• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Heading 1 Here:Enter the heading 1 description here.Go to blogger edit html,find these words and replace it with your own description ...
  • Heading 2 Here:Enter the heading 2 description here.Go to blogger edit html,find these words and replace it with your own description ...
  • Heading 3 Here:Enter the heading 3 description here.Go to blogger edit html,find these words and replace it with your own description ...
  • Heading 4 Here:Enter the heading 4 description here.Go to blogger edit html,find these words and replace it with your own description ...
  • Heading 5 Here:Enter the heading 5 description here.Go to blogger edit html,find these words and replace it with your own description ...
  • SLIDE-1-TITLE-HERE

    Welcome to Blogger.Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these text/sentences with your own descriptions.This theme is convert to Blogger by Premiumbloggertemplates.com.Download this template and more Premium Blogger Templates From PremiumBloggerTemplates.com...

  • SLIDE-2-TITLE-HERE

    Welcome to Blogger.Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these text/sentences with your own descriptions.This theme is convert to Blogger by Premiumbloggertemplates.com.Download this template and more Premium Blogger Templates From PremiumBloggerTemplates.com...

  • SLIDE-3-TITLE-HERE

    Welcome to Blogger.Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these text/sentences with your own descriptions.This theme is convert to Blogger by Premiumbloggertemplates.com.Download this template and more Premium Blogger Templates From PremiumBloggerTemplates.com...

  • SLIDE-4-TITLE-HERE

    Welcome to Blogger.Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these text/sentences with your own descriptions.This theme is convert to Blogger by Premiumbloggertemplates.com.Download this template and more Premium Blogger Templates From PremiumBloggerTemplates.com...

Sunday, June 22, 2008

Jiboi 256, Sri Cendrawasih, Kenangan Terindah

Posted by Pengembara Lara On 2:20 AM

Jiboi 256, Sri Cendrawasih, Kenangan Terindah

Jiboi BaruKampung Yang Indah Dan Permai

Hampir enam bulan saya dan sahabt-sahabat yang lain seramai Sembilan orang tinggal di Sri Cendrawasih 256 , Kampung Jiboi Baru, Ampangan Negeri Sembilan. Nama Sri Cemdrawasih bagi rumah rumah tersebut bukan kami yang reka tetapi ada tanda nama pada pintu tersebut. Mungkin tuan rumah yang berikan nama tersebut sempena apa-apa yang diminatinya. Kampung Jiboi kampung yang cantik dan bersih. Suasana kampung tersebut tersusun dan kebanyakkan rumah di kampung Jiboi besar-besar semua dan ditambah pula dengan halaman rumah yang besar. Boleh dikatakan hamper kesemua rumah di kampung Jiboi begitu. Mungkin mereka semua penduduk asal kampung tersebut. Namun apa yang membuat saya rasa bangga pemilik rumah tersebut semua orang Melayu. Walaupun kampung tetapi rumah-rumah di kampung Jiboi bukan rumah orang kampung. Rumah mereka sehebat dengan rumah-rumah orang kaya di Kuala Lumpur seperti Bandar Damansara. Hanya ada beberapa buah sahaja kelihatan rumah kayu. Rumah yang kami sewa agak penghujung kampung sedikit. Perjalanan dari rumah kami ke Maktab tidak samapi 10 minit pun kalau nasib baik jalan tidak kalut dan jem dalam 5 minit pun kami sudah mampu untuk sampai ke Maktab. Kami tidak sempat sangat bertgur sapa dengan penduduk di sini. Mungkin masa dan aktiviti harian kami tidak mengizikan . Seawal 7.00 pagi kami telah keluar dan kami akan balik lebih kurang pukul 6 petang. Begitulah lebih kurang rutin harian kami. Jadual kami sangat padat. Pada pendapat saya inilah jadula saya belajar yang paling padat. Berlainan dengan belajar di Universiti mahupun matrikulasi. Apapun Alhamdulillah sepanjang kami menetap di Sri Cendrawsih tidak ada kes kecurian yang berlaku. Seingat saya yang hilang pun selipar sahaja. Mungkin pekerja bangla yang memotong rumput yang mengambilnya ( Andaian sahaja). Kekadang saya tertanya pada diri saya siapakah penghulu kampung Jiboi .?

Wednesday, June 18, 2008

Merubah Rutin Harian...

Posted by Pengembara Lara On 3:24 PM

Selamat Berpisah ( Buat Sementara)

Merubah Rutin.. Keluar Pagi Balik Petang
Entah apa yang saya rasa sekarang sama atau tidak dengan kawan-kawan saya yang lain turut merasa.. Rasa kurang selesa untuk berpisah dan meruntinkan dengan aktiviti baru setelah hampir setahun kita tinggal bersama dan melakukan rutin harian yang sama. ( Cuma berbeza sedikit) Setahun kita sama-sama tinggal di asrama. Perhubungan ini bertambah rapat lagi. Memang ada sedikit ketidak sefahaman apabila tinggal bersama. Teringat pesanan orag tua-tua kalau berkahwin elok tinggal berasingan dengan mertua walaupun mertua baik sekalipun memang suatu hari nanti ada ketidak sefahaman. Begitulah tetapi sebagai lelaki masalah-masalah yang kecil jarang diperbesarkan . Tambahan pula dengan nilai pemikiran bagus lebih menjurus kepada penyelesaian masalah daripada menghuru hara suasana jika berlaku masalah. Perhubungan ini saya rasa bertambah erat bila kita sama –sama tinggal di Sri Cendrawasih Kampung Jiboi Baru .Sikap tolong menolong memang satu perkara yang sering dapat dilihat. Secara tidak lansung kita saling menolong antara satu sama lain dan rasa seronok untuk membantu kawan-kawan yang memerlukan pertolongan ( itu apa yang saya rasa). Mungkin saya sendiri tidak banyak menolong dan watak saya sering ditolong. Rutin –rutin harian ini berlaku secara spontan dan seperti dirancang. Dari pagi walaupun hanya ada 2 bilik air sahaja dan penghuni rumah sepuluh orang yang kebanyak bangun pada pukul 6.30 pagi namun dalam waktu sesingkat itu kita dapat siapkan diri seawal pukul 7.10 pagi untuk meneruskan rutin harian ke sekolah. Setahu saya yang paling awal bangun saudara Zainudin, diukuti oleh saudara Faizal, Nik Zahari, Azri , Zaid , Tarmizi, Zairi , saya sendiri dan yang terakhir saudara Zahardi ( Pemilik Motor Yamaha LC). Kekadang Zairi paling lewat bangun kerana dia selalu susah untuk tidur waktu malam . Entah kenapa saya sendiri pun tidak tahu. Tetapi mengikut cetitanya kalau dia balik kampung selalu tidur awal. Istrei dia pun tidur awal juga. Mungkin memenuhi kewajipan sebagai isteri atau letih melayan anak-anaknya seramai 2 orang . Semuanya lelaki dan comel .
Kalau sempat kami akan sembahyang subuh secara berjemaah samada 2 atau tiga orang . Sembahyang subuh kekadang didahulukan dahulu daripada mandi takut waktu subuh tamat selalu Tarmizi dan Zaid yang bangun agak lewat sedikit akan mengambil air sembahyang di sink atau paip yang terdapat di luar rumah kami. Saya pun begitu juga kalau bangun agak lewat sedikit dan bilik air penuh. Biasanya kami bangun agak lewat sedikit sekiranya cuaca agak sejuk disebabkan hujan diwaktu malam atau hujan waktu pagi. Selepas bersiap semua kami pergi menuntut ilmu beramai-ramai. Rutin diteruskan dengan waktu petang dengan bersukan. Lebih kurang pukul enam baru kami balik ke rumah untuk berehat dan mengemas rumah. Begitulah serba ringkas kehidupan kami. Difikir sekali seperti burung. Keluar pagi balik petang.

Sunday, June 08, 2008

Ayat- Ayat Cinta-Sedikit Ulasan.

Posted by Pengembara Lara On 10:59 AM





Ayat- Ayat Cinta-Sedikit Ulasan.

