Wednesday, February 29, 2012
Kantin Sekolah Kena Santau....
Posted by Pengembara Lara
On 7:08 AM
Kantin sekolah kena santau Selepas membayar harga makanan untuk makan tengah hari sempat saya berborak dan menemubual secara tidak lansung dengan tuan kantin atau penender kantin sekolah. Nama tuan kantin tersebut Zainal dan isrterinya Kak Ani. "Macam mana dapat tender kantin ni,rasa susah sekarang ,ada bagi hadiah pada siapa-siapa ke?" Tanya saya secara selamba walaupun soalan tersebut mungkin agak sensitif. "Tak ada cikgu, saya pun tak suka macam tu kebetulan ada kawan di ppd , dia yang panjangkan...
Wednesday, April 13, 2011
Menang @ Kalah Bahagian Satu
Posted by Pengembara Lara
On 1:34 AM
Menang @ Kalah Jurulatih bola Tampar. Part 1 Kali ni saya nak bercerita berkenaan pengalam mengurus dan meltih pasukan bola tampar sekolah. Jurulatih utama bola tampar sekolah saya seorang guru yang memang berpengalaman dalam bidang bola tampar dan pernah mewakili pertandingan bola tampar peringkat negeri. Saya kagum dengan kesungguhan cikgu Razol yang berusaha melatih pasukan bola tampar sekolah saya tiadk kira waktu cuti sekolah termasuk Sabtu Ahad dan juga cuti sekolah demi menaikan nama sekolah....
Tuesday, December 01, 2009
Selamat Berkhatan atau Bersunat...potong jangan tak potong
Posted by Pengembara Lara
On 4:17 PM
Selamat bersunat atau berkhatanMusim cuti sekolah ,selain bercuti murid-murid yang rasa dah agak besar tidak melepaskan peluang untuk berkhatan. Jangan salah eja berkhatam tu lain berkhatan tu lah yang potong . Zaman tok mudim sekarang rasa dah tak ada. Tapi sempat juga mendengar cerita dari abang-abangku yang menggunakan khidmat tok mudim Dengar cerita tok mudim menggunakan batang pisang Tidak terbayang pula apa kegunaan batang pisang sebenarnya. Agak sakit juga upacara tersebut maklumlah tidak...
Tuesday, May 12, 2009
Temuduga Pengesahan Jawatan -Tips
Posted by Pengembara Lara
On 10:46 PM
Alhamdulillah selamat juga saya ditemu duga. Gementar juga tadi . haha. Teringat kata ustas Ajis , “ kau pi je temuduga tu , dia nak tahu kau waras ata pun tidak waras je, kalau kau waras ok , yang menjadi masalah dan tidak lulus kalau kau tak waras je” Betul juga kata Ustaz Ajis tu . Kawan-kawan saya yang pergi temeduga semua lulus dan belum ada lagi yang tidak lulus. Dan semua mengatakan soalan yang ditanya senang sahaja. Mungkin juga soalan susah ditanya mungkin sebab kawan-kawan saya hebat maka...
Thursday, May 07, 2009
Selamat Hari ibu.. Saya Sayang Mak Saya
Posted by Pengembara Lara
On 7:09 PM
BondaTerharu pula melihat video klip lagu M.Nasir di kaca tv dengan lagu yang bertajuk bonda. Video klip tersebut sempena sambutan hari ibu. Sebagai seorang anak yang jauh dengan bonda tercinta memang terasa rindu kepapa ibu yang jauh di kampung. Tambahan pula saya memang dibesarkan oleh seorang ibu kerana ayah saya meninggal semasa saya berumur 6 tahun lagi. Bonda sayalah yang membesarkan saya dan adik beradik yang lain seramai 8 orang. Semasa saya kecil saya tidak rasa hebat sagat bonda saya...
