• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Heading 1 Here:Enter the heading 1 description here.Go to blogger edit html,find these words and replace it with your own description ...
  • Heading 2 Here:Enter the heading 2 description here.Go to blogger edit html,find these words and replace it with your own description ...
  • Heading 3 Here:Enter the heading 3 description here.Go to blogger edit html,find these words and replace it with your own description ...
  • Heading 4 Here:Enter the heading 4 description here.Go to blogger edit html,find these words and replace it with your own description ...
  • Heading 5 Here:Enter the heading 5 description here.Go to blogger edit html,find these words and replace it with your own description ...
  • SLIDE-1-TITLE-HERE

    Welcome to Blogger.Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these text/sentences with your own descriptions.This theme is convert to Blogger by Premiumbloggertemplates.com.Download this template and more Premium Blogger Templates From PremiumBloggerTemplates.com...

  • SLIDE-2-TITLE-HERE

    Welcome to Blogger.Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these text/sentences with your own descriptions.This theme is convert to Blogger by Premiumbloggertemplates.com.Download this template and more Premium Blogger Templates From PremiumBloggerTemplates.com...

  • SLIDE-3-TITLE-HERE

    Welcome to Blogger.Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these text/sentences with your own descriptions.This theme is convert to Blogger by Premiumbloggertemplates.com.Download this template and more Premium Blogger Templates From PremiumBloggerTemplates.com...

  • SLIDE-4-TITLE-HERE

    Welcome to Blogger.Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these text/sentences with your own descriptions.This theme is convert to Blogger by Premiumbloggertemplates.com.Download this template and more Premium Blogger Templates From PremiumBloggerTemplates.com...

Thursday, May 26, 2005

Catatan aku --central market

Posted by Pengembara Lara On 12:13 AM No comments

CINTA BUTA.. ORANG BUTA

GADIS“Cinta itu buta “ orang putih kata pulak “The love is blind “ .Kalu bahasa lain tak tahu pulak nak translate macam mana , setakat orang putih boleh lagi . Sebut ajer pasal cinta semua menarik . Kalau dalam diri seseorang tidak ader perasaan cinta , orang itu boleh tergolong dalam kategori hati batu atau kayu .Daripada budak kecil hinggalah orang dewasa tahu mendefinasi cinta mengikut fahaman masing-masing . Kali ni aku nak share satu cerita biasa ajer . Mungkin ada pengajaran yang boleh di ambil . Kalau hari minggu, aku tak ader program yang best,, aku suka lepak kat central market . Orang KL atau Selangor confirm tahu Central Markrt (CM) atau di alihbahasa dalam bahasa Melayu . Pasar Seni . Tapi nama CM lagi popular . Mungkin senang disebut . Berbalik kepada cerita asal kita . CM ni memang tempat best lepak , setiap hari ader sahaja pemuzik jalanan yang bermain gitar sambil menyanyi . Memang best dia orang nyanyi . Macam-macam lagu ader . Sambil dengar geng pemuzik jalanan menyanyi ni aku suka tengok orang lalu lalang . Macam-macam jenis juga ader orang lalu lalang . Suatu hari aku menark tengok pasangan buta , maksud aku suami dan isteri buta lalu di kawasan tu , 2 orang anak memimpin mereka . Memang nampak menarik kerana kedua-dua mereka buta dan mereka ada anak lagi . Memang cinta itu buta , Terlintas di hati aku . Orang buta pun ader jodoh walapun ditakdirkan dengan buta . Sama-sama tak nampak pasangan masing-masing. Memang betul-betul suka ni, tampan , cantik, kacak ataupun cute tidak dipandang sama sekali (maklumlah buta). Kita yang tak buta ni janganlah bersedih kalau tak ader awek atau pakwe lagi .. he he . Sabarlah , orang buta lagikan ader jodoh , kita yang tak buta ni mesti peluang untuk mendapat jodoh lebih luas lagi. Doa kat Allah SWT bebanyak . Mungkin kita lupa nak berdoa kat Allah SWT . Orang buta mungkin lebih doa daripda kita untuk dikurniakan jodoh dan cahaya mata..Begitulah ceritanya…

GILA YANG TAK BUTA ..