Ayat-ayat cinta. Sebenarnya ayat-ayat cinta adalah sebuah novel daripada penulis Indonesia Habiburrahman El Shirazy yang merupakan Sarjana daripada Universiti Al Azhar. Pada mulanya saya tidak berminat untuk membeli dan membaca novel ini walaupun sudah ramai kawan-kawan saya menceritakan Ayat-ayat Cinta(AAC) sebuah novel cinta yang mampu menitiskan air mata. Semenjak beberapa tahun ini saya tidak berminat untuk membaca novel yang berbentuk novel popular dan lebih suka membaca novel yang mengandungi unsur-unsur sastera seperti Sanggetha novel yang ditulis oleh seorang penulis yang tersohor iaitu Azizi Hj Abdullah. Saya memang meminati cara penulisan yang digunakan oleh belia. Novel beliau ditulis bukan hanya ditulis dengan menggunakan imiginasi sahaja tetapi dicampur dengan fakta-fakta yang tidak dapat direka. Secara tidak sengaja di kedai buku Pustaka Mukmin berhampiran Sogo Jalan Tunku Abdul Rahman( Jalan TAR) Kuala Lumpur saya melihat novel AAC dan membaca komen daripada pembaca novel tersebut seperti komen yang telah di buat oleh A. Samad Said, Sasterawan, Ahmadun Yosi Herfanda sasterawan Indonesia dan Mohammad Fauzi Adham iaitu pakar psikologi.. Sebenarnya masih banyak lagi komen-komen positif yang telah tercatat di dalam buku ini iaitu di bahagian permulaan helaian novel ini. Paling saya menarik iaitu komen yang daripada Sasterawan Negara A. Samad Said yang mengatakan

“…Ayat-ayat cinta ,memangnya pintar mengheret kita menjejaki –malah menghidu-perhubungan Fahri (Indonesia) dan Maria (Mesir) secara penuh mengajar, menghantar isyarat dan kebijaksanaan baru melalui perhubungan sopan antara dua Negara.”

Saya telah pun membaca novel tersebut dan memang bagus cara penyampaian dan olahan novel tersebut. Sebuah novel dakwah yang memberi ilmu agama secara tidak lansung berjaya disusun dengan baik jalan penceritaan dan mejadikan ia sebuah novel dakwah yang tidak membosankan. Penulis begitu berani mempertaruhkan tajuk “ Ayat-ayat cinta” yang memberi gambaran kasar kisah percintaaan semata-mata seperti mana kebanyakan novel-novel popular. Namun sesiapa yang pernah mengenali penulis ACC iaitu saudara Habiburrahman El Shirazy sudah dapat mengagak kualiti yang akan bakal dihidangkan oleh ACC ini. Seharusnya novel ini dibaca oleh peminat novel dakwah Islami yang cintakan kesenian Islam.Wassalam

Saturday, May 24, 2008

Di bawah Bayangan Kelapa Sawit Aku Bersujud KepadaMu

Posted by Pengembara Lara On 8:46 AM





Di bawah Bayangan Kelapa Sawit Aku Bersujud KepadaMu

KLCC di mana tikar untuk Jemaahmu..

Agak lewat aku pergi solat Jumaat hari ini. Ralik aku melihat pelbagi jenis kamera yang terdapat disebuah kedai di KLCC. Terasa ingin membeli di dalam hati tetapi duit yang ada perlu difikir untuk hal lain KLCC. Terasa ingin membeli di dalam hati tetapi duit yang ada perlu difikir untuk perkara yang lebih patut lagi. Menariknya khutbah di masjid KLCC ini ialah khutbahnya menggunakan bahasa Inggeris untuk khutbah pertama dan pada khutbah kedua yang agak pendek barulah digunakan bahasa Melayu. Mungkin ramai bangsa asing yang melawat KLCC menjadi satu sebab rasionalnya khutbah yang disampaikan menggunakan bahasa Inggeris. Kebetulan hari itu penuh di dalam masjid KLCC jemaah membuat aku dan adik aku terpaksa sembanhyang di luar masjid KLCC di bawah bayangan kelapa sawit. Memang ramai bangsa asing yang solat diKLCC golongan perempuan pun ada turut mendengar khutbah di KLCC di bawah wakaf-wakaf yang berhampirah dengan KLCC sambil menjaga anak-anak mereka. Pada mulanya aku ingin duduk di atas tikar berhampiran dengan rak temnpat letak kasut tetapi selepas aku mengambil wuduk aku tengok tikar tersebut sudah dipenuhi. Entah pihak pengrusan masjid KLCC itu pun tidak menambah tikar yang lain untuk memberi keselesaan pada jemaah. Satu benda yang pelik bagi aku takkan tikar pun tak boleh nak sedia. Aku bukan jenis tak pernah solat di masjid yang padat dipenuhi jemaah terutama pada hari Jumaat seperti masjid Jamek Kuala Lumpur, masjid Kampung baru dan beberapa masjid di sekitar kawasan Gombak. Memang menjadi benda biasa pihak pengurusan masjid akan menyediakan beberapa gulung tikar yang panjang akan di hamparkan di luar kawasan masjid untuk memberi keselesaan para jemaah mendengar khutbah dan menunaikan solat Jumaat. Mahu tidak mahu aku terpaksa duduk di bawah redupan bayangan pokok kelapa sawit tanpa alas untuk mendengar khutbah. KLCC… di mana Tikar Sembahyang mahu sahaja aku melaungkan ayat tersebut. Aku bukanlah seoarang muslim yang manja dan tidak tahu berdikari seperti rakyat Malaysia yang lain datang membawa sejadah persendirian. Tapi begitulah ..tak salah memikirkan hal ini untuk kebaikkan bersama.

Muslim ayuh kongsi sejadahmu..

Di bawah redup bayangan kelapa sawit aku mendengar khutbah dengan khusuk sekali. Beralaskan rumput hijau sahaja. Setelah habis aku mendengar khutbah bilal pun iqamahlah untk menunaikan solat. Aku lihat di hadapan aku seorang muslim yang mempunyai sejadah masih mempunyai ruang di atas sejadanya untuk mengajak aku sujud bersama di atas sejadahnya tetapi bukan itu yang terjadi. Tidak ada sesiapa pun muslim-muslim yang mempunyai sejadah persendirian membentangkan sejadahnya secara melintang dan mengajak aku,adik aku dan sahabat aku solat di atas sejadah mereka. Mereka dengan khusyuk terus mengangkat takbir dan menunaikan solat tanpa menghiraukan jemaah-jemaah lain yang terkapai-kapai mencari tempat yang bersih untuk bersujud kepada Ilahi. Begitulah perangai dan akhlak muslim –muslin Malaysia di KLCC hari itu. Perhubungangan hanya dengan Allah tetapi perhubungan dengan manusia tidak di hiraukan dan diambil tahu. Konsep kehidupan di bandar yang tidak menjaga tepi kain orang sudah menjadi kepercayaan dan pegangan dalam hidup meraka yang sukar di buang. Wahai saudara-saudara seIslamku tengok-tengoklah saudara seIslammu. Sekiranya kamu sealim taraf wali Allah sekali pun tetapi kamu tidak pernah menghiraukan sauadar SeIslammu , pertanyaan dan hisab Allah tidak boleh lepas terhadapmu..begitu begini, begitu juga

Di bawah Bayangan Kelapa Sawit Aku Bersujud Kepadamu

Di bawah redup bayangan aku solat menunaikan solat Jumaat. Terasa begitu kerdilnya diri apabila bersujud menyentuh rumput-rumput hijau di bumi sehingga terbau tanah. Sehebat mana manusia tidak akan terlepas kembali ke tanah jua akhirnya. Kejadian manusia daripada tanah dan kepada tanah jualah ia kembali untuk bertemu Penciptanya.
Begitulah sedikit catatan untuk di kongsi dan di beri penilaian bersama.

Monday, May 12, 2008

Sesat Di Kuala Lumpur Dosa Pahala Bercampur

Posted by Pengembara Lara On 9:23 AM




Sesat Di Kuala Lumpur Dosa Pahala Bercampur

SESAT DI KUALA LUMPUR

Sesat di Kuala Lumpur
Dosa dan pahala bercampur
Tapi kita perlu hidup
Kita perlu terus hidup

Terimakasih tuan da nyonya
Doa selamat kami pohonkan
Pada Tuhan maha Kuasa
Tuhan Maha Kuasa

Mungkin kita kan temui
Kebahagiaan di Kuala Lumpur
Dan mungkin kita akan kecewa
Mungkin kikta akan jadi kaya, dalam lumpur
Mungkin kita akan terpedaya
Mungkin kita akan terpedaya

Mungkin ada jalan di Kuala Lumpur
Jalan bahagia
Mungkin kita akan kecewa
Mungkin kita akan jadi alpa serta lupa
Mungkin kita akan terpedaya
Mungkin kita akan jadi kaya serta lupa
Dan mungkin kita lupa pada asalnya
Mungkin kita lupa pada asalnya
Mungkin kita lupa pada asalnya...