Wednesday, April 08, 2009
AKU TETIPU-KISAH HANPHONE KU YANG ROSAK
Posted by Pengembara Lara
On 8:04 AM
AKU TETIPU-KISAH HANPHONE KU YANG ROSAKSaya pun tidak tahu kenapa handset saya rosak walaupun saya menjaga dan menggunanya dengan baik. Setiap kali saya hantar mesej , mesej yang dihantar akan masuk outbox dan tidak dapat dihantar. Bukan sebab tak ada kredit sebab saya memang guna postpaid. Saya telah masukkan simkad saya pada hanphone lain dan terbukti mesej (sms) dapat dihantar dengan berjayanya. Ternyata masalah bukan berpunca daripada simkad atau perkhhidmatan telco. Saya mengambil keputusan...
Cerita Hantu Di Sekolahku
Posted by Pengembara Lara
On 8:02 AM
Cerita Hantu Di Sekolahku Cerita hantu dan cerita-cerita mistik ini memang popular dimana-mana termasuklah sekolah rendah. Ingatkan orang tua sahaja yang berminat dengan cerita hantu, ini rupanya kanak-kanak sebesar darjah dua bukan main teruja dengan cerita hantu. Tambahan pula Tv3 mejadikan tayangan wajibnya siri cerita hantu seram dan lawak pada setiap malam jumaat. Oleh yang demikian populariti hantu menjadi semakin bertambah.Pelbagai jenis hantu tradisi ditontonkan kembali oleh tv3 entah...
Tuesday, January 27, 2009
Posted by Pengembara Lara
On 11:42 PM
Rotan , pukul, pulas telinga, denda… boleh ke. Guru besar telah berpesan kepada guru bahawa semua guru tidak dibenarkan “mencederakan’ murid daripada segi fizikal mahupun dalaman. Menurut guru besar, semenjak 10 hari persekolah sudah ada 4 komen daripada ibu bapa murid berkenaan guru yang ‘menderakan’ anak mereka. Kalau bab komen ini ibu bapa memang suka, mungkin Nampak lebih hebat apabila dapat memberi komen pada sekolah. Tak ada pula rasanya ibu bapa yang bagi pujian kat sekolah kerana anak mereka...
Sunday, January 04, 2009
Perubahan Paradigma Tahun Baru..
Posted by Pengembara Lara
On 3:17 PM
Perubahan Paradigma…? Ramai di antara kita yang menggunakan perkataan paradigma dan tidak tahu secara tepat penggunaan tersebut. Dua hari lepas saya telah menghadiri satu mesyuarat dan pada akhir kertas minit mesyuarat ada ditulis perkataan perubahan paradigma . Apa ditulis ialah seperti lebih tekun bekerja, ingat kerja ini amanah dan sebagainya. Adakah ini yang ditafsirkan sebagai perubahan paradigma.Perktaan paradigma berasal dari orang Yunani .Perkataan ini biasa digunakan dalam istilah saintifik...
Selamat Datang Murid Tahun Satu
Posted by Pengembara Lara
On 2:25 PM
Pengalaman memasuki alam persekolah secara rasmi bermula daripada darjah satu. Walaupun ramai yang pernah bersekolah tadika tetapi tahun satu adalah permulaan alam persekolahan yang “sebenar”. Pelbagai ragam murid tahun satu pada hari pertama mereka memasuki sekolah. Begitu juga ayah dan emak tersenyum sendirian kerana anak-anak mereka telah memasuki alam persekolahan yang rasmi. Ada yang masih ragu-ragu mahu meninggalkan anak mereka disekolah kerana takut apa-apa kejadian yang tidak diingini berlaku...
Sunday, December 21, 2008
Cuti Sekolah akan Dimansuhkan ?
Posted by Pengembara Lara
On 12:26 AM
Cuti sekolahCuti sekolah hampir habis. Memang seronok bercuti panjang. Ada juga kawan-kawan saya yang kata cuti sekolah yang panjang boaring atau bosan. Tetapi tidak bagi saya banyak benda atau perkara boleh saya buat. Boleh baca buku banyak-banyak, boleh berjaga malam lebih sikit dan boleh menikmati teh tarik yang panas di kedai mamak seawal pukul 7 pagi sambil membaca surat khabar terasa seperti orang “tua” yang pencen . Memang seronok bangun pagi-pagi dan sarapan di kedai mamak sambil membaca...
