Anak dijalanan
Masih ada rasa simpati...
Bila melihat anak jalanan memakan roti
sambil dduduk di tepi jalan..
Pada raut wajah mereka masih ada ramah
dan tersimpan seribu cerita..
Banyak soalan mahu aku tanya pada mereka
yang kerap tertunda hingga sekarang
akhirya aku cuba menjawabnya sendiri
seperti menjawab teka teki dibuku
Anak di jalanan terus berlari
dan terus berjalan
seoalah-olah lupa esok masih ada
waktu siang.
Malam hanyalah gelap untuk berehat
Dari jauh aku hanya memerhati
Baju kotor seluar carik
Mungkin ada bau yang tidak elok
Sinar mata mereka masih menyerlah
tajam memandang kehidupan
Setiap kelipan mungkin banyak pentafsiran
Anak kecil dijalanan
Aku , seperti hari semalam juga
Masih membuat teka teki
untuk ku jawab sendiri...
Tapi aku tidak mampu mentafsir kelipan mareka
Sayed Mahazan Bin Sayed Daud
0 comments:
Post a Comment