LAGU/LIRIK: M.NASIR


Tajuk di atas adalah tajuk sebuah lagu yang dinyanyikan oleh M. Nasir. Melodi lagu tersebut ringkas sahaja berbentuk blues. Teringat juga lagu ini selalu aku nyanyi masa zaman bergelar pelajar universiti dahulu. Zaman yang penuh kekalutan dan keindahan yang tersendiri sekiranya pandai menceduk dan mengadun pengalaman hidup untuk menjadi sempadan yang amat berguna. Jam di tangan aku menunjukkan pukul 2.00 pagi. Aku dan seorang kawan baru keluar daripada panggung wayang selepas menonton tayangan larut malam. Selepas menonton wayang aku dan sahabat aku rehat dan menghirup udara nyaman awal pagi KLCC. Hampir dengan kolam KLCC ada 3 orang gadis dengan 3 orang lelaki. Agak-agak aku gadis dan lelaki tersebut dalam lingkungan 19 tahun atau pun awal 20 an. Gadis tersebut mengikut rupa paras memang keturunan Melayu. Dari kejauhan aku melihat gadis-gadis tersebut berpelukkan dan menggayakan aksi berahi. Dengan beskrirt atas daripada paha lagi menjadi aksi tersebut. Lagi membuat aku memandang dengan lebih ralik melihat gadis-gadis dan teman lelakinya berjalan dalam keadaan tidak stabil kerana kemabukkan meminum minuman keras( tidak pasti jenama apa kerana melihat daripada jauh). Gadis –gadis tersebut berjalan dan menjauhi pandangan aku dan sahabatku. Aku dan sahabat aku cuma membuat ulasan ringkas sahaja dan satu pertanyaan dalam kepala aku kemana kah arah mereka tuju selepas mereka dalam keadaan yang tidak tentu hala. Yang pasti mereka akan sesat di kuala lumpur.

Budaya barat...budaya kita

Kekadang aku sudah bosan mendengar peceramah atau guru-guru yang membuat kesimpulan dan mengatakan keruntuhan akhlak masyarakat kita berpunca daripada budaya barat. Sikit sikit pengaruh daripada budaya barat. Menagih dadah, minum arak dan sebagainya dikatakan berpunca daripada pengaruh budaya barat. Pengaruh musik daripada kumpulan –kumpulan band daripada Amarika. Sedangkan orang Amarika tidak pernah menilai keruntuhan akhlak rakyatnya berpunca daripada pengaruh budaya timur yang negatif. Saya suka melihat masalah ini berpunca daripada kurangnya amalan agama di kalangan masyarakat. Ibu bapa lebih mementingkan akademik daripada nilai-nilai agama dan akhlak yang sepatutnya ada pada anak meraka. Bila pada satu tahap berlaku keruntuhan moral, keterlanjuran pelbagai pihak akan disalahkan untuk menutup kelamahan mereka dalam bab menjaga dan mendidik anak-anak.
Seringkali difokuskan oleh penceramah kerosakkan akhlak budaya anak-anak Melayu adalah disebabkan penularan budaya barat. Komentar tentang pengaruh anak-anak muda yang kerosakkan akhlak disebabkan pengaruh budaya barat adalah panjang dan sukar untuk mencari titik kesudahan untuk satu penyelesaian masalah bagi kerosakkan akhlak muda mudi kita. Memandangkan dengan bekembangnya kemudahan perkongsian maklumat melalui internet mahupun teknologi mobil semakin sukar untuk dibendung penularan budaya budaya negatif daripada luar. Berbalik kita kepada pepatah Melayu yang merupakan pesanan orang-orang tua berzaman lamanya. Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Penerapan nilai-nilai agama dan moral positif perlu semenjak daripada anak-anak belum mengenal huruf lagi supaya menjadi benteng dan pelindung daripada segala anasir-anasir yang negatif seperti lapisan ozon melindungi bumi daripada sinar uv dan sinar-sinar yang berbahaya. Oleh itu tepuk dada tanya iman. Cukupkah muhasabah diri untuk terus menunding jari ke arah orang lain untuk menutup kelemahan diri yang berterusan

Tuesday, November 13, 2007

Rintihan Rindu Buat Ayah

Posted by Pengembara Lara On 10:43 AM

Rintihan Rindu Buat Ayah
Ayah……
Di mana ayah
disaat ku memerlukan mu di sisi
ayah pergi
jauh di sudut hati
dulu ayah begitu mesra
aku ditatang bagai minyak yang penuh
dimanja dengan penuh kasih sayang
perhatian yang ayah berikan tak berbelah bahagi.

Ayah……
Kini anak ayah sudah dewasa
mendapat pendidikan terbaik
memegang jawatan tinggi
segala penat jerih ayah berikan sudah terbukti.

Namun….
Awan kelabu menyelubungi diri
ribut melanda segenap fikiran
penderitaan bagaikan darah daging
lautan air mata melemaskan diri
kembalilah ayah.




Ayah…..
Walaupun teleh ketahui
perpisahan ini bukan dipinta
terpaksa ku merelakannya
yang berlalu biar berlalu
sememangnya kita tidak ditakdirkan
bersama
terimalah kehendaknya
walaupun sukar untuk ditelan
kita dicipta bukan untuk selamanya…

Ayah……
Air mata ini mengalir kecewa
pengorbanan ku bak tak berharga
hati ini menjerit pilu
kenangkan kembali saat bahagia
bersama kasih mesra mu,
kini ayah tiada lagi
yang tinggal hanya mimpi
ayah pergi mengadap ilahi
hanya doa-doa mengiringi kami
semoga ayah lena bersemandi.
Amin…..

Nukilan Nik, 04….
(Nik Zahari NiK Soh )

Sunday, July 29, 2007

Terima Kasih Guru Tua

Posted by Pengembara Lara On 1:08 PM




Terima Kasih Guru Tua

Malam ini akan ku baca
Sebuah puisi untukmu guru tua
Termenung dan bersandar di tiang usia
Mengenang bilik darjah dan papan hitam
Mengisi jiwa muridmu


Guru tua tersenyum sendirian
Dengan bahasa kerinduan
Kembali mentafsir makna pengorbanan
Dan perjuangan bangsa tercinta

Malam ini akan ku baca puisi kejayaanmu
Lihatlah tinggi bangunan tersegam
Kukuh menjulang tegap ke langit
Ilmumu guru terpancar di puncak

Lihat betapa tekun seorang pensyarah
Menyebar ilmu tanpa sempadan
Suci nasihatmu g tersemat di dada

Lihatlah betapa hebat seorang perdana menteri
Negara maju rakyat terbilang
Pesan darimu guru tak mampu dibilang

Lihatkan pewira-pewira negara
Darah dan nyawa taruhan pertiwi
Semangat juangmu dibawa bersama

Lihatlah betapa mulia seorang doktor
Indah budi melayan pesakit
Sekalung penghargaan untukmu guru

Malam ini akan ku baca puisi untukmu guru
Untuk terus mengenang jasa dan bakti
Jiwaku terbentuk acuan suci
Dari ilmu seikhlas pemberian
Terima kasih guruku

By : Sayed Mahazan Bin Sayed Daud

Wednesday, July 25, 2007

7.07.07 Bertunang … Tuhan yang menentukan

Posted by Pengembara Lara On 2:43 PM

7.07.07 Bertunang … Tuhan yang menentukan

Tarikh 7.7.07 satu tarikh yang cantik . Angka tujuh yang berderetan dalam satu tarikh amat menarik dan dipercayai mempunyai tuah yang tersendiri. Dua tahun lepas aku ada merancang untuk bertunang pada tarikh tersebut dengan alasan tarikh yang keramat tersebut aku nak abadikan satu peristiwa penting dalam hidup ini . Tapi tak jadi pula . Banyak factor yang menyebabkan cita-cita untuk bertunang pada tarikh tersebut tidak jadi dan factok paling utama, aku rasa ialah aku sendiri belum bersedia lagi lagipun calon pun tak ada lagi .Oleh yang demikian angan-angan sahaja aku di situ . Tarikh tersebut sempat juga aku abadikan satu kenangan . Tarikh aku meletakkan jawatan di tempat pertama aku mula bekerja ( Menara Kinetik Sdn. Bhd ). Aku berhenti bekerja pada tarikh tersebut dengan belum ada calon untuk bertunang .

