Angan & Sedar
Mohon selembar harapan
Buatku sedang rawan
Biarpun sekadar cuma senyuman
Ikhlas kau pujaan
Mohon sesaat berangan
Buatku meleraikan
Apapun hiba dan tangisan
Menawan segala perasaan
Aku sedar siapa diriku
Aku dah tahu
Siapa aku
Aku sedar
Dan merasa malu
Aku sangatlah mahu
Berterima kasih
Sungguh
Langsung tak pernah marah walaupun sekali
Seakan memahami
Langsung tak pernah kasar dalam berbahasa
Menjaga maruahku
Langsung tak pernah jeling menunjukkan benci
Pada diriku ini
Buatku tak pernah akan pernah menyesal
Menagih cintumu biarku membelai rindu
Mohon secebis kasihan
Jangan ku dilupakan
Dalam lipatan kenangan
Pencinta dikau duk diipersimpangan
Lagu angan dan sedar ini memang menarik dan mempunyai maksud yang tersirat walaupun menggunakan bahasa yang mudah sahaja. Kalau dibaca sekali lalu lagu ini mudah untuk dimengertikan dengan makna seorang lelaki memuja kekasihnya dan amat bersyukur mendapat kekasihnya yang amat memahami. Saya pun turut terpengaruh dengan makna sedemikian. Tetapi setelah saya membaca acap kali saya dapati lirik lagu tersebut mempunyai makna yang lain. Lirik tersbut dibuat oleh sifu M.Narir dan kita telah sedia maklum M.Nasir jarang sekali membuat lirik yang begitu mudah untuk ditafsir. Setelah saya baca dan menghayati beberapa kali lirik lagu tersebut saya dapati lirik lagu tersebut mengisahkan seorang suami yang ingin berkahwin dua tetapi pada akhirnya hasrat tersebut dibatalkan kerana mengenangkan betapa baik dan setia isterinya Pada tajuk tersebut pun kita dapat fahami angan bermaksud si suami berangan untuk berkahwin lagi dan sedar bermaksud dia sedar hakikat sebenarnya bahawa tiada sebab untuk dia berkahwin lebih dari satu kerana kesetiaan isterinya.
Mohon selembar harapan
Buatku sedang rawan
Biarpun sekadar cuma senyuman
Ikhlas kau pujaan
Lirik ini bermaksud si suami dalam proses memujuk dan ingin kembali pada isterinya. Isterinya telah merajuk padanya setelah tahu niat dan hasrat hatinya yang ingin berkahwin lagi.
Mohon sesaat berangan
Buatku meleraikan
Apapun hiba dan tangisan
Menawan segala perasaan
Si suami mengenang kembali perbuatannya yang telah diperlakukan pada isterinya. Dalam ayat di atas mungkin ada sesuatu yang diharapkan dari isterinya tetapi tidak dapat ditunaikan oleh isterinya membuat perasaan suami merasa hiba. Namun setelah dia mengenang kembali kebaikan isterinya pada dirinya perasaan tertawan kembali menyelimuti perasaannya.
Aku sedar siapa diriku
Aku dah tahu
Siapa aku
Aku sedar
Dan merasa malu
Aku sangatlah mahu
Berterima kasih
Sungguh
Si suami mula merasa bersalah dengan perbuatannya terhadap isterinya membuat dia merasa sedar dan malu dengan keputusan dan tindakannya.
Langsung tak pernah marah walaupun sekali
Seakan memahami
Langsung tak pernah kasar dalam berbahasa
Menjaga maruahku
Langsung tak pernah jeling menunjukkan benci
Pada diriku ini
Buatku tak pernah akan pernah menyesal
Menagih cintamu biarku membelai rindu
Rangkap di atas menerangkan si suami mengenangkan kebaikan yang telah dilakukan oleh isterinya padanya membuat dia tak pernah menyesal untuk menagih cinta isterinya buat kali kedua.
Mohon secebis kasihan
Jangan ku dilupakan
Dalam lipatan kenangan
Pencinta dikau dipersimpangan
Rangkap ayat ini pual boleh ditafsir si suami memohon pertimbangan dari isterinya untuk kembali hidup bersama seperti dahulu. Bercinta di persimpangan di sini memberi maksud pilihan hati si suami untuk berkahwin seoarang lagi.
Begitulah serba ringkas tafsiran yang mampu saya buat Hanya penulis lirik yang tahu makna sebenar.
0 comments:
Post a Comment