Tuesday, November 13, 2007
Rintihan Rindu Buat Ayah
Posted by Pengembara Lara
On 10:43 AM
Rintihan Rindu Buat AyahAyah……Di mana ayahdisaat ku memerlukan mu di sisiayah pergijauh di sudut hatidulu ayah begitu mesraaku ditatang bagai minyak yang penuhdimanja dengan penuh kasih sayangperhatian yang ayah berikan tak berbelah bahagi.Ayah……Kini anak ayah sudah dewasamendapat pendidikan terbaikmemegang jawatan tinggisegala penat jerih ayah berikan sudah terbukti.Namun….Awan kelabu menyelubungi diriribut melanda segenap fikiranpenderitaan bagaikan darah daginglautan air mata melemaskan dirikembalilah...
Sunday, July 29, 2007
Terima Kasih Guru Tua
Posted by Pengembara Lara
On 1:08 PM

Terima Kasih Guru TuaMalam ini akan ku bacaSebuah puisi untukmu guru tuaTermenung dan bersandar di tiang usiaMengenang bilik darjah dan papan hitamMengisi jiwa muridmuGuru tua tersenyum sendirianDengan bahasa kerinduanKembali mentafsir makna pengorbananDan perjuangan bangsa tercintaMalam ini akan ku baca puisi kejayaanmuLihatlah tinggi bangunan tersegamKukuh menjulang tegap ke langitIlmumu guru terpancar di puncakLihat betapa tekun seorang pensyarahMenyebar...
Wednesday, July 25, 2007
7.07.07 Bertunang … Tuhan yang menentukan
Posted by Pengembara Lara
On 2:43 PM
7.07.07 Bertunang … Tuhan yang menentukanTarikh 7.7.07 satu tarikh yang cantik . Angka tujuh yang berderetan dalam satu tarikh amat menarik dan dipercayai mempunyai tuah yang tersendiri. Dua tahun lepas aku ada merancang untuk bertunang pada tarikh tersebut dengan alasan tarikh yang keramat tersebut aku nak abadikan satu peristiwa penting dalam hidup ini . Tapi tak jadi pula . Banyak factor yang menyebabkan cita-cita untuk bertunang pada tarikh tersebut tidak jadi dan factok paling utama, aku rasa...
Rindu Yang Berbeza
Posted by Pengembara Lara
On 2:41 PM

Kembali ke Sekolah … Selamat menuntut ilmu Setelah hampir dua tahun meninggalkan zaman pembelajaran , kali ini aku berpeluang untuk meneruskan pembelajaran secara formal. Memang rasa seronok sangat , suatu zaman yang dirindui menjadi suatu kenyataan. Kawan baru ,persekitaran baru memang membuat aku rasa kekok untuk menyesuaikan diri. Lagipun telah lama meninggalkan zaman mengikuti peraturan pelajar ni. Dengan ragam kawan pelbagai latar belakang membuat...
Angan Dan Sedar
Posted by Pengembara Lara
On 2:35 PM