Selamat Tinggal Menara Kinetik Sdn . Bhd

Kenangan manis dan pahit sentiasa bersilih ganti .Banayak kenangan manis perlu diingat daripada megenangkan kenangan pahit yang membuat kita menjadi tidak tenang .Apapun aku amat berterima kasih kepada C.E.O Menara Kinetik Sdn . Bhd (En . Shaharuddin Bin Hassim ) yang memberi peluang untuk aku bekerja .Begitu juga dengan staf yang lain En .Kamal (Pengurus Pentadbiran ) selaku penasihat jiwa. En . Hishamuddin (Pegawai pemasan yang serba boleh) banyak memudahkan kerja orang lain termasuk aku. Azril Kassim ( Pengarah Menara Kinetik Sdn . Bhd ) Banyak membantu dalam membuat design dan memberi tunjuk ajar.Affandy Pegawai pemasaran merangkap designer turut sama membantu dalam urusan design aku . Hazwan ( Pekerja baru ) Pengalaman sesat di kepong tidak dapat dilupakan . Dengan pesanan angan jadi macam iguana kat A&L nampak ganas tapi tak hebat sangat . Hafiz (Rocker) teruskan kerja seni tu .Begitu juga sahabat-sahabat dari seberang Thor, Pri , Rini, Tono. Apapun teruskan perjuangan . buatlah kerja dengan jujur dan sebaik mungkin . Hargailah orang-orang yang berada disamping kita dan menolong kita . Begitu juga kita semua jadilah watak yang memudahkan kerja orang bukan menyusahkan orang . Terima kasih semua…..


Rindu Yang Berbeza

Posted by Pengembara Lara On 2:41 PM


Kembali ke Sekolah … Selamat menuntut ilmu



Setelah hampir dua tahun meninggalkan zaman pembelajaran , kali ini aku berpeluang untuk meneruskan pembelajaran secara formal. Memang rasa seronok sangat , suatu zaman yang dirindui menjadi suatu kenyataan. Kawan baru ,persekitaran baru memang membuat aku rasa kekok untuk menyesuaikan diri. Lagipun telah lama meninggalkan zaman mengikuti peraturan pelajar ni. Dengan ragam kawan pelbagai latar belakang membuat aku lebih seronok untuk berkongsi cerita dan pengalaman. Yang pasti di kalangan sahabat baru ini, mereka lebih dahulu merasai manis dan pahit kehidupan daripada aku.Kebanyakan daripada mereka sudah mendirikan rumah tangga dan mempunyai anak. Mereka sudah mendalami makna kehidupan lebih daripada aku. Perwatakan dan pentafsiran yang mereka buat tentang kehidupan pun agak berbeza daripada aku dan beberapa sahabat lain yang belum berkahwin..Apapun selamat berkenalan sahabatku semua..

Rindu Yang Berbeza

Seingat aku semasa mendaftar diri memasuki matrikulasi dan Universiti Putra Malaysia , ramai pelajar-pelajar baru yang bermuka sedih dan menangis di dalam hati mengenangkan ayahbonda di kampung halaman. Ada juga yang mengenangkan kawan-kawan seperjuangan dan sepermainan yang jauh di sana. Berlainan pula di IPRM. Tafsiran rindu dan bermuka sedih mengingatkan kampung tidak boleh lagi ditafsir pada tafsiran umum. Rindu di sini berbeza maksudnya. Ada yang rindukan ayah bonda.Ada yang rindukan suami , ada yang rindukan isteri dan paling hebat aku rasa , ada yang merindukan anak. Memang jauh berbeza tafsir rindu aku dan rindu mereka. Gambar di telefon bimbit hanya gambar anak tercinta untuk di lihat pada waktu kerinduan dan di kongsi bersama dengan rakan-rakan yang lain. Jelas kelihatan kerinduan diwajah seorang ibu apabila suaminya menelefon bercerita anak yang sulung ingin mendengar suara mamanya. Memang banyak cerita kerinduan di sini. Begitu juga dengan kisah seorang bapa yang lebih rindukan anaknya yang sulung daripada rindukan isterinya. Kalau kisah rindu kekasih atau tunang hanyalah kisah biasa dan tidak setanding dengan kisah rindu suami isteri dan rindu mama pada anak kecilnya….Sememangnya Rindu Kita Berbeza…


Papa Sayang Kamu

20/Julai seorang sahabat dari kumpulan yang sama mencatat satu detik sejarah yang penting dalam kehidupannya apabila mendapat anugerah menjadi bapa. Satu gelaran yang perlu menjalani banyak proses. Jelas kelihatan kegembiraan di wajahnya apabila mendapat berita isterinya berjaya melahirkan seorang puteri. Ini suatu kisah kerinduan yang paling mencabar apabila tidak sempat melihat anak pertama yang lahir kerana berjauhan. Ini suatu pengorbanan yang besar bagi seorang ayah untuk mencapai cita-citanya dan demi kebahagian keluarga. Papa sayang kamu.. mungkin itulah ucapan yang sering di luahkan di dalam hatinya ketika kerinduan … Tahniah Zahardi…


Angan Dan Sedar

Posted by Pengembara Lara On 2:35 PM





Angan & Sedar

Mohon selembar harapan
Buatku sedang rawan
Biarpun sekadar cuma senyuman
Ikhlas kau pujaan

Mohon sesaat berangan
Buatku meleraikan
Apapun hiba dan tangisan
Menawan segala perasaan

Aku sedar siapa diriku
Aku dah tahu
Siapa aku
Aku sedar
Dan merasa malu
Aku sangatlah mahu
Berterima kasih
Sungguh

Langsung tak pernah marah walaupun sekali
Seakan memahami
Langsung tak pernah kasar dalam berbahasa
Menjaga maruahku
Langsung tak pernah jeling menunjukkan benci
Pada diriku ini
Buatku tak pernah akan pernah menyesal
Menagih cintumu biarku membelai rindu

Mohon secebis kasihan
Jangan ku dilupakan
Dalam lipatan kenangan
Pencinta dikau duk diipersimpangan





Lagu angan dan sedar ini memang menarik dan mempunyai maksud yang tersirat walaupun menggunakan bahasa yang mudah sahaja. Kalau dibaca sekali lalu lagu ini mudah untuk dimengertikan dengan makna seorang lelaki memuja kekasihnya dan amat bersyukur mendapat kekasihnya yang amat memahami. Saya pun turut terpengaruh dengan makna sedemikian. Tetapi setelah saya membaca acap kali saya dapati lirik lagu tersebut mempunyai makna yang lain. Lirik tersbut dibuat oleh sifu M.Narir dan kita telah sedia maklum M.Nasir jarang sekali membuat lirik yang begitu mudah untuk ditafsir. Setelah saya baca dan menghayati beberapa kali lirik lagu tersebut saya dapati lirik lagu tersebut mengisahkan seorang suami yang ingin berkahwin dua tetapi pada akhirnya hasrat tersebut dibatalkan kerana mengenangkan betapa baik dan setia isterinya Pada tajuk tersebut pun kita dapat fahami angan bermaksud si suami berangan untuk berkahwin lagi dan sedar bermaksud dia sedar hakikat sebenarnya bahawa tiada sebab untuk dia berkahwin lebih dari satu kerana kesetiaan isterinya.


Mohon selembar harapan
Buatku sedang rawan
Biarpun sekadar cuma senyuman
Ikhlas kau pujaan

Lirik ini bermaksud si suami dalam proses memujuk dan ingin kembali pada isterinya. Isterinya telah merajuk padanya setelah tahu niat dan hasrat hatinya yang ingin berkahwin lagi.

Mohon sesaat berangan
Buatku meleraikan
Apapun hiba dan tangisan
Menawan segala perasaan


Si suami mengenang kembali perbuatannya yang telah diperlakukan pada isterinya. Dalam ayat di atas mungkin ada sesuatu yang diharapkan dari isterinya tetapi tidak dapat ditunaikan oleh isterinya membuat perasaan suami merasa hiba. Namun setelah dia mengenang kembali kebaikan isterinya pada dirinya perasaan tertawan kembali menyelimuti perasaannya.

