hantu dan bermain dengan badut yang mula popular disekolah. Saya telah bercerita kepada seorang ustaz dan seorang cikgu disekolah saya. Mereka kata telah pergi ke tandas tersebut dan tidak berjumpa pun dengan badut tersebut. Apabila kejadian dan cerita seperti ini merebak ke sekolah dan membuat murid takut atau lebih gemar ke tandas secara tidak lansung akan menjadi kebimbangan kepada guru dan pihak pentadbir. Sebahagian otak mereka yang sepatut perlu difikir dengan pepmbelajaran telah terisi sedikit dengan benda-benda merapu dan mengarut itu.

Dipendekkan cerita, saya sendiri buat siasatan ( hebat bila guna ayat siasatan ni ) dengan melihat latarbelakang murid tersebut dan bertanya dengan guru-guru lama. Cerita dan teorinya mudah sahaja. Pada pandangan saya hantu tersebut memang wujud tetapi bukan semua murid yang melihatnya seperti yag dihebohkan ada yang sempat bersalaman nasib baik tak ada cerita yang sempat mengambil autograph lagi mengejutkan.
Seorang murid tahun dua melihat saka dari keluarnya. Saka tersebut ingin menjelma sebagai harimau tetapi tidak berapa menjadi membuat budak tersebut mentafsir saka tersebut badut. Apabila diceritakan kepada kekawannya ramailah yang ingin pergi melihat badut tersebut. Mengikut cerita dari seorang guru lama disekolah tu , abang kepada murid sekolah tu pernah melihat saka tersebut di dalam tandas tetapi dia kata lihat hantu . Begitu lah ceritnya.

Tuesday, January 27, 2009

Posted by Pengembara Lara On 11:42 PM

Rotan , pukul, pulas telinga, denda… boleh ke.
Guru besar telah berpesan kepada guru bahawa semua guru tidak dibenarkan “mencederakan’ murid daripada segi fizikal mahupun dalaman. Menurut guru besar, semenjak 10 hari persekolah sudah ada 4 komen daripada ibu bapa murid berkenaan guru yang ‘menderakan’ anak mereka. Kalau bab komen ini ibu bapa memang suka, mungkin Nampak lebih hebat apabila dapat memberi komen pada sekolah. Tak ada pula rasanya ibu bapa yang bagi pujian kat sekolah kerana anak mereka Berjaya. Ibu bapa saya pun tak pernah juga bagi pujian kat sekolah tetapi sekurang-kurangnya tak pernah bagi komen pada sekolah mahupun mengutuk sekolah. Maklumlah ibu bapa saya orang kampung dan percaya kepada cikgu siap pesan lagi kat cikgu “ Cikgu pukulah anak saya jika perlu , jangan patah cukuplah asalkan dia faham dan belajar cukuplah”.Boleh ke merotan pelajar ? Jawapannya memang tak boleh, ibu bapa boleh menyaman guru yang merotan anaknya. Persoalan kedua. Perlukah merotan ? Pada pendapat saya , perlu dan mesti pandai menggunakan rotan pada tempat dan caranya. Murid ada pelbagai jenis perangai, ada ketika perlu berlembut dan ada ketika perlu menggunakan pendekatan agak garang. Saya pernah masuk ke dalam kelas 3M-Maju( kelas paling hujung dan merupakan kelas ke -13). Saya menjadi guru ganti dan mengajar subjek pendidikan Islam. Pada mulanya agak kekok juga untuk menjdi ustaz ni, maklumlah perlu menggunakan tulisan Jawi. Saya cuba membuat pemerhatian dan kajian ringkas, pada minggu pertama ramai sangat murid yang tidak membawa buku tek pendidikan agama Islam.
Saya tidak memarahi murid yang tidak membawa buku tersebut , malah saya mendekati murid tersebut seorang demi seorang dan memujuk dengan kata baik supaya membawa buku tek dan memberi rasional kenapa perlu membawa buku tek. Sepanjang seminggu saya membuat sedemikian tetapi kurang berkesan, pada setiap hari masih hampir separuh murid yang tidak membawa buku tek.Minggu seterusnya saya menggunakan pendekatan ‘rotan’. Sesiapa tak bawa buku cikgu akan bagi upah “ ,.sambil menunjukkan rotan. Alhamdulillah hari seterusnya semakin ramai murid yang membawa buku tek dan buku kerja. Sebelum saya rotan murid, saya test dulu kat tangan saya untuk menguji tahap kesakitan. Pada pendapat saya , merotan murid adalah bukanlah perbuatan terlalu kejam asalkan niat dan cara yang betul dibuat. Kalau sekadar niat mahu menakutkan murid dan melepaskan persaan marah kepada murid yang membuat salah , mungkin niat tersebut perlu diubah dan cara tersebut tidak betul. Seorang guru perlu membuat sedikit pemerhatian dan kajian ringkas cara berkesan untuk memudahkan proses pembelajaran. Sekiranya murid tersebut dengar kata dan senang mengikut arahan , rotan memang tidak dipelurkan lagi.
Ada juga murid-murid yang terlalu lembab, kekadang saya tidak setuju kalau guru terlalu meneking dan marah murid begini. Dia bagi saya golongan ‘istimewa’. Murid yang memang layak dirotan adalah murid yang kurang ajar dan melawan guru. Pendekatan rotan bagi murid berkenaan bagi saya amat sesuai. Kalau setakat marah biasa, kurang menjadi pada zaman sekarang. Apa yang saya tulis adalah pendapat peribadi sahaja. Kemungkinan apa yang saya cerita dan tulis tidak praktikal ditempat dan suasana anda . Wassalam
Dipetik dari http://gurumalaysia.info

Sunday, January 04, 2009

Perubahan Paradigma Tahun Baru..

