Lagu Dan Kenangan …
Boleh dikatakan semua orang ada lagu kegemaran . dan kesukaan . Alasan untuk menyukai lagu tersebut bergantung kepada nilai lagu tersebut . Bagi aku banyak lagu yang aku minat mempunyai kenangan yang tersendiri . Semasa darjah satu di sekolah aku dahulu ada mata pelajaran muzik . Masih aku ingat sebuah lagu yang berbunyi “ ku tanam pokok bunga , bunga mawar namanya , ku siram dan ku jaga lama besar jadinya ‘ lebih kurang macam tu lah bunyi lagu tersebut . Sampai aku meningkat dewasa pun melodi dan lirik lagu tersebut masih aku ingat . Dan setiap kali aku ingat lagu tersebut terus membawa aku pada kenangan semasa sekolah rendah pada suatu masa dahulu. Memang kenagan yang indah
Lagu cinta lagu rindu ..
Tidak dapat di nafikan lagu –lagu yang berunsurkan cinta dan rindu mendapat tarikan para pendengar musik terutama golongan remaja termasuk aku juga . Bukan apa, sebab lagu-lagu cinta-cantun senang dihayati Lagu-lagu macam ni selalunya membawa aku dan orang yang seumpama ku mengenangkan rasa dan perasaan cinta pada seseorang .
Kelabu …lagu warna warni …
Aku ada kenal serang member . Agak pediam, Tapi dalam diam dia sempat juga dia mencipta lagu yang agak sering diputarkan oleh dj radio . Lagu tersebut bertajuk Kelabu nyanyian Adibah Noor . Memang aku suka lagu tu . Dengar pun best . Macam tak percaya pula member aku boleh lagu sehebat itu . Tapi biasalah orang hebat ni dia tak menunjuk sangat . Bak kata orang diam-diam ubi berisi. Jangan jadi macam lalang cukuplah hidup kita ni . Setiap kali aku dengar lagu tersebut kat radio terus aku ingat kat member aku ni . Memang aku percaya lagu boleh membawa kita kepada suatu kenangan dan ingatan kita pada seseorang kerana pada lagu tersebut kita telah set kat dalam kepala kita bila kita dengar lagu tersebut siapa yang kita ingat. Begitulah biasanya . Wassalam …..Zam aku doakan moga kau cepat sembuh dan dapat keluar dari hospital awak sikit . Amin. Kelabu kesihatan .
0 comments:
Post a Comment