Aku sedar siapa diriku
Aku dah tahu
Siapa aku
Aku sedar
Dan merasa malu
Aku sangatlah mahu
Berterima kasih
Sungguh

Si suami mula merasa bersalah dengan perbuatannya terhadap isterinya membuat dia merasa sedar dan malu dengan keputusan dan tindakannya.


Langsung tak pernah marah walaupun sekali
Seakan memahami
Langsung tak pernah kasar dalam berbahasa
Menjaga maruahku
Langsung tak pernah jeling menunjukkan benci
Pada diriku ini
Buatku tak pernah akan pernah menyesal
Menagih cintamu biarku membelai rindu

Rangkap di atas menerangkan si suami mengenangkan kebaikan yang telah dilakukan oleh isterinya padanya membuat dia tak pernah menyesal untuk menagih cinta isterinya buat kali kedua.

Mohon secebis kasihan
Jangan ku dilupakan
Dalam lipatan kenangan
Pencinta dikau dipersimpangan


Rangkap ayat ini pual boleh ditafsir si suami memohon pertimbangan dari isterinya untuk kembali hidup bersama seperti dahulu. Bercinta di persimpangan di sini memberi maksud pilihan hati si suami untuk berkahwin seoarang lagi.

Begitulah serba ringkas tafsiran yang mampu saya buat Hanya penulis lirik yang tahu makna sebenar.

Saturday, May 05, 2007

Posted by Pengembara Lara On 2:23 PM

Kemaafan ….Tiada manusia sempurna

Maaf . Satu ucapan saya selalu kita dengar . Mungkin selalu juga kita memohon maaf darupada seseorang akibat daripada kesalahan yang pernah kita buat kepada orang tersebut . Seseorang yang memohon maaf akan merasa lega setelah permohonan maaf yang diluahkan diterima oleh orang yang telah dilakukan kesalahan terhadapnya. Sedikit beban perasaan bersalah dalam diri pemohon maaf akan berkurang . Begitulah yang biasa akan dirasai oleh seseorang yang memohon kemaafan .

Dimaafkan tidak mesti dilupakan….

Tiada manusia yang sempurna dan tidak pernah lalai dalam dunia ini. Sifat sempurna pun bukan milik manusia. Kesempurnaan total hanya angan-angan sahaja sekiranya manusia mengidamkannya. Sejarah hidup manusia memang selalu tercatat secara langsung atau pun tidak . Kekadang kesalahan yang kita lakukan memang sukar untuk dipadam pada ingatan seseorang yang telah kita lakukan kesalahan terhadapnya. Kita memang rasa sedikit tenang dan bahagia kerana ucapan maaf yang kita luahkan dengan seribu kekesalan diterima oleh seseoarang yang kita telah lakukan kesalahan . Satu kesimpulan ringkas di sini . Memaafkan tidak semestinya melupakan kesalahan yang telah dilakukan.

Kita Insan Yang Lemah…. Dan Serba Kurang.. Jangan Berdendam

Berbalik kepada sikap manusia yang selalu terkait dengan kelemahan dan ketidasempurnaan. Kita seharusnya ingat kita sendiripun pernah melakukan kesalahan dan kita pun pernah dimaafkan oleh seseorang suatu masa dahulu . Memang saya akui agak sukar untuk kita melupakan kesalahan orang lain terhadap kita . Tambahan lagi kita jenis orang yang sensitive bangat . Walaupun kita tidak mampu melupakan kesalahan seseorang terhadap kita tetapi seeloknya tak usahlah kita menaruh perasaan dendam dan berperangsangka buruk bahawa seseorang itu tidak mustahil untuk mengulangi lagi kesalahan tersebut . Ini suatu sikap yang buruk Kemaafan yang kita berikan sebenarnya belum ikhlas lagi sekiranya kita masih tidak mampu membuang sikap tersebut . Ungkapan biasa yang kita dengar . Sedangkan Nabi maafkan umatnya ini kan pula kita manusia biasa.Semestinya kita bukan Nabi malahan manusia yang terkait dengan kekurangan dan kelemahan .

Friday, April 20, 2007

Dalam sebuah skrip ada tertulis

Posted by Pengembara Lara On 6:08 PM

Kesempurnaan Cinta-Sebuah Skrip Hidup

“Betul ke abang sayang saya ni , kalau abang jumpa yang lebih baik dan sempurna dari saya macam mana?”

Skrip ini diluahkan oleh seorang wanita yang sayang pada pasangannya. Skrip ni skrip umum mungkin juga sesetengah babak yang lain diucap oleh lelaki. Rasa yang sayang dan kurang yakin menyebabkan terluahnya skrip tersebut. Kekadang kalau kita sayang pada seseorang pun membuat kita rasa kuarang percaya dan selalu membuat kita berfikir yang bukan-bukan dan was-was. Ini sebenarnya perasaan biasa. Perasaan mahukan keyakinan pada pasangan atau pun orang yang kita sayang . Bukan benda yang murah dipertaruhkan . Hati , perasaan , masa depan kehidupan dan sebagainya. Lebih-lebih pula kalau perempuan . Apabila menjadi isteri memang terikat dengan ketaatan dan rasa tanggungjawab yang perlu .

Sempurna.. Dimana titiknya….

Berbicara dan berfikir kita tentang kesempurnaan. Satu soalan yang mudah dan sukar untuk dijawab walaupun sedia maklum jawapanya telah ada .Sempurna memang susah untuk menepati tuntutanya kalau tiada batasan kita sendiri . Tuntutan sempurna biasanya bercampur dengan tuntunan nafsu , kesenangan dan keselesaan . Bak kata orang Melayu , bagi betis nak peha , bagi peha nak yang atas lagi dan seterusnya . Ikut nafsu memang banyak kehendaknya sekiranya kesempurnaan itu dilandaskan pada nafsu . Oleh yang demikian jadikanlah iman untuk menilai kesempurnaan . Satu perkara yang kita perlu fikir juga , diri kita ni cukup sempurnakah untuk mencari pasangan yang sempurna...??

“Abang sayang ** betul2… kalau abang nak cari yang betul2 sempurna sampai bila pencarian abang tak akan berakhir ..Cukuplah cinta dan sayang ini untuk ** sahaja”

Begitulah sebuah skrip yang ringkas untuk kita hayati bersama. Kisah sejarah manusia memang banyak kisah cinta..Cinta untuk dinikmati bukan untuk ditangisi ..

By : Sayed Mahazan Bin Sayed Daud .

Friday, March 23, 2007

Kau hancurkan lagi hatiku …

Posted by Pengembara Lara On 10:54 AM

Kau hancurkan lagi hatiku …


Pagi ini entah lena aku terganggu . Bunyi luahan perasaan yang tidak menyenangkan . Anak jiran sebelah rumah aku berkaroke pagi-pagi lagi . Faham-faham sendirilah kalau berkaroke sekitar rumah flat . Bukan kedap bunyi sangat. Entah apa yang terjadi pada anak jiran aku pun aku tak tahu . Nak kata berlatih untuk untuk masuk Af dah lepas . Peserta dah dipilih . Lagu dari peterpan band Indonesia dinyanyikan dengan penuh perasaan . Aku tak berapa ingat tajuk lagu tu . Tapi sesetengah lirik dalam lagu tersebut memang aku ingat “ Kau hancurkan hatiku.. hancurkan lagi …” begitulah lagu yang dinyanyikan . Budak tu menyanyi dengan penuh perasaan seoalah-olah meluahkan perasaanya. Perkataan hancur disebut dengan penuh perasaan . Sehingga aku yang mendengarkan dapat merasa kehancuran daripada perkataan hancur yang disebut dengan penuh perasaan . Walaupun suara budak tu tak berapa best sangat tetapi memandangkan dia menyanyikan lagu tersebut dengan penghayatan emosi sempurna membuat lagu yang dinyanyikan tersebut ada “power” . Itu belum aku lihat memek muka panyanyi tersebut . Tidak mustahil dia menyanyi sambil mengalirkan air mata . Aku yang mendengarnya juga turut bersedih .

Awek di cinta dirampas oleh orang .


Aku hanya mengagak sahaja, mungkin budak tersebut mempunyai awek dan awek tersebut dirampas oleh jejaka lain . Mungkin dengan kelebihan yang ada pada jejaka tersebut dapat merampas heroin daripada tangan hero . Begitulah logiknya kehancuran sebuah hati . Kalau setakat bergaduh biasa hati tidaklah hancur sangat.. mugkin baru retak tu ajer. Sebab apabila sesuatu benda hancur memang susah bak di baiki. Kalau retak atau terbelah dua mugkin ada jalan lagi untuk mencantumkan .