Posted by Pengembara Lara On 3:17 PM

Perubahan Paradigma…?

Ramai di antara kita yang menggunakan perkataan paradigma dan tidak tahu secara tepat penggunaan tersebut. Dua hari lepas saya telah menghadiri satu mesyuarat dan pada akhir kertas minit mesyuarat ada ditulis perkataan perubahan paradigma . Apa ditulis ialah seperti lebih tekun bekerja, ingat kerja ini amanah dan sebagainya. Adakah ini yang ditafsirkan sebagai perubahan paradigma.

Perktaan paradigma berasal dari orang Yunani .Perkataan ini biasa digunakan dalam istilah saintifik dengan maksud model, teori, persepsi , andaian dan juga rangka rujukan. Dalam erti kata yang lebih umum paradigma ialah cara kita “melihat “ dunia- bukan melihat dari segi visual tetapi dari segi persepsi, pemahaman dan pentafsiran. Di dalam buku yang ditulis oleh Stephen R. Covey dalam bukunya yang telah telah diterjemahkan yang bertajuk “ Tujuh Tabiat Yang Amat Berkesan ” menerangkan cara mudah untuk memahami paradigma ialah dengan melihatnya sebagai peta. Peta bukan kawasan sebenar tetapi peta adalah suatu penerangan bagi kawasan tersebut. Peta digunakan untuk menuju ke sesuatu tempat .

Contoh yang lebih mudah untuk difahami perubahan paradigma ialah seperti seorang yang berkahwin pada mulanya kerana cinta antara satu sama lain tetapi setelah sekian lama berkahwin paradigmanya telah berubah dan berpendapat berkahwin bukan hanya kerana cinta tetapi selepas berkahwin tanggungjawab adalah lebih penting daripada cinta. Ini salah satu situasi menunjukkan perubahan paradigma. Perubahan paradigma bukanlan perubahan sikap tetapi perubahan dari segi cara berfikir , konsep dan persepsi seperti yang dinyatakan di atas. Kita tidak boleh mengatakan perubahan paradigma seperti datang kerja lebih awal atau lebih tekun dalam bekerja. Wassalam.

Selamat Datang Murid Tahun Satu

Posted by Pengembara Lara On 2:25 PM


Pengalaman memasuki alam persekolah secara rasmi bermula daripada darjah satu. Walaupun ramai yang pernah bersekolah tadika tetapi tahun satu adalah permulaan alam persekolahan yang “sebenar”. Pelbagai ragam murid tahun satu pada hari pertama mereka memasuki sekolah. Begitu juga ayah dan emak tersenyum sendirian kerana anak-anak mereka telah memasuki alam persekolahan yang rasmi. Ada yang masih ragu-ragu mahu meninggalkan anak mereka disekolah kerana takut apa-apa kejadian yang tidak diingini berlaku kepada anak mereka.Di sekolah saya, hari orientasi bagi murid darjah satu di adakan 2 hari awal sebelum hari persekolahan. Murid-murid dating dengan ditemani kedua ibu bapa dengan wajah separuh ceria dan ada yang kelihatan “blur’ sahaja. Beberapa orang guru ditugaskan untuk membawa pelajar mengenali kawasan sekolah , tetapi aktiviti tersebut tidak berjalan dengan lancar kerana cuaca hujan.
Tandas Tempat Paling Penting
Pada pendapat saya diantara tempat yang dibawa oleh guru untuk dikenali oleh pelajar , tandas adalah tempat yang paling penting. Tidak perlu saya cerita kepentingan tandas semua orang perlu menggunakan tandas walaupun anak raja sekali pun.Ada satu cerita diceritakan oleh guru lama kepada saya, seorang murid tahun satu mengamuk mahu balik untuk “ melepaskan hajat” kerana semasa mahu masuk tandas dan menunaikan hajat diganggu oleh murid lain dengan menendang pintu membuat dia merasa tidak selamat untuk melepaskan hajat. Memang situasi menjadi serba salah , kalau tidak dibawa balik nanti murid tersebut melepaskan hajat tempat tidak sepatutnya , guru juga yang susah dan terpaksa menjadi cleaner pula. Mahu tidak mahu terpakda menelefon juga ibu bapanya. Nasib baik rumah murid tersebut tidak jauh dari sekolah dan maknya hanya suri rumah. Ada juga cerita pelajar tidak mampu menahan hajatnya dan melepaskan hajatnya dikelas. Banyak kisah-kisah lucu murid tahun satu kalau mahu diceritakan. Kalau semasa zaman saya darjah satu dahulu pelajar menangis mahu ikut ibu bapa balik memang perkara biasa tetapi tidak pula saya lihat situasi tersebut disekolah ini.Sebelum saya balik saya lihat ada juga murid tahun satu yang telah basah baju mereka kerana bermain berlari-lari dengan rakan-rakan mereka. Ibu bapa hanya tersenyum melihat telatah anak-anak mereka mungkin tidak mahu menunjukkan sifat marah mereka di depan guru dan begitu juga guru-guru hanya melihat sahaja dan memendam geram. Apapun selamat dating pelajar tahun satu. Wassalm.