• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Heading 1 Here:Enter the heading 1 description here.Go to blogger edit html,find these words and replace it with your own description ...
  • Heading 2 Here:Enter the heading 2 description here.Go to blogger edit html,find these words and replace it with your own description ...
  • Heading 3 Here:Enter the heading 3 description here.Go to blogger edit html,find these words and replace it with your own description ...
  • Heading 4 Here:Enter the heading 4 description here.Go to blogger edit html,find these words and replace it with your own description ...
  • Heading 5 Here:Enter the heading 5 description here.Go to blogger edit html,find these words and replace it with your own description ...
  • SLIDE-1-TITLE-HERE

    Welcome to Blogger.Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these text/sentences with your own descriptions.This theme is convert to Blogger by Premiumbloggertemplates.com.Download this template and more Premium Blogger Templates From PremiumBloggerTemplates.com...

  • SLIDE-2-TITLE-HERE

    Welcome to Blogger.Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these text/sentences with your own descriptions.This theme is convert to Blogger by Premiumbloggertemplates.com.Download this template and more Premium Blogger Templates From PremiumBloggerTemplates.com...

  • SLIDE-3-TITLE-HERE

    Welcome to Blogger.Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these text/sentences with your own descriptions.This theme is convert to Blogger by Premiumbloggertemplates.com.Download this template and more Premium Blogger Templates From PremiumBloggerTemplates.com...

  • SLIDE-4-TITLE-HERE

    Welcome to Blogger.Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these text/sentences with your own descriptions.This theme is convert to Blogger by Premiumbloggertemplates.com.Download this template and more Premium Blogger Templates From PremiumBloggerTemplates.com...

Thursday, June 02, 2005

BUATMU YANG KU SAYANG...

Posted by Pengembara Lara On 1:33 AM 1 comment

BONDA USAHLAH BERSEDIH LAGI
( buat bondaku yang tercinta..selepas pemergian ayahku)

Cetusan rasa: Sayed Mahazan Bin Sayed Daud


Bonda.
Semalam ayah telah meninggalkan kita semua
Bersabarlah bonda
Pemergian ayah itu adalah wajib
Empat bulan bonda menjaga ayah terlantar di hospital
Tidur bonda terganggu
Tubuh bonda semakin kurus
Muka bonda nampak pucat
Mungkin bonda tidak cukup tidur

Bonda
Sungguh besar pengorbanan bonda
tika ayah lena di katil hospital
Bonda masih berjaga
Menatap wajah ayah dengan kesayuan
Dan menunggu senyuman dari ayah
Bonda pegang erat tangan ayah
Kadang-kadang bonda menangis
Sungguh setia cintamu bonda

Bonda ,,
Hari itu
Hari Raya Aidil Adha
Tika orang lain sibuk bergembira
Dan beraya
Bonda masih disisi ayah.
Bertakbir dan bertahmid seorang diri
Bertemankan ayah yang separuh sedar

Bonda ..
Hari itu
Hari raya kedua..
Kenangan pahit buat bonda dan kami semua
Ayah pergi selepas memakai
Pakaian baru

Bonda setia ,,
Baju hijau Melayu sempat ayah pakai..
Ayah pegang erat tangan bonda
Selepas mengucap kalimah suci dan setangkai senyuman buat bonda
Ayah pergi tanpa pesan
Bonda menangis..

Bonda ..
Cintamu.. cinta setia
Pengorbananmu menjadi bukti
Bonda semoga Tuhan merahmatimu
Usahlah bonda menangis lagi

-Gombak 1Muharam 1423


Sebenarnya bagi aku ayat dalam sajak ini tidak cukup untuk aku ceritakan kisah bonda aku . Hanya yang pernah merasa mungkin memahami .


POTRET AYAH
(Aku merinduimu ..)

Potret ayah tergantung kaku
Di dinding usang
Rumah pusaka

Potret ayah ku tatap sayu
Wajah ayah bersih dan jernih
Merebah duka selaut nestapa

Potret ayah ku tatap lagi
Mata ayah kelihatan kuyu
Perit hidup di dunia keresahan
Mengharap rezeki di laut luas

Ayah..
Dalam sepi rindu kurasa
Inginku ke laut panas bersamamu
Untuk mengisi saku yang kosong

Sekalung Al-fatihah
Untukmu ayah
Pergimu tanpa berpusakan harta.
Hanya potret peninggalan sakti
Membangkit semangat mengejar cita-cita
Kerana esok masih siang …

Sayed Mahazan Bin Sayed Daud
Kg Bagan-Bawah 9/05/02

Sebuah sajak dedikasi untuk diri aku sendiri dan orang yang cuba memahami diri aku . Hargailah ayah yang masih hidup . Jangan jadi anak yang derhaka kalau tak nak masuk neraka …


KOTAK MIMPI

Ku simpan kotk-kotak mimpi
Akanku nanti sebelum mati
Untuk melihat dengan lebih erti
Apakah bisa kotak-kotak mimpi
Menjadi reality
Atau lansung tak memberi erti..

Karya: Pengembara Lara

Setiap diantara kita ada cita-cita atau kehendak hati sendiri. Ada yang oaring cita-citanya tercapai dan ada orang hanya sekadar cita-cita . Dari kecil hingga dewasa entah berapa kali cita-cita aku bertukar dari cita-cita pertama mahu jadi ultraman hinggalah cita-cita mahu jadi cikgu ( semasa kau darjah 3 , masa tu cikgu aku tanya aku mahu jadi apa ,, aku jawab mahu jadi cikgu ,,kerana senang kalau dia tanya mengapa ? nanti boleh aku jawab untuk mendidik anak bangsa )

Semakin besar semakin berkemabang dan canggih cita-cita aku. Dan semakin banyk . Cita-cita terbaru aku sekarang aku mahu jadi orang paling kaya dan paling pemurah di dunia. Mengapa tak percaya .. teruknya .. mengapa takut nak bercita-cita tinggi …?? Bercita-citalah setinggi mugkin sekurang-kurangnya dapat menghiburkan hati anda ,, tapi awas jangan berangan-rangan ….

1 comments:

Terharu sungguh aku baca title BUATMU YANG TERSAYANG...kat sini aku nak bagi pujian kepada semua IBU² yang pernah melalui semua ni...ingin ku beri PINGAT pada mu IBU²..tapi takkan sama kasih-sayang dan cinta yg kau hulurkan...dan bg mereka yg dinamakan IBU..TAHNIAH kerana berjaya menjalankan tanggungjawabmu...dan giliran kami menjalankan tanggungjawab kami..
" KITA lah HARTANYA yang tak TERNILAI..."

LOVE YOU ALLZ... I B U