Cerita ini pun berlaku di Central Market . Aku tengok pun sedih peristiwa ni .Masa aku lepak kat CM sambil mendengar lagu yang dinyanyikan oleh pemuzik jalanan, tetiba dengar seorang gadis menangis teresak-esak . Siap keluar air mata lagi .Memang sadis lah tengok,,, tapi bak kata orang “Berat mata memandang berat lagi bahu memikul” Kenapa gadis tu menangis … Jawapannya: Dia nangis sebab dengar lagu yag dinyanyikan oleh pemuzik jalananan yang menyanyikan lagu Ali Cat “Andainya aku pergi dulu sebelum mu …”lagu tu lah . Memang nampak betul sadis , sambil dia nangis dia keluarkan gambar dalam dompetnya . Mungkin gambar pakwe dia sebab lagu Ali Cat tu kisah pak we mati meninggalkan kekasih .Aku agaklah … Aku cuba tanya orang sebelah kau apa citer gadis tu . Orang tu cakap dia ni memang dah lama gila megikut kata orang… pak we dia meningal dunia . Memang kasihan sangat aku tengok gadis tu , muka nampak macam gadis baik ajer tapi sayang dah gila . Orang sebelah aku cakap jangan risau dia tak kacau orang dia gila setakat dia sajer .. Begitulah ceritanya sebab cinta orang boleh jadi gila, bukan main-main . Walaupun cinta itu buta tapi sebab cinta jugak boleh buat orang tak buta jadi buta . Tak percaya ?pernah tengok citer “Ibu mertuaku tak ?Kasim selamat yang ensem jadi buta sebab menangisi kematian isteri tercinta ..begitulah kisahnya …

KAMPUNGKU ..JIWAKU..

“Majulah kampungku , Malaysia oh tanah airku , walau jauh walau beribu batu hanyalah engkau kampungku “
Ingat tak lirik ni , suatu masa dahulu memang acap disiarkan di tv satu dan dua. Kampung … “Ada apa dengan kampung “. Kalau sebut ajer pasal kampung selalunya kita terbayang sawah padi , permandangan hijau. Suasana angin yang nyaman , kicauan burung dan lain-lain lagi . Kalu nak tulis semua memang panjang . Masa aku tulis blog ni aku memang terkenangkan kampung halamanku . Kalau ikut logiknya kat kampung aku tak ada apa sangat yang istimewa kalau nak dibandintgan dengan Kuala Lumpur yang serba serbi ada . Banguna KLCC. Menara Kuala Lumpur . bangunan tabung haji J dan banyak benda yang boleh disebut untuk menunjukkan kehebatannya .Mesti bangga punya kalau dapat pergi Kuala Lumpur. Teringat pulak semasa aku darjah dua . Ada member aku dia baru balik dari Kuala Lumpur. Bukan main hebat lagi dia bercerita di kelas . Aku pun tidak ketinggalan mendengar dengan khusuk dan tawadduk . Diceritanya banyak bangunan tinggi . ada zoo (kebetulan dia pergi zoo). Maklumlah time tu aku pun tak pernah sampai lagipun zaman tu zaman budak-budak ..teringat lagu M.nasir

“Sesat di Kuala Lumpur”
“Dosa Pahala bercampur”
“Tapi kita mesti hidup”


Namun keadaan semuanya banyak berubah. Sepanjang aku duk kat sini memang menunggu sangat hari cuti panjang untuk balik kampung. Masa aku duduk kat hostel ( masa matrikulasi ) warden blok tu tanya apasal awak suka sangat balik kampung , ada apa kat kampung awak tu ?Boleh dia tanya macam tu .Aku tahulah dia orang Kampung Baru .
‘Ada jiwa saya ‘ bukan main puitis lagi jawapan aku bagi. Memang banyak yang menarik kat kampung aku . Paling penting kampung tu tempat aku dibesarkan. Zaman kanak-kanak aku hinggalah aku tinggkatan 5 .NOSTALGIA , KENANGAN.. itu mungkin menjadi satu factor yang penting. Selalunya kalau aku balik kampung aku .. terkenang kembali tempat aku bermain “menusut” (sembunyi-sembunyi) tempat bermain polis sentry dan tempat aku berkejaran bersama rakan seperjuangan didalam hujan mahupun panas . Walaupun ada kenangan pahit semasa membesar seperti jatuh basikal, jatuh pokok dan sebagainya , semuanya menjadi kenangan manis bila aku memikirkan dan mengenangkan semula …sebenarnya tidak cukup lagi aku ceritakan tentang kampung dan aku ..
Teringat aku rangkap dalam lagu M.Nasir ‘ Gugur daun di telapak tangan terpijak ranting di jalanan aku rindu ooohh kampungku “ Terima kasih kerana sudi berkongsi rasa dengan aku . Semoga kerinduanku padamu terubat . Kampungku

0 comments: