Titis Hujan Semalam..
Titis hujan semalam
Mengusir kesunyian malam
Dengan tahmid katak mengharap kasih
Titis hujan semalam
Mencipta senyum pada
Wajah petani setia
Menanti benih jagung
Dan mentimun bercambah
Memanjat syukur pada Pemberi
Semoga esok rezeki bertambah
Titis Hujan Semalam
Membasahi tanah dan rumput yang kering
Menghambat debu kemarau lama
Pada keadaan nyaman mengikuti
Titis hujan semalam
Menyaman pagi ini
Mengukir senyuman sementara pengharap
Kembali berfikir sesama tua
Bertanya sesama tua
Kemarau lama dosa siapa ?
Sayed Mahazan Bin Sayed Daud
9/05/2002
Ini kisah lama yang terjadi di kampung aku . Betapa perit aku melihat keadaan ini . Satu bemcana yang membuat semua orang kampung aku merasa lemah . Kemarau hampir 3 bulan banyak mengajar tentang betapa besarnya nikmat hujan walaupun hanya senalaman. Selepas 3 kali berturut-turut melakukan solat sunat barulah turun hujan , alhamdulillah doa kami semua termakbul. Hujan malam itu memang satu rahmat, ya memang satu rahmat , menjadi topik perbualan utama di kedai –kedai kopi . Di dalam khutbah imam ketika majlis solat sunat minta turun hujan khataib memberi pesan supaya penduduk kampung semua bertaubat mungkin kemarau yang lama disebabkan dosa-dosa manusia. “Bertanya sesama tua, kemarau lama dosa siapa”
0 comments:
Post a Comment