Tidur yang terganggu .

Mula-mula rasa nak marah juga kat budak tu . Siapa yang tak rasa nak marah , hari minggu baru nak tidur lebih sket qada semalam balik lambat jumpa member tetiba pagi yang sunyi di ganggu dengan luahan perasaan kecewa. Tapi nasib baik juga dia menyanyi pada waktu pagi kalau menyanyi waktu malam mungkin rumah dia bakal diserang kot , maklumlah penghuni rumah flat ni ramai yang ada anak kecik. Aku cuba faham masalah budak tersebut dan kesalahan dia kali ini mungkin dapat dimaafkan asal hatinya gembira. Begitulah biasanya .

Friday, March 09, 2007

Lagikan lidah boleh tergigit inikan pula pasangan hidup…

Posted by Pengembara Lara On 4:04 PM


Bergaduh Sambil Main Badminton …


Hari minggu memang hari untuk berehat dan rehatkan diri dari asyik duk fikir fasal kerja.Biasanya kalau hari minggu saya selalu menonton wayang atau baca beberapa buku . Kalau saya tidak berhajat untuk keluar menikmati kesibukan kota yang tak pernah reda saya akan bangun lewat sedikit dalam pukul 9 atau sepuluh. Tapi pada suatu hari ..dari rumah tingkat kedua ,, terdengar pasangan suami isteri berketurunan cina bergaduh . Saya memang tak pernah lihat pasangan suami isteri bergaduh macam mana . Dalam drama swasta dan filem –filem adalah .Kali ini kali pertama saya melihat dan menonton secara live. Bukan apa situasi gamat suara lelaki memarahi isterinya di pagi tersebut mengganggu lena saya . Paling saya pelik kenapa mereka bergaduh di luar rumah dan berhampiran pula dengan gelanggang badminton .Bila bergaduh dalam kawasan lapang macam tu memang suara pergaduhan mereka jelas kedengaran. Mula-mula saya lihar scene perempuan memaki si lelaki dan tentunya dalam bahasa cina . Bertuahnya mereka rahsia mereka tidak dapat diketahui oleh orang Melayu kenapa mereka bergaduh . Saya lihat hero atau lelaki tenang sahaja . Membiarkan sahaja isterinya memaki, Panjang juga isterinya memaki . Pergerakan tangan jangan cerita lah di tambah pula dengan riak wajah marah seorang perempuan. Hairan lelaki tersebut boleh buat tak tahu sahaja dan tahan telinga. Saya pun tak pasti sama ada lelaki tersebut seorang penyabar atau dia memang buat salah ……

Hantar saya ke rumah orang Tua Saya ….Saya dah tak tahan dengan sikap awak

Hampir 20 minit mereka bergaduh . Nampaknya memang tak ada jalan penyelesaian. Si isteri semakin menangis. Ni memang adengan sedih . Tetiba si isteri masuk ke dalam rumah . Tapi suami dia tak ikut sekali masih kat luar rumah . 5 minit kemudian si isteri keluar dengan beg besar . Confirm nak balik kampung atau rumah kedua ibu bapa. Ada adengan memujuk sikit daripada lelaki . Mungkin si isteri mengungkit semasa zaman bercinta dahulu .” Dulu masa bercinta abang bukan main lagi , tak jumpa saya sehari bagai seribu tahun , call saya jangan cerita lah setiap aktiviti abang , abang call saya buat report” Mungkin itu yang diucapkan oleh si isteri . Saya pun tak berapa faham sebab dalam bahasa Cina. Memang masa bercinta bukan main lagi .


Pelukkan mesra tanda kasih sayang

Hero nampak semakin mengalah . Tapi yang bagus adengan ni tangan hero tak naik pun kat muka isterinya . Memang hero ni kool bangat . Lama juga adengan pujuk memujuk yang tak ada skrip ini terjadi .Macam-macam gaya hero memujuk isterinya dan babak yang terakhir hero menggunakan kuasa tangannya yang bersalut perasaan kasih sayangnya yang sejati dengan memeluk erat isterinya. Memang ending babak yang paling buat saya terharu . Selepas itu mereka sama-sama masuk ke dalam rumah . Eh pelik pulak kena peluk terus cair perempuan tu . Bahaya betul kuasa pelukkan ini .Kesimpulannya peluklah orang anda sayang sebagai tanda kasih sayang anda . Ayah memeluk anak , isteri memeluk suami dan sebagainya .

Begitulah sebuah kisah benar pergaduhan sepasang suami isteri .Paling menarik watak lelaki yang kool tak melayan sangat mak hamun , caci maki isterinya kerana dia yakin dia ada kuasa tangan yang hebat …

Cinta adalah keabadian...dan kenangan adalah hal terindah yang pernah dialami

Wednesday, March 07, 2007

Lagu Dan Kenangan …

Posted by Pengembara Lara On 5:21 PM


Lagu Dan Kenangan …

Boleh dikatakan semua orang ada lagu kegemaran . dan kesukaan . Alasan untuk menyukai lagu tersebut bergantung kepada nilai lagu tersebut . Bagi aku banyak lagu yang aku minat mempunyai kenangan yang tersendiri . Semasa darjah satu di sekolah aku dahulu ada mata pelajaran muzik . Masih aku ingat sebuah lagu yang berbunyi “ ku tanam pokok bunga , bunga mawar namanya , ku siram dan ku jaga lama besar jadinya ‘ lebih kurang macam tu lah bunyi lagu tersebut . Sampai aku meningkat dewasa pun melodi dan lirik lagu tersebut masih aku ingat . Dan setiap kali aku ingat lagu tersebut terus membawa aku pada kenangan semasa sekolah rendah pada suatu masa dahulu. Memang kenagan yang indah

Lagu cinta lagu rindu ..

Tidak dapat di nafikan lagu –lagu yang berunsurkan cinta dan rindu mendapat tarikan para pendengar musik terutama golongan remaja termasuk aku juga . Bukan apa, sebab lagu-lagu cinta-cantun senang dihayati Lagu-lagu macam ni selalunya membawa aku dan orang yang seumpama ku mengenangkan rasa dan perasaan cinta pada seseorang . Ada rasa cinta yang sempat terluah dan ada rasa cinta yang di pendam dan hilang begitu sahaja Memang seronok bila mendengar lagu-lagu sedemikian . Cukup menghiburkan . Ada sebuah lagu yang mampu membuat aku ingat pada seseorang …sebuah lagu dari kumpulan exist yang bertajuk “ Kerana percayakan Siti “ sebuah lagu yang ditulis lirik oleh penulis lirk terkenal tanah air iaitu saudara Lolok. Selaku penulis lirik rasmi lagu M. Nasir . Setiap kali lagu tersebut aku dengar kat radio atau Tv T terus ingatan aku teringatkan seorang gadis . Mungkin telah berpunya sekarang …

Kelabu …lagu warna warni …

Aku ada kenal serang member . Agak pediam, Tapi dalam diam dia sempat juga dia mencipta lagu yang agak sering diputarkan oleh dj radio . Lagu tersebut bertajuk Kelabu nyanyian Adibah Noor . Memang aku suka lagu tu . Dengar pun best . Macam tak percaya pula member aku boleh lagu sehebat itu . Tapi biasalah orang hebat ni dia tak menunjuk sangat . Bak kata orang diam-diam ubi berisi. Jangan jadi macam lalang cukuplah hidup kita ni . Setiap kali aku dengar lagu tersebut kat radio terus aku ingat kat member aku ni . Memang aku percaya lagu boleh membawa kita kepada suatu kenangan dan ingatan kita pada seseorang kerana pada lagu tersebut kita telah set kat dalam kepala kita bila kita dengar lagu tersebut siapa yang kita ingat. Begitulah biasanya . Wassalam …..Zam aku doakan moga kau cepat sembuh dan dapat keluar dari hospital awak sikit . Amin. Kelabu kesihatan .

