Sembilu rindu
Sembilu rindu menghiris bila
berjauhan
melukai tika berpisah
Cetusan rasa: Sayed Mahazan Bin Sayed Daud
Ku Baca Semula Nota Kenangan
Masih belum ,pudar pada kertas
ingatan ini,,
masih jelas tulisan kepahitan,,
belum terpadam lagi tulisan
kemanisan,,
Tika itu
aku terlalu asyik menulis
jalan-jalan kehidupan yang manis
aku tulis dengan sulaman ayat
bermadah dan tersusun
Selalu bernoktahkan
keriangan ,,,
Pena tetap setia dengan dakwatnya
aku terus menulis dan menulis..
Ada masa aku baca semula tulisan
itu,,
Begitu tersusun ayatnya,,
Begitu indah bahasanya,,
Nokhtah keriangan ku
tambahkan lagi,,,
Tapi aku terlupa,,
terlupa membaca nota kenangan teman sebelahku
yang selalu berganti dengan noktah dan koma
kedukaan ...
aku lupa untuk meminjam..
untukku tulis semula notaku ,
mencari tanda baca yang tersilap
Ku baca sekali lagi nota itu,,
rupanya ,,banyak ,kesilapan ejaan kata
tersilap madah bahasa,,
Kini aku hanya mampu menyimpan nota itu,,
tanpa mampu memadam dakwat waktu
hanya mampu membaca,,
dan menulis ayat-ayat baru
untuk helaian baruku tercipta
Karya :Sayed Mahazan Bin Sayed Daud
Wangian Cinta Semalam
Wangian cinta malam itu
sangat harum baunya,,
Aku masih lagi merasainya,,
semerbak mengharum jiwa
mencipta keindahan...
Wangian cinta malam itu,
menggangu malamku bila lena..
kadang-kadang mencipta mimpi indah,,
wangian cinta malam itu..
hanyalah wangian yang dibawa angin,,
bersama kedinginan malam,,
menghilang selepas fajar,,,
wangian cinta malam itu,,
tidak perlu ku nikmati lagi..
matahari menghambat malam ,,
dan juga wangian malam itu
kerna hari telah siang ,,
Karya: Sayed Mahazan Bin Sayed Daud
Kutulis Namamu
Ku tulis namamu
dalam setiap helaian nafasku
bertemankan wajahmu yang manis
puisi-puisi pun tercipta
bersama irama-irama lagu indah,,
kemudian aku menyanyi lagu itu
bermuzikkan kerinduanku..
Malam pun mahu berlabuh
siang kini mengganti,,
namamu pasti ku tulis lagi ,,
selagi ada helaian
Memikirkan Kamu
Bila aku sudah penat berlajan.
sempat singkah dipohon cemara itu
disitu kita mula berbicara
perasaan halus,,dan mula
berbicara manis,,
Kita sambut gugur daun cemara kering
kalimah suci ditulis,,
janji cinta termatri
kita tidak permah lupa untuk singkah disini
menulis kisah cinta setiap kali bertemu
memikirkan kamu ,,
ah ,,sungguh indah kisah semalam,,
pohon cemara tidak mampu untuk berkata dusta
saksi cinta kau dan aku,,,
memikirkan kamu,,
suatu yang merisaukan,,
kau berjalan jauh dari aku,,
sekarang kita tidak sempat lagi
untuk singgah di bawah pohon cemara,,
semakin hari semakin jauh ,,
dan kau semakin lupa janji
didaun cemara...
Karya : Sayed Mahazan Bin Sayed Daud
Setiap orang mempunyai kisahnya yang tersendiri ,, cinta untuk dinikmati bukan untuk ditangisi..
0 comments:
Post a Comment