TERIMALAH AKU ..
Senja ini mnyedarkan aku
betapa kerdilnya aku dalam
gengaman kuasa mu.
Malam yang bakal kurasa sedetik lagi
Akan kubica denganmu sepuas hati
Biarlah bulan dan bintang menari sendirian
Aku hanya mahu berbicara denganmu
Ya, aku mahu menyannyi untukmu juga
dengan lagu keindahan dan kesedaran
dari senaskah lirikmu
ya, aku mahu menyanyi uktukmu
dengan lagu seindah bahasamu
rahsia sejagat alam ...
Hinanya aku memohon padaMu dengan
tangan hitam ini
hinanya aku menagis padamu dengan mata hitam ini
aku tak ada daya lagi.,
mampu menyerah dan merindu
Dalam perjalanan ni..kisah aku yang kau catat
Dalam ingat tak ingat, aku hanya mampu mengenang
Setiap hidup manusia adalah sejarah..
Sejarah itu tulisan kisah kehidupan yang tak terpadam
Jemputlah aku ke rumahmu walau hanya seketika
aku sunyi dan kosong ..
Malam yang bakal kurasa sedetik lagi
Bukalah jendela rumahMu cuma
Supaya dapatku jenguk walaupun dari langsir
aku rindu untuk merinduiMu
By : Sayed Mahazan Bin Sayed Daud
27 Ramdahan..
Bagan
Malam ini mimpi aku di ganggumu
Rasanya ,betapa aku merinduimu
Sudah banyak puisi ku cipta untukmu
Namun satupun tak pernah kusiapkan
hanya conteng-conteng di atas kertas
dan aku tidak menyimpannya.
Bagan
Kali ini aku cuba tuliskan lagi
sebuah puisi dan aku akan siapkan
walaupun sudah banyak yang ku lupa
apa yang ingin ku tuliskan
Namun masih ada ingatan padamu.
Puisi aku hanya setakat ini
esok aku akan pulang bertemumu
Akan ku baca puisi ini
bila aku sampai padamu
dengan lagu kedamaian yang masih kau simpan
By ; Sayed Mahazan bin Sayed Daud
2 Oktober 2005
0 comments:
Post a Comment