BY: Sayed Mahazan

Saturday, March 03, 2007

No Women No Cry …

Posted by Pengembara Lara On 12:50 PM


No Women No Cry …

Hari minggu kalau berkesempatan aku akan lepak kat Central Market (Pasar Seni) Tempat itu tidaklah cantik sangat. Biasa sahaja . Tetapi sering mejadi tumpuan pelancong kerana di situ banyak barang-barang kraftangan boleh didapati . Menarik juga tempat tu ada pelukis-pelukis sepenuh masa dengan gaya yang tersendiri . Biasanya di luar Central Market ada orang menyanyi atau lebih dikenali sebagai penyanyi jalanan . Mereka ni memang gemar menyanyi lagu-lagu puisi dan berunsurkan kemanusian . Ada juga dinyanyikan lagu-lagu yang popular . Boleh di katakan setiap kali aku lepak di central market ada satu group penyayi jalanan ini akan menyanyikan lagu dari Bob Marley .. No Women No Cry .. lagu tu memang best bagi aku walaupun aku tak berapa faham sangat …..

Kesempurnaan Cinta … hanya alasan

Dalam hidup ini memang susah untuk mendapat kesempurnaan dalam Sesuatu perkara . Jarang sangat benda di atas muka bumi ini yang bersifat sempurna . Terutama untuk mencari pasangan hidup . Untuk mencari seseorang yang cukup sempurna memenuhi cita rasa dan cinta rasa memang susah bangat . Teruma perempuan kekadang sangat cerewet mencari pakwe . Nak macam tu lah , macam nil ah . Lastly tengok2 dia kawin dengan orang yang berumur dan kaya . Sebab selain cinta yang difikirkan untuk mencari pasangan kesenangan dalam hidup turut dihitung . Kekadang kesenangan dalam hidup menjadi perkara utama .

Sayang awak .. tapi mahu mencari yang lebih baik …

Kes macam ni sering terjadi .Kalau sesiapa terkena kes macam ni tak payahlah rasa pelik sangat . Sayang bukan main , Tiap –tiap kali mesej tak pernah tak sayang ,,, good nite sayang ,,dah makan ke sayang ,,, dan macam2 macam lagi lah sayang .. Dating jangan cerita . Habis taman bunga . Habis cerita kat cinema di tonton bersama tetapi bila salah seorang dari pasangan minta hubungan lebih serius lagi . Seperti nak jadikan teman hidup( Bertunang dan kahwin ) mula lah gelabah dan mulalah kesempurnaan menjadi alasan. Mengikut kajian saya . Tiga perkara sahaja yang punca utama mengapa pasangan tersebut idak mampu meneruskan hubungan denagn lebih serius .

1- Kerana tidak yakin dengan kasih sayang yang diberikan oleh pasangan

2- Tidak yakin dapat hidup bahagia denagn pasangan tersebut .

3- Diri mampu mencari pasangan yang lebih hebat lagi . So buat apa untuk meneruskan hubungan yang lebih serius .

Selain daripada 3 faktor di atas banyak lagi factor-faktor kecil. Seperti bercinta hanya nak mencuba dan mengenal perangai sahaja. Uji kehebatan diri ….dan macam-macam lagi lah ..Apapun bunga bukan sekuntum ,kumbang bukan seekor …dan akan menjadi amat murah kata-kata atau luahan cinta kepada seseoarang tetapi tidak sanggup untuk hidup bersama . Kata-kata untuk direnung bersama.

“Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan kerana perginya tanpa berpatah lagi.”

Monday, December 25, 2006

Berjauhan Dengan Insan Tersayang

Posted by Pengembara Lara On 11:23 AM


Berjauhan dengan yang tersayang ..

Rasa rindu ini semakin hari semakin parah .Detik perpisahan semalam umpama baru sahaja terjadi Bukan tak pernah berpisah . Selalu perpisah dan jarang sekali bertemu . Kalau bertemu pun hanya ada keluangan cuti dan hari raya sahaja. Bukan tak pernah berjauhan . Selalu berjauhan. Berpisah dan berjauhan itu sudah sering kali . Tapi untuk kali ini rindu membara-bara. Malam terigau siang terkenang . Baru aku mengerti berjauhan memang banyak mengajar erti rindu dan sayang. Semakin jauh semakin rindu dan semakin sayang . Biasanya dapat berhubung melalui telefon untuk melepaskan rindu dan sebagai tanda ingatan dan sayang tapi buat kali ini susah dan agak susah . Sudah hampir berminggu tidak bercakap melalui telefon dan bertanya khabar . Rasa risau sering melekat pada diri ini tentang keadaanmu yang jauh disana. Harap selalu dirimu sihat dan dalam lindunganNya selalu . Hanya doa sahaja pengubat kerisaauan hari-hariku padamu. Tidak pernah jemu doa aku padamu supaya engkau tenang di sana. Setiap kali solat mahupun di luar solat . Setiap kali teringat dirimu aku akan memdoakan dirimu . Risau sahaja aku melihat gambarmu di atas meja kerjaku . Melihat gambarmu aku semakin rindu dan teringat. Ingatan aku padamu membuat aku semakin risau tentangmu .Ini saat kerinduan dan kasih sayang aku padamu teruji. Tidak terbayang macam mana lagi sekiranya engkau kembali padaNya. Mungkin aku menjadi insan yang terkurang kasih sayang seorang insan yang sangat aku sayang dan insan yang sangat menyayangi aku ,

Walaupun pemergianmu ini satu kewajiban dan ketentuan. Tetapi aku disini menjadi insan yang tidak sabar menanti kepulanganmu . Dan sesungguhnya aku insan yang sangat merinduimu.. Semoga rindu ini terubat bila berjumpamu nanti ..Semoga bonda selamat pulang dari Makkah .
By: Sayed Mahazan Bin Sayed Daud

Friday, November 17, 2006

Tujuh Nafas Lagi

Posted by Pengembara Lara On 10:16 AM

Tujuh Nafas Lagi

Lirik dan Lagu : M. Nasir

Inikah dia yang kuimpikan
Dalam lambaian firdausi
Kali ini kuharapkan
Bukan Fatamorgana lagi

Jiwa lama bersengketa
Sedang hakikatnya kita sama-sama redha
Hati hamba dah besedia
Perjalanan ini tinggal tujuh nafas lagi

Sepertimu ,aku juga pernah
Persoalkan kekuatan batinku
Dalam seribu kekalutan ku cinta
Dalam sejuta resah ku cinta
Dalam mimpi ngeri aku lihat cinta
Dalam rasa paling rendah
Ku angkat cinta

Rinduku bukan kemurahan
Jika mahu dianggap mainan
Kau Tanya bilangan namamu ku sebut
Jawabnya hanya sekali
Lafaz tak terputus

Cinta ku yang ku maksudkan
Seperti buih-buih di milik lautan
Seperti nafas yang meresapi badan
Seperti kenangan yang tak pernah luput
Selamanya…….

Lagu tujuh nafas lagi ini dicipta sepenuhnya oleh M.Nasir dengan liriknya sekali. Lagu ini memang sukar untuk ditafsir. Sekali baca lirik ini mungkin ada unsur ketuhanan dan kesufian. Kemungkinan ada juga, sebab banyak lirik yang dibuat oleh M.nasir sebelum ini menuju ke arah itu . Tetapi untuk lagu ini saya suka mentafsir kisah kekasih yang membuat keputusan untuk berjauhan buat sementara waktu kerana ada perselisihan faham di antara mereka dan mereka ,membuat keputusan untuk kembali bersama selepas persengketaan itu .. Saya suka mentafsir perselisihan itu di antara suami dan isteri . Mereka sama-sama mempunyai keraguan atas kesetian dan cinta masing-masing sehingga berlaku persengketaan beberapa kali . Sama-sama perhatikan ayat-ayat di bawah dan tafsir ringkas yang dibuat oleh saya secara peribadi .

Inikah dia yang kuimpikan
Dalam lambaian firdausi
Kali ini kuharapkan
Bukan Fatamorgana lagi

Daripada ayat ini dapat saya tafsirkan , pasangan tersebut mengambil keputusan untuk berbaik semula selepas beberapa kali meraka bersengketa dan si suami berharap si isteri betul-betul mempecayai kesetian dan cintanya dan berharap mereka saling mempercayai antara satu sama lain selamanya tanpa persengketaan lagi selepas timbul perasaan insaf( lambaian firdausi bermaksud keinsafan atau sesuatu peristiwa atau keputusan yang baik)


Jiwa lama bersengketa
Sedang hakikatnya kita sama-sama redha

Ayat ini bermaksud saling tidak mempercayai antara mereka berdua membuat mereka bersengketa walaupun meraka berdua mengetahui diatara kedua-dua mereka masing-masing mempunyai kelemahan diri .