Wednesday, November 19, 2008
Assigmnet KISSM
Posted by Pengembara Lara
On 8:32 PM
Klik kat bawah dan download. Saya tak tahu masih releven atau tidak mungkin sedikit sebanysk sesuai untuk membuat rujukkanhttp://www.4shared.com/file/72190719/6f64b4f1/assigment.htmlWassa...
Tuesday, July 22, 2008
Pelacur ... Beriman Akhirnya
Posted by Pengembara Lara
On 1:44 AM
Peter Pan :Kupu Kupu MalamAda yang benci dirinyaAda yang butuh dirinyaAda yang berlutut mencintanyaAda pula yang kejam menyiksa dirinyaIni hidup wanita si kupu-kupu malamBekerja bertaruh seluruh jiwa ragaBibir senyum kata halus merayu memanjaKepada setiap mereka yang datangDosakah yang dia kerjakanSucikah mereka yang datangKadang dia tersenyum dalam tangisKadang dia menangis di dalam senyumanOh apa yang terjadi, terjadilahYang dia tahu Tuhan penyayang...
Friday, July 18, 2008
Jagung ,Kacang ..Kera dan Anjing…Babi kadang-kadang
Posted by Pengembara Lara
On 6:28 PM

Jagung ,Kacang ..Kera dan Anjing…Babi kadang-kadangKalau di kampung saya kebanyakkan penduduk kampung saya, pendapatan mereka ialah menanan jagung . Teringat saya satu pesanan “ kalu malah ngaji , balik duk ghumah tane jagung “ .Maksudnnya: Kalau malas belajar baik tanam jagung. Menanam jagung tidak semudah yang disangka. Perlu kerajinan. Kalau belajar pun malas ini kan pula nak menanam jagung yang perlu kesungguhan dan kesabaran. Ramai antara kita...
Tuesday, July 15, 2008
Babi,..Punya Babi Dahlah Babi.. Perangai Macam Babi Pula
Posted by Pengembara Lara
On 12:13 AM
Baru balik dari kampung. Rasa rindu sangat pada bonda yang tercintaBabi,..Punya Babi Dahlah Babi.. Perangai Macam Babi Pula Babi Makan Durian.Semasa saya balik kampung kebetulan musim buah durian. Mak saya memang ada kebun durian dan memang tak payah beli buah durian kalau musim durian. Menarik juga mak saya cerita ,kalau durian luruh(jatuh dari pokok apabila masak) perlu pergi kutip cepat kalau tidak nanti buah durian dimakan babi. Dulu saya pernah dengar cerita harimau makan durian kalau kebun...
Monday, July 07, 2008
Balik Kampung...
Posted by Pengembara Lara
On 9:04 PM
Rindu ku ..Pada Kampung Bagan BawahPeristiwa: Perhimpunan sejuta orang semalam di Kelan Jaya. Mungkin menjadi tarikh keramat bagi Malaysia kalau perhimpunan itu Berjaya. Dapat berita Azizon KS kemalanganBangun agak lewat mungkin semalam (pagi tadi ) lepas subuh baru tidur. Kak Mah pun mengantuk juga teman aku buat kerja.Perasaan : Rasa nak balik kampung dan berdebar menunggu penempatanMalam ni InsayaAllah Balik KampungSaya rasa kebanyakkan dahabat saya sudah sampai dan menjenguk kampung halaman...
Friday, July 04, 2008
Gambar Dan Kenangan
Posted by Pengembara Lara
On 3:05 AM

Gambar Dan Kenangan “Bisikku pada bulanKembalikan temankuKekasihku, syurgakuTanpa dia malam menemanikuSepi memelukkuBulan jangan biar siang biar alam ini kelamBiar ia sepi sepertiku”Mengimbas kenanganKekadang kalau saya rasa sepi dan bosan , saya suka sangat tengok album gambar. Walaupun gambar sekarang banyak dalam bentuk digital dan senang disimpan di dalam cakera keras komputer riba mahupun komputer meja tetapi saya suka cetak gambar tersebut...