Angan & SedarMohon selembar harapanBuatku sedang rawanBiarpun sekadar cuma senyumanIkhlas kau pujaanMohon sesaat beranganBuatku meleraikanApapun hiba dan tangisanMenawan segala perasaanAku sedar siapa dirikuAku dah tahuSiapa akuAku sedarDan merasa maluAku sangatlah mahuBerterima kasihSungguhLangsung tak pernah marah walaupun sekaliSeakan memahamiLangsung tak pernah kasar dalam berbahasaMenjaga maruahkuLangsung tak pernah jeling menunjukkan benciPada...
Saturday, May 05, 2007
Posted by Pengembara Lara
On 2:23 PM
Kemaafan ….Tiada manusia sempurnaMaaf . Satu ucapan saya selalu kita dengar . Mungkin selalu juga kita memohon maaf darupada seseorang akibat daripada kesalahan yang pernah kita buat kepada orang tersebut . Seseorang yang memohon maaf akan merasa lega setelah permohonan maaf yang diluahkan diterima oleh orang yang telah dilakukan kesalahan terhadapnya. Sedikit beban perasaan bersalah dalam diri pemohon maaf akan berkurang . Begitulah yang biasa akan dirasai oleh seseorang yang memohon kemaafan .Dimaafkan...
Friday, April 20, 2007
Dalam sebuah skrip ada tertulis
Posted by Pengembara Lara
On 6:08 PM
Kesempurnaan Cinta-Sebuah Skrip Hidup“Betul ke abang sayang saya ni , kalau abang jumpa yang lebih baik dan sempurna dari saya macam mana?”Skrip ini diluahkan oleh seorang wanita yang sayang pada pasangannya. Skrip ni skrip umum mungkin juga sesetengah babak yang lain diucap oleh lelaki. Rasa yang sayang dan kurang yakin menyebabkan terluahnya skrip tersebut. Kekadang kalau kita sayang pada seseorang pun membuat kita rasa kuarang percaya dan selalu membuat kita berfikir yang bukan-bukan dan was-was....
Friday, March 23, 2007
Kau hancurkan lagi hatiku …
Posted by Pengembara Lara
On 10:54 AM
Kau hancurkan lagi hatiku … Pagi ini entah lena aku terganggu . Bunyi luahan perasaan yang tidak menyenangkan . Anak jiran sebelah rumah aku berkaroke pagi-pagi lagi . Faham-faham sendirilah kalau berkaroke sekitar rumah flat . Bukan kedap bunyi sangat. Entah apa yang terjadi pada anak jiran aku pun aku tak tahu . Nak kata berlatih untuk untuk masuk Af dah lepas . Peserta dah dipilih . Lagu dari peterpan band Indonesia dinyanyikan dengan penuh perasaan . Aku tak berapa ingat tajuk lagu tu...
Friday, March 09, 2007
Lagikan lidah boleh tergigit inikan pula pasangan hidup…
Posted by Pengembara Lara
On 4:04 PM

Bergaduh Sambil Main Badminton … Hari minggu memang hari untuk berehat dan rehatkan diri dari asyik duk fikir fasal kerja.Biasanya kalau hari minggu saya selalu menonton wayang atau baca beberapa buku . Kalau saya tidak berhajat untuk keluar menikmati kesibukan kota yang tak pernah reda saya akan bangun lewat sedikit dalam pukul 9 atau sepuluh. Tapi pada suatu hari ..dari rumah tingkat kedua ,, terdengar pasangan suami isteri berketurunan cina...
Wednesday, March 07, 2007
Lagu Dan Kenangan …
Posted by Pengembara Lara
On 5:21 PM
Lagu Dan Kenangan … Boleh dikatakan semua orang ada lagu kegemaran . dan kesukaan . Alasan untuk menyukai lagu tersebut bergantung kepada nilai lagu tersebut . Bagi aku banyak lagu yang aku minat mempunyai kenangan yang tersendiri . Semasa darjah satu di sekolah aku dahulu ada mata pelajaran muzik . Masih aku ingat sebuah lagu yang berbunyi “ ku tanam pokok bunga , bunga mawar namanya , ku siram dan ku jaga lama besar jadinya ‘ lebih kurang macam...
Saturday, March 03, 2007
No Women No Cry …
Posted by Pengembara Lara
On 12:50 PM
No Women No Cry … Hari minggu kalau berkesempatan aku akan lepak kat Central Market (Pasar Seni) Tempat itu tidaklah cantik sangat. Biasa sahaja . Tetapi sering mejadi tumpuan pelancong kerana di situ banyak barang-barang kraftangan boleh didapati . Menarik juga tempat tu ada pelukis-pelukis sepenuh masa dengan gaya yang tersendiri . Biasanya di luar Central Market ada orang menyanyi atau lebih dikenali sebagai penyanyi jalanan . Mereka ni...