Hati hamba dah besedia
Perjalanan ini tinggal tujuh nafas lagi


Dalam ayat ini bermaksud si suami sudah bersedia menjadi suami yang terbaik dan cuba menjauhi segala ketidak percayaan si isteri kerana dia tahu hidup ini tidak lama hanya tinggal tujuh nafas lagi . Ayat tujuh nafas lagi susah saya hendak tafsirkan . Mungkin tujuh nafas itu bermaksud fasa-fasa dalam kehidupan. Setiap nafas mewakili setiap fasa.

Note: Plzz email saya kalau sesiapa dapat mentafsir ayat tujuh nafas lagi .

Sepertimu ,aku juga pernah
Persoalkan kekuatan batinku


Ayat di atas bermaksud si suami pernah curiga dengan kasih sayang yang di terima olehnya dan di dalam hati sering mengatakan kasih sayang yang diterima hanyalah kepuraan cuma . Dalam masa yang sama si isteri juga merasa kepuraan cinta dan kasih sayang si suami.


Dalam seribu kekalutan ku cinta
Dalam sejuta resah ku cinta
Dalam mimpi ngeri aku lihat cinta

Walaupun dalam apa jua keadaan diatara meraka , si suami sangat menyintai si isteri dan cintanya mengatasi segalanya .

Dalam rasa paling rendah
Ku angkat cinta

Rasa paling rendah di sini bermaksud rasa benci dan tidak suka namun begitu perasaan kasih sayang dan cintanya mengatasi segala perasaan benci tersebut .

Rinduku bukan kemurahan
Jika mahu dianggapkan mainan

Si suami cuba mempertahankan kebenaran rasa rindunya dan bukan hanya cakap-cakap bohong semata . Dan bukanya hanya manis di mulut cuma .

Kau Tanya bilangan namamu ku sebut
Jawabnya hanya sekali
Lafaz tak terputus

Si suami menyatakan pada isterinya bahawa ingatan pada isterinya , setiap masa dan rasa rindunya masih segar seperti pada pertama kali luahan rasa rindu saat awal percintaan mereka. Ini dapat dapat difahami dalam ayat ‘ Jawabnya hanya sekali (Lafaz rindu pertama yang diucapkan ) Lafaz tak terputus ( Rasa yang rindu pertama dilafazkan itu tidak ada beza sehinggalah ke saat ini )


Cinta ku yang ku maksudkan
Seperti buih-buih di milik lautan
Seperti nafas yang meresapi badan
Seperti kenangan yang tak pernah luput
Selamanya…….

Begitu juga rasa cintanya . Sangat hebat dan cuba memberi gambaran hebat cintanya dengan perumpaan

Seperti buih-buih di milik lautan
Seperti nafas yang meresapi badan
Seperti kenangan yang tak pernah luput
Selamanya…….


Note: Ini hanyalah tafsiran saya secara peribadi dan apa yang saya fahami . Makna sebenar yang ingin dimaksudkan hanya penulis (M.Nasir ) sahaja yang mengetahui . Apapun saya kagum dengan sifu M.Nasir kerana berjaya menghasilkan lirik sehebat ini dengan ayat yang begitu tersusun dan perumpaan yang jelas.
Wallah wa’alam

Awas dapatkan cd yang original untuk mendengar lagu ini dalam album terbaru M.nasir “ Sang Pencinta “

By : Pengembara Lara




Monday, November 13, 2006

Iklan Petronas

Posted by Pengembara Lara On 11:33 AM

Seperti tahun-tahun yang lepas , iklan Petronas sempena hari raya sememangnya mendapat perhatian dan ditunggu-tunggu oleh penonton. Pada tahun ini iklan petronas mengisahkan seorang anak perempuan dan suaminya yang tidak menjaga dengan baik ayahnya yang sakit dan baru pulang dari hospital sehingga si ayah berkecil hati dengan tindakan si anak dan menantunya dengan mengasingkannya semasa makan bersama. Lebih kurang begitulah sinopsis iklan tersebut . Apa yang saya ingin bincangkan di sini bukannya iklan tersebut tetapi musik backgroundnya yang banyak membantu keberkesanan mesej yang ingin disampaikan . Mungkin anda tahu tidak tahu lagu terbut dinyanyi oleh penyanyi yang tersohor di Indonesia dengan lagu-lagu puisi iaitu Ebiet G. Ade. Di bawah ini saya sertakan lirik penuh lagu tersebut dengan pentafsiran ringkas yang saya buat secara peribadi dan bukannya dari penulis lirik lagu tersebut iaitu Ebiet G. Ade sendiri.

Lagu di dalam iklan tersebut sebenarnya tiada kaitan dengan iklan tersebut. Pada tafsiran saya lagu ini mengisahkan satu kisah keinsafan yang dia telah menyesali dengan perbuatan tersebut . Ingin “dia” meminta maaf tetapi bimbang sekiranya kesalahanya tidak terampun . Ini dapat dilihat pada ayat


Masih mungkinkah
pintumu kubuka

Dengan kunci
yang pernah kupatahkan


Sehinggakan kesalahan yang dia lakukan itu menghantui hidupnya dan perasaan bersalah didalam dirinya membuat hidupnya tidak senang dan jiwanya tersiksa. Persaan tersebut boleh di tafsir melalui baris-baris pada ayat di bawah .

Ke manapun aku pergi
Selalu kubawa-bawa
Perasaan yang bersalah
datang menghantuiku
Masih mungkinkah
pintumu kubuka

Pada akhir barisnya dia membuat keputusan walau apa yang terjadi dia mesti meminta maaf dari segala kesalahanya Prosa Aku Ingin pulang disini memberi maksud dia ingin berjumpa dengan orang pernah dia buat salah suatu masa dahulu.

Note: Puisi Ebiet sukar di tafsir kerana pengamatannya tentang sesuatu peristiwa amat dalam dan puisinya terlalu peribadi . Sememangnya kebanyakan lagu yang dihasilkan oleh Ebiet banyk menyentuh perasaan . Sekiranya anda berminat dengan lagu tersebut anda bolehlah dapatkan di kedai-kedai kaset dan cd berdekatan . Awas , dapatkan yang original.

AKU INGIN PULANG
(Ebiet G. Ade)

Ke manapun aku pergi
Bayang-bayangmu mengejar
Bersembunyi di manapun
S’lalu engkau temukan
Aku merasa letih dan ingin sendiri

Kutanya pada siapa
Tak ada yang menjawab
Sebab semua peristiwa
Hanya di rongga dada
Pergulatan yang panjang
dalam kesunyian

Aku mencari jawapan di laut
Kusadar langkah menyusuri pantai
Aku merasa mendengar suara
Menutupi jalan
Menghentikan petualangan

Du du du du du du

Ke manapun aku pergi
Selalu kubawa-bawa
Perasaan yang bersalah
datang menghantuiku
Masih mungkinkah
pintumu kubuka

Dengan kunci
yang pernah kupatahkan
Lihatlah aku terkapar dan luka
Dengarkanlah
jeritan dari dalam jiwa

Aku ingin pulang… u.. hu…
Aku harus pulang… u… hu…
Aku ingin pulang… u… hu…
Aku harus pulang… u… hu…

Aku harus pulang…

By: Pengembara Lara


Sunday, October 15, 2006

Pada Nyanyian Burung

Posted by Pengembara Lara On 11:26 AM

Pada Nyanyian Burung

Pada nyanyian burung yang masih bersemangat
Memuji alam pada lagu
Kebebasan sejagat di sebalik dedaun menghijau segar

Pada nyanyian burung
Yang berlainan bahasa kata
Tetapi tetap menyanyi pada lagu yang Satu
Dengan suara lunak alam
Menyentuh rasa
Penyair tua mencari arah kedamaian jiwa
nimat hakikat masih samar di hadapan

Pada nyayian burung di senja hari
Disebalik kerinduan malam mendatang
Untuk menyerah resah dan duka
Padamu kekasih rinduku tercabar
Doaku pohon di akhir malam

Pada nyanyian burung yang bisu
Atau tika burung tidak mahu menyanyi lagi…

Aku tidak kesal
Aku akan terus menyanyi
Dengan lagu keindahan bahasa Tuhan
Semerdu suara Yusof
Pada maksud kebebasan
Dan kedamaian jiwa

Demi cinta keyakinan hati …

Sayed Mahazan Bin Sayed Daud
Ramadhan …Gombak