Tuesday, July 01, 2008
Selamat Hari Lahir ..aku
Posted by Pengembara Lara
On 8:39 PM
Selamat hari jadi Sayed Mahazan Bin Sayed Daud. Sayalah orang yang pertama mengucapkan selamat hari lahir untuk diri saya. Alhamdulillah dalam sedar tak sedar Allah SWT masih memanjangkan umur saya untuk terus hidup dan hidup. Saya bangun seperti biasa ,saya bangun seawal anak buah saya pergi ke sekolah Syeikhan dan Nofal, agak-agak pukul 6.30 pagi. Saya bangun solat Subuh. Saya lihat ada beberapa mesej di peti masuk telefon. daripada anak buah saya,...
Monday, June 30, 2008
Tidur Apabila Mengantuk Satu Kenikmatan..
Posted by Pengembara Lara
On 6:03 PM
Tidur apabila mengantuk satu kenikmatan.. Tidur merupakan satu nikmat yang tidak tergambar. Cuba bayangkan sekiranya tidak dapat tidur. Saya pernah tak tidur selama 2 hari . Itu saya rasa paling lama saya tak pernah tidur dalam hidup saya. Rasa pening ,ada sedikit sakit kepala , jalan semacam tidak stabil . Hanyut semacam. Semenjak hari itu saya takut kalau tidak cukup tidak. Muka saya cepat kenampakkan tidak ceria , lemah dan kekadang tidak bermaya. Begitulah pernah saya rasa sekiranya tidak...
Friday, June 27, 2008
Sepi... Cinta Datang Kali Kedua
Posted by Pengembara Lara
On 1:01 AM

Filem ini mengisahkan Adam seorang chef yang tersohor dengan kek perkahwinannya sedangkan dia sendiri belum berkahwin. Pada suatu hari dia telah jatuh cinta dengan seorang perancang majlis perkahwinan iaitu Ilyana yang dilakonkan oleh Waneda Imran. Mereka telah jatuh cinta dan saling sayang menyangi. Namun perasaan dan sayang tidak diluakan secara lansung tetapi mereka tahu mereka jatuh cinta. Babak menarik kisah mereka apabila meraka bergurau...
Wednesday, June 25, 2008
Kahwin Untuk Bahagiakan Orang Tersayang
Posted by Pengembara Lara
On 7:57 PM

Kahwin Untuk Bahagiakan Orang Tersayang salahuddinsharif: cacing hamzah: bagus2cacing hamzah: niat kawin sampai ke syurgaodin: insyaallah..cacing hamzah: salah satu sbb nak kawin dgn awek tersayang sbb nak bahgia kan diacacing hamzah: tapi bahagia tu milik tuhancacing hamzah: so cari tuhan jump bahagiacacing hamzah: kadang2 kite lupa pasal malaikat yg selalu jaga,tgk kan kitacacing hamzah: macam tu gak bidadari yg akan jd isteri kite cacing hamzah:...
Terima Kasih Sahabatku Semua- Dedikasi Untuk Penghuni Sri Cendrawasih
Posted by Pengembara Lara
On 7:56 AM

Terima Kasih Sahabatku Terasa saya ingin mengucapkan terima kasih kepada sahabat-sahabat sekaunselor yang bersama susah dan senang di Sri Cendrawasih. Memang ucapan terima kasih tidak terhingga kepada semua. Tanpa bantuan daripada sahabat semua siapalah saya. Kita semua sememangnya insane yang serba kurang dan tidak terlepas daripada memerlukan pertolongan. Begitu juga tidak pernah terlepas daripada melakukan kesalah . Oleh yang demikian muhasabah...
Monday, June 23, 2008
Catatan 1/3 Malam..
Posted by Pengembara Lara
On 1:42 AM

Catatan 1/3 pagi..Cengkerik Pun Malas..Waktu ini memang sesuai untuk tidur. Mata aku belum disinggahimengantuk lagi. Mungkin selepas mendapat panggilan daripada seorang sahabat aku. Ada rasa tidak senang hati. Rasa tidak selesa. Melihat kipas berpusing pun aku rasa tidak pening. Kepala aku lebih dasyat berpusing daripada kipas diruang dapur rumah ini. Hairan juga aku terpikir ke mana kah menghilang bunyi cengkerik malam yang sentiasa bertasbih memujiNya....